Wednesday, 30 January 2013


Fadhilat ayat Kursi :


* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Sesiapa pulang 


ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan 


segala kefakiran di depan matanya".



* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Umatku yang 

membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian 

berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah 

memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan 


pembesar."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Orang yang 


selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah 


sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Mereka yang 


beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat 

pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan 


serta hasutan syaitan."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Pengamal ayat 


Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada 

pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang 

kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Mengamalkan 

bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan 


ketika dalam perjalanannya."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Ayat Kursi yang 


dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah, boleh 


menyebabkan syaitan dan jin terbakar."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Jika anda 


berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda 

menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 

kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar 


daripada gangguan lahir dan batin."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Barang siapa 


membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, 

Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga 


subuh."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Barang siapa 


membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, 

ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang 


yang lain."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Barang siapa 


membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak 

menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan 

barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah 

memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & 


ahli rumah2 di sekitanya."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Barang siapa 


membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang 

Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang 

bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga 


Allah melimpahkan padanya rahmat."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Barang siapa 


membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka 

Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka 


semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Barang siapa 


membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wa 

jalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah 

seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga 

mati syahid."