PUNCA
MASALAH DISIPLIN DAN SOSIAL PELAJAR DI MALAYSIA
1. PENDAHULUAN
Pemasalahan akhlak masa kini menjadi
semakin ketara di kalangan pelajar sekolah. Sering terjadi pelajar terlibat
dengan dadah, peras ugut, lepak atau berkeliaran di tempat hiburan dan
pasaraya. Sekolah memainkan peranan yang penting selepas keluarga di dalam
pembentukan akhlak dan ini jelas termaktub di dalam Falsafah Pendidikan Negara
dan melalui penerapan nilai dalam KBSM.Sejak kebelakangan ini, apabila orang
berbicara dan mengaitkan soal pendidikan, maka tidak terlepas isu moral di
kalangan pelajar atau remaja dibicarakan sebagai satu topik besar. Kalau pada
suatu masa dahulu, zaman sebelum perluasan pengaruh media komunikasi, terutama
sebelum meluasnya pengaruh media elektronik, sedikit sangat orang yang
berbicara dan mempersoal tentang moral. Malah pada zaman itu para pemimpin,
cendiakawan atau orang biasa banyak yang berbicara tentang kepasifan
pelajar-pelajar dan remaja kita. Pelajar-pelajar kita dikatakan kaku dan tidak
berani tampil ke hadapan berhujah untuk membentangkan pendapat. Pelajar-pelajar
kita gagal berkomunikasi dengan baik. Dengan kata lain, pelajar kita tidak
agresif dan berani seperti sekarang.Tetapi keadaan masa kini sudah jauh
berubah. Era baru dalam pembentukan sahsiah golongan ini terpapar di hadapan
mata kita. Era baru sahsiah golongan pelajar dan remaja kita yang dulunya
pasif, malangnya bukan berubah atau bertukar menjadi manusia yang aktif malah
memaparkan model kerosakan dan keruntuhan moral yang semakin menjadi-jadi
sehingga mengancam masa depan Negara.Di manakah silapnya? Salahkah para guru
mengasuh dan mendidik benih-benih muda ini? Atau apakah Dasar Pendidikan Negara
tidak berkesan? Mungkinkah unsur-unsur luaran amat berpengaruh dan berkesan sehingga
dapat mengubah halatuju dan pendirian serta sikap para pelajar atau remaja
kita? Segala-galanya berkemungkinan menjadi punca dan menjadi sebab akibat
menularnya kepincangan moral yang berleluasa dan akan berterusan jika tidak
dibendung secepat mungkin.Tetapi sebelum kita berbicara lebih lanjut tentang
salah silap yang berada di mana-mana, yang memungkinkan berlakunya kerosakan
dan keruntuhan moral, elok kita mengimbas sejenak dan menghayati Falsafah
Pendidikan Negara yang menjadi dasar yang kuat bagi para pendidik dalam
menghadapi tugas seharian mereka.
2.
DEFINISI
Pendidikan di Malaysia adalah suatu
usaha berterusan kearah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.
3.
MORAL DAN AKHLAK
Latar belakang Isu Sistem Pendidikan Negara
sekarang boleh dikatakan terbaik dan mungkin ia diakui oleh dunia. Walaupun
wujud sistem dualisme dalam pendidikan kita namun kelihatan semacam kesepaduan
antara ilmu naqliah dan aqliah. Sistem pendidikan masih menekankan pendidkan
moral, nilai dan aqidah melalui Pendidikan Agama Islam, Pendidikan Moral dan
penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran. Untuk menjayakan pendidikan moral
dan nilai dalam sistem pendidikan negara kita, setiap orang harus berusaha ke
arah memperbaiki kerosakan dan keruntuhan akhlak yang menjadi-jadi di samping
terus menerapkan nilai-nilai akhlak yang baik selaras dengan tuntutan agama.Isu
keruntuhan akhlak telah menjadi perbincanagan hangat di kalangan masyarakat
sekarang. Isu ini telah dibincangkan di semua peringkat masyarakat, dari kedai
kopi, kaki-kaki lima, sekolah, IPT hatta di Dewan Negeri dan Parlimen. Ini
menunjukkan betapa seriusnya masalah keruntuhan akhlak dalam masyarakat serta
betapa pentingnya masalah keruntuhan ini ditangani dengan sebaik-baiknya agar
ia tidak menjadi lebih parah.Keruntuhan akhlak telah berlaku di kalangan
pemimpin peringkat atasan dalam bentuk penyalahgunaan kuasa, pecah amanah,
rasuah, minum arak dan berpoya-poya. Gejala ini juga terdapat di kalangan
remaja seperti pergaulan bebas, bohsia, lari dari rumah, bersekedudukan dan
lain-lain lagi. Selain itu, keruntuhan moral di kalangan masyarakat dapat juga
dilihat dalam bentuk putusnya hubungan kekeluargaan, hilangnya rasa kasih
sayang serta wujudnya sikap pulau memulau dan benci membenci terutama di
kalangan masyarakat Islam.Gejala keruntuhan akhlak pada umumnya adalah
disebabkan oleh kealpaan dan kelalaian masa lampau tentang betapa pentingnya Pendidikan
Akhlak Islam di ajar, disemai dan disuburkan dalam diri anak-anak kita.
Kesedaran terhadap pentingnya pengukuhan akhlak ummah dan moral masyarakat
telah diberi perhatian yang serius oleh kerajaan. Pada hari ini, beberapa
program telah dilancarkan yang bertujuan melahirkan rakyat berakhlak dan
bermoral tinggi.
4.0
KONSEP MORAL DAN AHKLAK
Secara kasar dan pada bahasa yang
biasa kedua-dua istilah di atas menampakkan maksud yang sama. Kedua-dua membawa
maksud perlakuan atau tingkah laku yang baik. Walau bagaimanapun kalau dihalusi
akan terserlah perbezaannya.Menurut T.Iskandar (1970) dalam Kamus Dewan
mengatakan moral adalah sesuatu yang berkaitan dengan apa yang betul dan adil.
Moral bermaksud perlakuan baik mengikut norma, peraturan dan ketetapan yang
dibuat dan dipersetujui oleh satu komuniti manusia. Pengertian ini betul untuk
komuniti tersebut, masa tersebut dan lingkungan yang tertentu sahaja. Dengan
keadaan yang lain persetujuan tersebut mungkin tidak berlaku. Dengan kata lain
moral walaupun baik dan betul tetapi tidak universal. Kebiasaannya moral lebih
menekankan perhubungan yang harmoni di antara manusia sesama manusia (disiplin-disiplin kemanusiaan) dan
hubungan yang harmoni di antara manusia dengan alam sekitar (disiplin-disiplin sains tabii). Moral
menekankan kepentingan dan keselesaan individu serta masyarakat tetapi bersifat
peribadi. Moral tidak membenarkan berlakunya krisis atau pertentangan peribadi.
Oleh sebab itulah nilai moral biasanya tidak dikaitkan dengan Maha Pencipta atau
dengan soal-soal metafizik.Kolhbeg (1981) dalam menghuraikan perkembangan
prinsip asas moral memberi penegasan seperti berikut:“…..the main factors which
have been shown to correlate with the development of a principled, predictable
morality are intelligence, moral knowledge (that is, knowledge of the rules of
a society) the tendency to anticipate future events, the ability to maintain
focused attention, thecapacity to control unsocialised fantasies, and
self-esteem.”[1] Goleman
(1995) telah memberikan konsep baru tentang “emotional intelligence (EI)” atau
kecerdasan emosi yang boleh dikaitkan dengan amalan nilai dan moral individu
yang boleh berjaya dalam kehidupan sejagat atau ‘global village’[2].Moral
berbeza dangan akhlak dari segi sumber yang menentukan sesuatu perlakuan yang
baik. Sesungguhnya akhlak bersumberkan wahyu, iaitu hubungan dengan Maha
Pencipta. Akhlak dapat diertikan sebagai kelakuan tatatertib, maruah dan
merangkum seluruh perbuatan lahiriah yang dihasilkan daripada dorongan batiniah
di dalam diri manusia. Ini bermaksud akhlak berakar umbi daripada sifat
kerohanian yang suci. Dengan ini jelaslah bahawa akhlak bersumberkan wahyu
daripada Maha Pencipta. Justeru, pendidikan akhlak akan membawa insan semakin
dekat dengan Penciptanya.Persoalan akhlak dan moral ada kaitannya dengan iman.
Orang yang beriman kepada Allah ialah orang yang sentiasa takut untuk melakukan
perbuatan yang terlarang di samping mengerjakan yang disuruh Allah. Iman ini
harus dimiliki dan menjadi benteng penghalang pengaruh-pengaruh negatif. Orang
yang beriman ialah orang yang berakhlak mulia
( bermoral dan memiliki nilai
murni ), orang yang sentiasa melakukan yang baik dan menjauhi dosa iaitu tidak
melakukan perbuatan negatif yang bertentangan dengan norma-norma masyarakat.Sekiranya
hal ini tidak diberi perhatian yang serius, maka pembentukan moral dan insan
yang murni akhlak tidak akan berhasil. Walaupun kita berjaya melahirkan manusia
berilmu tinggi namun tanpa disertai pendidikan moral dan akhlak, kita juga akan
melahirkan insan yang akan menjadi perompak, perogol, pembunuh dan penjenayah
yang lain di kalangan orang yang berijazah atau berpendidikan tinggi.
5.
MORAL DAN AKHLAK DALAM SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA.
Matlamat pendidikan di Malaysia yang asalnya
adalah rujukan daripada barat telah diubahsuai kepada konsep pendidikan
bersepadu. Kurikulum pendidikan barat yang diasaskan daripada falsafah
humanisme menekankan keharmonian dan keseimbangan di antara manusia dengan
manusia, dan di antara manusia dengan alam sekitar. Kedua-dua hubungan ini
adalah perlu dan baik tetapi ia masih berkisar dan bertitiktolak pada ilmu
akal. Mana mungkin ilmu akal semata-mata dapat memahami hukum alam yang dicipta
oleh Maha Pencipta. Justeru, untuk lebih memahami hukum-hukum alam yang dicipta
oleh Tuhan, maka satu lagi dimensi yang paling penting perlu dimasukkan iaitu
hubungan manusia dan alam sekitar dengan Maha Pencipta. Bagi hubungan dengan
Maha Pencipta mestilah dirujuk kepada ilmu wahyu iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.
Dengan wujudnya kurikulum tiga dimensi ini, maka ia bolehlah dikatakan sebagai
kurikulum bersepadu.Pengubahsuaian kepada bidang-bidang matlamat pendidikan
perlu dilakukan agar ia bersesuaian dengan konsep bersepadu. Matlamat
Pendidikan mestilah dimulakan dengan kekuatan aqidah. Kemurnian aqidah akan
menjelmakan akhlak yang baik. Dari akhlak yang baik ini akan terpancarlah nilai
murni yang akan dimanifestasikan oleh tingkah laku yang baik. Dan seterusnya
dihayati dalam bidang-bidang kognitif, afektif dan psikomotor. Oleh yang
demikian, matlamat pendidikan akan tercapai iaitu dapat melahirkan pelajar yang
berintelek, berakhlak dan bertaqwa. Bagaimana mengaplikasikan konsep sepadu
dalam pengajaran dan pembelajaran? Pengajaran menurut tradisi barat adalah bersifat
sekular. Model atau pendekatan pengajaran seperti pendidikan kognitif,
pendekatan aktiviti-aktiviti motivasi dan jaya diri, pendekatan pembinaan
tingkah laku, pendekatan interaksi sosial dan pendekataan penggunaan ilmu. Guru
boleh memilih mana-mana pendekatan yang sesuai dengan matlamat pendidikan yang
telah ditentukan. Kelima-lima pendekatan ini hanyalah mencakupi ilmu akal.Ilmu
akal mempunyai had dan batasan tertentu. Kekangan ini akan menyebabkan kita
gagal memahami ilmu dengan sebenarnya. Oleh yang demikian setiap pendekatan
atau model pengajaran yang disebutkan di atas mestilah disasarkan kepada
konsep-konsep ilmu wahyu. Kesepaduan Dalam Pendidikan Pengajaran. Setiap
pendekatan pengajaran mestilah dimulakan dengan aqidah. Seterusnya dikembangkan
ke dalam akhlak dan moral. Nilai-nilai moral ini dihayati ke dalam
konsep-konsep daripada ilmu wahyu iaitu konsep insan, konsep fitrah, konsep
keseimbangan dalam hukum-hukum Allah swt dan konsep ibadah. Konsep-konsep
daripada ilmu wahyu ini seterusnya disepadukan dan dihayati ke dalam
kelima-lima pendekatan pengajaran yang akan digunakan iaitu kognitif, motivasi
dan jaya diri, tingkahlaku, interaksi sosial dan penggunaan ilmu. Apakah
tindakan selanjutnya yang perlu dilakukan? Untuk memastikan matlamat pendidikan
tercapai seperti yang termaktub di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
Wawasan 2020, maka:· Kepentingan manusia (insan) mestilah lebih utama dan
istimewa daripada kepentingan ekonomi, sains, teknologi dan industri. Nilai dan
harga diri manusia mesti berada pada tempat yang tertinggi. Dengan cara yang
demikian, nilai dan moral dapat dilaksanakan dalam pendidikan negara.· Untuk
memastikan wujudnya acuan Malaysia yang berasaskan nilai, guru dan para pemikir
hendaklah bersedia untuk mengubah suai dan menilai semula seluruh komponen
pendidikan supaya benar-benar mengikut nilai, sejarah, budaya, agama dan
tamadun bangsa kita.· Kita perlu kembali kepada sumber wahyu yang hakiki dan
benar untuk rujukan nilai kerana niali-nilai ciptaan manusia adalah bersifat
subjektif dan tidak universal. Dalam konteks ini konsep bersepadu adalah yang
paling sesuai diterapkan.· Pembinaan acuan Malaysia yang berasaskan moral dan
nilai perlulah dimulakan dengan anjakan paradigma terhadap konsep dan falsafah
ilmu. Kalau dulunya kita bertunjangkan barat dan kini sudah sampai masanya kita
kembali kepada ilmu yang bersifat sepadu di antara ilmu akal dan ilmu wahyu.·
Usaha untuk membina acuan Malaysia dengan fokus pembangunan manusia sebagai
agenda istimewa perlulah dilaksanakan serentak dengan konsep pembinaaan
masyarakat madani. Ini bermaksud persoalan moral, nilai dan manusia mestilah
selari dengan konsep Ad-Din sebagai satu cara hidup. Ini bermakna setiap
aktiviti kemajuan negara sama ada pendidikan, ekonomi, pengurusan,, perundangan,
politik, kesenian dan sebagainya mestilah dilaksanakan secara bersepadu di
antara ilmu akal dan ilmu wahyu. Inilah asas atau teras pembinaan acuan
Malaysia.Penekanan kepada moral dan nilai direalisasikan dengan menjadikan
Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral sebagai mata pelajaran wajib, dan selaras
dengan wawasan 2020 di mana diharapkan masyarakat Malaysia dalam abad ke-21
akan mempunyai warga yang bukan sahaja mampu berdaya saing dalam Negara
perindustrian, juga menekankan penerapan nilai-nilai murni melalui pendekatan
pendidikan nilai merentasi kurikulum, termasuk kurikulum tersirat, iaitu
kegiatan kokurikulum dan amalan tingkah laku di sekolah, yang diharapkan
menghasilkan budaya sekolah yang beretika.Sebenarnya jika dikaji dengan teliti,
pendidikan nilai ini mendasari Falsafah Pendidikan Negara kita kerana matlamat
adalah untuk menghasilkan insan yang seimbang dari semua aspek iaitu aspek
emosi, intelek, rohani dan jasmani. Tanpa memasukkan program pendidikan nilai
dalam kurikulum, cita-cita untuk melahirkan generasi cemerlang dari semua segi
tidak akan berhasil. Hanya penerapan nilai dan pendidikan moral sahaja yang
mampu mendidik dan membentuk individu menjadi seorang yang benar-benar
rasional, amanah, bertimbang rasa, bertanggungjawab dan memiliki sifat-sifat
mulia yang lain yang dipersetujui masyarakat.Di antaranya, mengemukakan
pandangan bahawa nilai adalah darjah dan peraturan yang secara tergabung
membina cara hidup manusia. Nilai menggariskan idea-idea dan matlamat-matlamat
hidup.[3]
Nilai adalah darjah normative dan peraturan kerana ia menjadi asas pegangan
yang mempengaruhi pemikiran manusia semasa ia menjadi asas pegangan yang
mempengaruhi pemikiran manusia semasa membuat pertimbangan dalam menentukan
cara dan gaya bertindak serta bertingkahlaku sebaik-baiknya untuk mengekalkan
kesejahteraan dalam dirinya.[4]
Mengikut seorang penulis lain dari India, beliau menyatakan bahawa nilai terbit
daripada keinginan dan motif yang dibentuk serta diperakukan oleh budaya dan
masyarakat.[5]
Nilai mengikat individu secara halus dan senyap. Bagi Allporrt (1961) pula,
beliau menyebut bahawa nilai ialah kepercayaan yang mengakibatkan manusia
memilih sesuatu tingkah laku. Wiliams (1968), mentafsirkan nilai sebagai apa
saja yang dipegang oleh seseorang yang menjadi kriteria untuk membuat keputusan
bagi memilih tingkah laku dalam angka mencapai hasrat dan keinginan.Model
Pendidikan Nilai 3K,Model ini dikemukakan berasaskan kepada anggapan dan keyakinan
bahawa:-
1(a) Manusia terbina dari tiga komponen iaitu akal, roh dan jasad (Al Ghazali (1967) Maslow,A.H.(1954),Taylor,P.W.(1961),FathiYakan(1988).
(b) Penerapan nilai adalah satu proses yang berjalan secara tabii (Abdullah,N.U.(1988),Ismail Jusoh,(1993).
(c) Manusia harus mengenali dirinya dan hubungannya dengan sistem alam dan Pencipta alam (Al Ghazali (1967), A.A.Maududi (1984).
1(a) Manusia terbina dari tiga komponen iaitu akal, roh dan jasad (Al Ghazali (1967) Maslow,A.H.(1954),Taylor,P.W.(1961),FathiYakan(1988).
(b) Penerapan nilai adalah satu proses yang berjalan secara tabii (Abdullah,N.U.(1988),Ismail Jusoh,(1993).
(c) Manusia harus mengenali dirinya dan hubungannya dengan sistem alam dan Pencipta alam (Al Ghazali (1967), A.A.Maududi (1984).
TOPIK
PELAJARAN Model Penerapan Nilai 3K. Rajah 1 di atas menunjukkan
fasa-fasa yang harus berlaku atau diwujudkan dalam proses penerapan nilai.
Individu yang menghayati nilai-nilai murni akan terbina sekiranya pendidikan
yang dijalani itu melibatkan ketiga-tiga bidang iaitu akal, roh dan jasad.
Dalam model 3K di atas, penerapan nilai secara
langsung boleh dilaksanakan melalui mata pelajaran yang diajar dalam
kelas.[6]Ia
boleh dilakukan semasa membuat rumusan atau penutup pengajaran.Guru boleh
mengaitkan isi pelajaran geografi, apabila belajar tentang tajuk kejadian
hujan, kondensasi, proses sejatan, tekanan rendah dan tekanan tinggi dan
sebagainya. Proses-proses tersebut tidak berlaku secara kebetulan. Semua
kejadian ada Pencipta dan Penguasanya. Begitu juga dalam pelajaran Biologi,
pelajaran mengenai sel, menunjukkan kekuasaan Tuhan. Sel yang seni itu mustahil
wujud dengan sendiri tanpa ada sebab dan akibat disebaliknya. Tindak balas yang
berlaku dalam sel tidak mungkin terjadi tanpa ada kawalan. Siapakah yang
mengawalnya? Hakikat inilah yang patut ditonjolkan dalam pengajaran dalam
rangka memberi kesedaran, kefahaman dan keyakinan (3K) kepada pelajar supaya
mereka dapat menginsafi kewujudan Tuhan.Proses penerapan nilai melalui model
ini boleh dilaksanakan secara langsung atau secara tidak langsung. Secara
langsung, guru boleh menghubungkan terus isi pelajaran dengan nilai kepercayaan
kepada Tuhan yang mana dengan nilai ini akan tersemai nilai-nilai murni yang
dihajati seperti kerjasama, jujur, bersikap positif dan lain-lain seperti yang
tersurat dalam Falsafah Pendidikan Negara.Proses penerapan ini bukan terhad
kepada jangka masa tertentu (semasa pelajar berada di alam persekolahan),
bahkan ianya berjalan sepanjang hayat dan di setiap tempat. Proses ini juga
bergantung kepada persekitaran, iaitu yang terdiri daripada keluarga, pendidik,
masyarakat, media dan rakan sebaya. Jadi, penerapan nilai yang berkesan hanya terhasil jika terdapat
persekitaran yang positif.Falsafah Moral dan Tingkah Laku Falsafah yang relevan
kepada profesion keguruan dan perkembangan pendidikan di negara ini ialah
falsafah moral dan tingkah laku. Falsafah ini memerlukan peranan positif dan
konstruktif profesion keguruan ke arah membina moral dan tingkah laku pelajar. Guru yang baik perlu mempunyai
komitmen moral yang tinggi dan menjadikan diri mereka teladan yang baik kepada
pelajar.Contohnya, guru tidak seharusnya mendenda dan melarang pelajar membuang
sampah sedangkan pada masa yang sama guru membuang sampah di kawasan sekolah
dan di mana-mana sahaja. Falsafah moral dan tingkah laku juga mendasari perkembangan
pendidikan, perkembangan profesion keguruan dan perkembangan institusi sekolah.
Bagaimanapun, pengaruh lain seperti agama, budaya, etika, pemodenan,
sekularisme, dasar dan peraturan sekolah seringkali menimbulkan konflik dan
percanggahan dari segi falsafah moral dan tingkah laku. Oleh sebab itu,
pengajaran dan pembelajaran di sekolah sering kali berhadapan dengan isu
kontroversi dan menyulitkan peranan guru serta peranan sekolah menangani krisis
yang berlaku dalam masyarakat.Ideologi buku teks yang digunakan di
sekolah-sekolah di Malaysia begitu kuat dipengaruhi oleh aliran falsafah moral
dan tingkah laku bagi tujuan mengawal tindakan dan tingkah laku golongan muda.
Pada masa yang sama terdapat unsur-unsur pemodenan dan revolusi moral dan
tingkah laku yang menyebabkan berlakunya tingkah laku baharu iaitu agresif,
konfrontasi, kecenderungan untuk mencabar dan mengkritik dan
sebagainya.Falsafah moral dapat menolak fahaman kebendaan yang menguasai
masyarakat dan memberikan kesan tertentu kepada dunia pendidikan dan profesion
keguruan. Bersifat kebendaan memanglah penting dalam kehidupan, terutama isu
kemiskinan dan kemunduran dalam masyarakat Malaysia yang masih begitu kuat
menghalang berlakunya perubahan dan menjejaskan kualiti pendidikan golongan miskin.
Semangat berusaha kuat untuk mencapai perubahan perlu ditanamkan kepada
anak-anak golongan miskin supaya kemajuan kebendaan dapat membantu dan
membentuk mereka mencapai kehidupan yang lebih baik dan menyediakan peluang
pelajaran dan kemudahan belajar di rumah yang mendorong kemajuan mereka.
Guru adalah satu golongan masyarakat yang
khas. Atan Long (1980) mendefinisikan guru sebagai satu golongan masyarakat untuk memberikan pendidikan secara
formal dan bersistematik kepada generasi muda dalam masyarakat itu. Memang
dikatakan guru memainkan peranan penting
dalam menjayakan pendidikan moral dan nilai kerana ketika anak-anak berada di
sekolah guru-gurulah yang memainkan peranan sebagai ibu bapa. Oleh itu peranan
guru dan ibu bapa sama penting dalam pendidikan.Sebagaimana ibu bapa, guru-guru
juga dipandang oleh anak-anak didiknya sebagai contoh atau ‘role model’. Kalau
tidak masakan ada pepatah berbunyi “Guru kencing berdiri, murid kencing berlari”. Oleh itu,
setiap guru mesti memiliki akhlak yang
mulia agar sifat-sifat mulia itu dapat diteladani dan diikuti. Apa kata kalau
guru sendiri tidak dapat menjadi sebagai ‘role model’ yang baik, bak kata
pepatah tadi, muridnya tentu tidak berguna. Tegasnya, anak-anak didik akan menjadi lebih biadap lagi.Sebagai ‘role
model’ bukan mudah. Segala gerak geri, tingkah laku dan perwatakan menjadi
ikutan. Cara guru bercakap, berjalan, berpakaian dan paling utama dari segi akhlaknya
diperhatikan. Guru yang baik disenangi anak-anak didiknya. Apatah lagi kalau
guru ini jujur dan ikhlas, segala tunjuk ajar, ingatan atau nasihat serta
bimbingan yang diberikan mudah diterima.Kejayaan dalam menerapkan nilai-nilai
murni bergantung kepada kesabaran guru kerana guru merupakan orang yang paling
berpengaruh dalam pembentukan sahsiah dan ‘mind set’ seseorang individu pada
tahun-tahun formatif anak-anak didiknya. Anak-anak ini memerlukan asuhan dan
belaian kasih sayang sebagaimana yang dicurahkan oleh ibu bapa mereka.Guru
merupakan orang paling penting dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang
harmonis sehingga anak-anak didiknya akan berasa sekolah seperti rumah
keduanya. Sekaligus suasana yang harmonis itu dapat pula membentuk apa yang dikatakan
“Sekolah tanpa takut (No fear school)”. Kalau dapat diwujudkan suasana seperti
itu maka sudah tentu anak-anak didik dapat memperkembangkan potensi dan
mengawal emosi secara menyeluruh dan seimbang. Dan yang pastinya suasana
pembelajaran yang sedemikian dapat membantu guru-guru atau pihak sekolah
mewujudkan sekolah penyayang.Guru juga dapat memberi tunjuk ajar yang berkesan
dan bertanggungjawab membentuk minda, sikap dan kelakuan anak-anak didiknya
yang bakal menjadi anggota masyarakat selepas tamat persekolahan, sama ada
menjadi pemimpin politik, pegawai kerajaan, ahli korporat, atau
setidak-tidaknya menjadi isteri atau suami yang berakhlak mulia.Untuk
mewujudkan sekolah penyayang atau sekolah tanpa takut, maka guru seharusnya
berupaya menjadi contoh dan teladan yang baik, pendorong yang berkesan,
pembimbing yang bertimbang rasa, pendengar yang penuh rasa simpati dan menjadi
sumber inspirasi kepada anak-anak didiknya. Selain itu, guru juga seharusnya
menunjukkan sikap dedikasi dalam menjalankan tugas sehariannya dan mengamalkan
apa yang disampaikan kepada anak-anak didiknya dengan penuh tanggungjawab dan
beretika.Hubungan guru dengan masyarakat juga menjadi perhatian. Selain
mewujudkan sekolah penyayang guru juga berperanan dalam mewujudkan permuafakatan
dengan masyarakat setempat. Ini kerana guru telah sekian lama dikenali sebagai
pemimpin kecil yang dapat menyatupadukan masyarakat melalui jalinan mesra dalam
pergaulan mereka dengan masyarakat.Setiap guru harus komited terhadap kerjaya
pendidikan, berperibadi tinggi dan bersikap terbuka tanpa memilih kaum atau
keturunan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan terutamanya dalam menjayakan
pendidikan moral. Dalam masyarakat majmuk di Malaysia ini, anak-anak didik
terdiri daripada pelbagai keturunan dan fahaman keagamaan. Jadi dalam menangani
masalah moral atau menjayakan pendidikan
moral, guru mestilah menjauhi sikap prejudis. Keikhlasan dan kejujuran patut
wujud dalam diri guru dan menampilkan pengajaran mengikuti aspirasi Negara.
Dalam hal ini guru-guru yang berdedikasi dan komited terhadap tugasnya ialah
guru yang sejati, berinovatif dan kreatif.Dengan kata lain, falsafah yang
mengemudikan amalan pendidikan di sekolah ialah bahawa semua guru merupakan
guru dalam Pendidikan Moral dan Pendidikan Nilai. Lebih penting ialah guru
diperlukan menerap nilai-nilai murni, sepertimana yang dikenalpasti sebagai
nilai inti (core values) dalam pengajaran mereka masing-masing. Selain dari
itu, guru juga ialah role model, kepada pelajar mereka dan tingkahlaku guru
melambangkan keprofesionalan profesion itu.Dengan penekanan nilai di sekolah,
dan guru diharapkan melambangkan diri sebagai agen pendidikan moral di sekolah,
maka kepentingan Pendidikan Moral dan Nilai dalam profesion perguruan tidak
perlu dipersoalkan.Martabat profesion perguruan biasanya dibayangkan daripada
perspektif bagaimana seseorang guru menjalankan tugasnya iaitu membantu
peajar-pelajar mereka belajar. Tugas guru ialah menyampaikan pengetahuan kepada
pelajarnya, berbentuk isi kandungan yang ditetapkan dalam mata-mata pelajaran
tertentu. Tetapi, lebih dari itu, tugas guru ialah mendidik, dan dengan ini
bermakna membantu perkembangan individu pelajar mereka, bukan sahaja dari segi
penguasaan ilmu tetapi juga perkembangan individu itu sendiri, pembangunan insan
pelajar itu mengikut lunas-lunas nilai masyarakat dalam konteks masyarakat
Malaysia. Kejayaan pendidikan sukar diukur tetapi boleh dikatakan adalah
diharapkan lebih dari semata-mata pelajar mencapai dalam peperiksan awam. Yang
penting ialah sama ada guru berjaya memberi:
pertama
(i) pengetahuan kepada pelajarnya dengan menanamkan nilai “mencari ilmu” di
kalangan mereka, menanamkan semangat “pembelajaran sepanjang hayat” dan kedua
(ii) membentuk peribadi mulia, manusia berilmu dan berketrampilan serta mempunyai
nilai-nilai masyarakat Malaysia, khususnya mencapai matlamat yang dimaktubkan
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Martabat profesion perguruan juga
dibayangkan dari perspektif bagaimana seorang guru bertindak sebagai seorang
agen moral, dan contoh moral kepada murid-murid mereka. Personaliti guru dan
nilai-nilai tersendiri yang dipamerkan melalui tingkahlakunya, mempengaruhi
peranannya sebagai agen moral dan contoh kepada murid-murid. Dalam
pengajarannya, seorang guru mungkin secara tidak langsung menerapkan nilai
tersendiri dalam situasi pengajaran dan pembalajaran melalui pemilihan isi
kandungan, prosedur dan bahan untuk pengajaran dan pembelajaran. Ini akan
membawa kesan yang negatif jika nilai tersendiri tidak selaras dengan
nilai-nilai murni masyarakat Malaysia, seperti yang digariskan dalam panduan
penerapan nilai murni merentasi kurikulum. Kegagalan guru untuk mempraktikkan
nilai-nilai yang seharusnya mereka terapkan kepada pelajar mereka akan
merendahkan martabat profesion itu sendiri.Profesion keguruan pada abad ke-21
terdedah kepada berbagai-bagai cabaran baharu. Setengah cabaran adalah
berbentuk kebendaan, intelektual, pemikiran, kerohanian, kebudayaan, ideologi
baru dan isu-isu yang berkaitan dengan masalah etika. Cabaran penting profesion
keguruan ialah membina dan membentuk masyarakat beretika yang mampu membangun
dan membina kekuatan sendiri serta menentukam masa depan yang bebas daripada
berbagai-bagai krisis sosial dan moral.Fenomena sosial seperti merokok,
gangguan seksual, pesta seks di kalangan pelajar, lari dari rumah, menagih
dadah, bergaduh, gengterisme, mencuri, membuli adalah gejala juvana dan
delinkuen yang meluas di kalangan remaja di sekolah.Masalah ini mencerminkan
kelemahan sekolah dan profesion keguruan dalam membendung dan menangani masalah
sosial di sekolah. Oleh sebab itu, timbul berbagai-bagai penulisan yang
mencerminkan kelemahan sekolah yang
dikaitkan dengan masalah sosial seperti sekolah melahirkan jenayah,
sekolah tanpa roh dan watak. Pengurusan
tingkah laku yang tidak berkesan di sekolah menunjukkan kelemahan
peranan guru-guru di sekolah. Dengan bertambah ramainya guru perempuan, peranan
bapa di sekolah semakin lenyap. Kesan daripada masalah ini ialah meningkatnya
masalah disiplin dan sosial di kalangan pelajar. Wawasan pembangunan dan
pendidikan di sekolah tidak berkesan kerana asas kerangka tindakan pengurusan
tingkah laku yang tidak berkesan.Kualiti pendidikan yang diterima oleh
pelajar-pelajar bergantung kepada kualiti pengajaran dan ini bergantung kepada
guru-guru mereka. Untuk mendapatkan kualiti pendidikan yang sewajarnya, maka
seseorang guru itu mestilah bersikap professional. Professional bukan bermakna
mendapat gaji yang lumayan tetapi ia termasuk penetapan standard yang tinggi
untuk memasuki kerjaya perguruan, calon guru yang terbaik, persediaan dan
pendidikan guru yang berkualiti, pendidikan berterusan semasa bekerja, suasana
kerja yang selesa yang cukup dengan peralatan mengajar, peluang untuk
berinteraksi dengan rakan sekerja. Guru yang berilmu (content knowledge) Ilmu
yang berkaitan isi kandungan mata pelajaran, pengetahuan pedagogi, bahan,
kaedah dan teknologi.· Guru yang mempunyai kemahiran dan ketrampilan dalam
proses pengajaran pembelajaran (Pedagogical knowledge and pedagogical content
knowledge) Meliputi merancang, mengurus, memilih starategi dan meransang
pengajaran pembelajaran, kemahiran teknologi, kemahiran generik, kemahiran
kaunseling dan menilai · Guru yang mempunyai sahsiah yang boleh menjadi contoh
teladan dan ikutan kepada golongan yang dipimpin. Antara ciri-ciri sahsiah yang
perlu dimiliki ialah peribadi dan tingkah laku yang mulia, menggunakan bahasa
yang standard dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk menjayakan usaha yang
dilakukan meliputi taqwa, akhlak, peribadi mulia, komitmen, sopan, positif dan
budaya ilmu.
6.
PEMBENTUKAN MORAL DAN AKHLAK: APLIKASI DI SEKOLAH
6.1
Pendekatan langsung melalui pengajaran Pendidikan Moral
Pendekatan langsung membabitkan pengajaran pelajaran yang khusus di peringkat Prasekolah lagi yang bertumpu secara langsung terhadap perkembangan moral, etika, akhlak, dan pendidikan nilai, iaitu mata pelajaran Pendidikan Moral bagi pelajar bukan Islam.
Pendekatan langsung membabitkan pengajaran pelajaran yang khusus di peringkat Prasekolah lagi yang bertumpu secara langsung terhadap perkembangan moral, etika, akhlak, dan pendidikan nilai, iaitu mata pelajaran Pendidikan Moral bagi pelajar bukan Islam.
6.2
Pendekatan tak langsung. Pendekatan tak langsung membabitkan penggunaan mata
pelajaran-mata pelajaran dalam kurikulum sekolah sebagai alat untuk
merealisasikan pendidikan nilai dan moral. Sebagai contoh, pengajaran Bahasa
Melayu dan Sejarah membekalkan peluang atau sumber yang baik bagi pendidikan
nilai dan moral. Para pelajar boleh mengenalpasti dilema moral, penaakulan
moral dan membuat keputusan moral dalam novel dan penulisan sejarah. Pendekatan
tak langsung adalah sebahagiannya berlandaskan andaian bahawa pemahaman tentang
manusia dan kemanusiaan memerlukan perkembangan daya imaginasi dan intuisi yang
membolehkan seseorang meningkatkan kepekaan moral dan kepekaan intelektual
(Gambell 1988).Penerapan nlai murni telah diwajibkan di dalam semua mata
pelajaran. Persoalannya sejauhmanakah guru berjaya mengimplimentasikan
penerapan nilai tersebut dan adakah penilaian dibuat tentang proses dan
produknya. Satu kaedah yang dapat memupuk beberapa nilai murni ialah pengajaran secara kooperatif. Pembelajaran
ini bukan setakat pelajar duduk dalam kumpulan kecil tetapi kumpulan itu ada
semangat kekitaan yang mana murid dapat bantu membantu ahli kumpulan belajar
dan meningkatkan prestasi sendiri dan kumpulan.
6.3
Aktiviti Kokurikulum. Kita maklum bahawa di sekolah masa kini terdapat pelbagai
aktiviti kokurikulum seperti unit
beruniform, persatuan dan kelab serta sukan permainan. Pada umumnya di sekolah
satu hari pada hujung minggu dikhususkan untuk kegiatan ini dan semua pelajar
diwajibkan terlibat. Begitu juga untuk guru, mereka perlu hadir sekolah pada
hari Sabtu. Bila guru tidak datang maka pelajar pun begitu juga dan akhirnya
aktiviti tidak berjalan langsung. Pengetua / guru besar haruslah berhemah dan
memujuk guru-guru agar memenuhi tanggungjawab mendidik anak bangsa melalui
kokurikulum. Aktiviti ini perlu dijalankan
dengan menarik. Apabila semua pelajar sudah senang hati dan seronok,
mereka tidak akan terfikir atau berpeluang untuk keluar ke tempat-tempat awam.
Dengan cara ini mereka terhindar dari gejala sosial yang meruntuhkan akhlak.
6.4
Pendekatan Pendidikan Rasulullah SAW Pendidikan Rasulullah SAW bergantung
kepada beberapa faktor. Satu daripadanya ialah objektif pengajaran itu sendiri
sama ada untuk menanam keimanan, mengajar ibadah atau akhlak. Di dalam mengajar
akhlak yang terpenting ialah akhlak beliau sendiri. Perkataan dan perbuatan
beliau adalah contoh untuk diikuti. Beliau mempunyai sifat terpuji iaitu tabah,
pemaaf, pemurah, sopan santun, belas kasihan, rendah diri, adil, amanah,
pendiam, takut dan taat kepada Allah serta banyak beribadat.Rasulullah SAW
mengajar ibadat ialah melalui demontrasi atau tauladan seperti cara beliau
sembahyang, berpuasa dan menunaikan haji. Baginda juga membetulkan kesalahan
yang dibuat oleh pengikutnya dengan cara yang betul. Begitu jugalah di sekolah,
guru-guru hendaklah selalu menggunakan kaedah demontrasi atau tunjukajar selain
daripada kaedah soaljawab dan bertukar-tukar fikiran. Akhlak dan kewibawaan
Rasulullah telah menyebabkan umatnya sayang dan hormat kepadanya. Sahsiah
beginda inilah yang dapat menarik musuh menjadi kawan dan yang bukan Islam
memeluk Islam. Guru-guru juga dapat menukar akhlak murid dengan dirinya sendiri
dahulu mengamalkan nilai murni yang bakal diterapkan kepada murid. Murid berada
di sekolah selama sebelas tahun dan dari 6-8 jam sehari. Ini adalah masa yang
lama untuk membentuk sahsiah dan guru adalah model yang sentiasa diperhatikan
oleh murid.
6.5
Sokongan daripada Pentadbir sekolah untuk membentuk akhlak para pelajar, pihak
pentadbir sekolah khasnya pengetua dan guru besar harus memainkan peranan ini
dengan bersungguh-sungguh. Mereka boleh menekankannya dengan memberi ucapan
mingguan di samping pengumuman yang lain. Ucapan yang diberi hendaklah yang
memberi penekanan kepada moral dan akhlak pelajar. Dengan cara yang demikian
pelajar akan merasa mereka diberi perhatian. Selain itu program berbentuk
pendidikan akhlak diadakan di sekolah atau di luar sekolah contohnya kem
motivasi. Aktiviti perlulah menarik minat remaja seperti sukan, nyanyian dan di
samping itu diberi pendidikan moral dan agama.
6.6
Kepimpinan “inspirational”Guru sering dilihat sebagai pemimpin yang penting
dalam memberikan dorongan dan membina watak serta sahsiah pelajar. Kepimpinan
“inspirational” berperanan memberi dan membina semangat, mempunyai kekuatan
bagi mengubah dan mendorong kejayaan pelajar, dapat memberi keinsafan dan
menanamkan kesedaran diri, memulihkan moral dan keyakinan diri pelajar, memberi
inpirasi serta mengilhamkan perubahan yang dinamik serta positif kepada
pelajar. Golongan pendidik seharusnya mempunyai inpirasi dan aspirasi yang
tinggi untuk memimpin ke arah perubahan. Inpirasi boleh dicetuskan melalui
pemikiran dan idea-idea, sentuhan emosi atau perasaan serta stail dan gaya
kepimpinan yang berpotensi dan berwibawa mempengaruhi orang lain.
6.7
Kepimpinan KerohanianGuru harus mempunyai corak kepimpinan ini kerana ia
penting untuk membina sahsiah pelajar. Kepimpinan kerohanian ialah kepimpinan
yang menekankan soal-soal moral, agama, ibadah, tingkahlaku yang baik, adab dan
hubungan yang bersopan santun. Guru perlu membina sikap toleransi antara kaum
dan budaya dalam kepimpinan pendidikan agar dapat membentuk budaya dinamik
sekolah terutamanya keadaan sekolah yang mempunyai pelajar dan guru berbilang
kaum, agama dan kepercayaan. Peranan kepimpinan kerohanian amat penting dalam
pembentukan watak dan sahsiah seterusnya dapat membina kekuatan moral di
kalangan pelajar dan guru. Tanpa agama dan moral yang baik, pendidikan akan
gagal membentuk warganegara yang mempunyai asas-asas moral yang baik untuk
dijadikan panduan dalam kehidupan mereka.
6.8 Pembelajaran koperatif merupakan
pembelajaran kumpulan kecil yang diperkenalkan dengan meluas sebagai sesuatu
strategi pengajaran yang dapat meningkatkan pembelajaran dan sosialisasi.[7]
Pembelajaran koperatif adalah satu strategi pengajaran di mana pelajarnya
bekerja secara koperatif dalam sesuatu kumpulan kecil yang heterogenus. Menurut
Slavin (1995) pembelajaran koperatif membabitkan pelajar bekerja bersama untuk
menyelesaikan masalah secara berkongsi. Beliau menyatakan pembelajaran
koperatif membantu pelajar untuk
mengembangkan perasaan “satu kumpulan” dalam memperkenalkan keperluan
saling membantu dan saling menyokong situasi pembelajaran. Pelajar akan bekerja
bersama-sama, belajar untuk saling memberi dan menerima, bantu-membantu,
berkongsi idea dan mencari cara baru bagi menyelesaikan masalah. Ahli-ahli
kumpulan dalam pembelajaran koperatif terdiri daripada pelajar yang mempunyai
kebolehan dan sosioekonomi yang berbeza, iaitu berbeza etnik, jantina dan
pencapaian akademik. Setiap pelajar dalam kumpulan boleh meningkatkan
pencapaian, meningkatkan harga diri pelajar, memiliki kemahiran berkolaborasi
sesama rakan dan pergaulan sekitarnya. Kaedah pembelajaran ini memerlukan usaha
guru melatih murid bekerja dalam kumpulan dengan betul, iaitu bersikap mahu
mendengar pendapat orang lain, memberi pengukuhan, menjadi pemimpin atau ketua
yang demokratik, membantu rakan sekumpulan dan berusaha mendapat kejayaan. Guru
harus bersedia memupuk semangat kekitaan terlebih dahulu sebelum mengajar
perkara akademik. Kajian Kooperatif di Amerika (Nor Azizah 1992) dan di
Malaysia (Jamilah Karim 1992), Ida Fadil (1995) menunjukkan bahawa beberapa
nilai murni dapat dipupuk seperti sayangkan sekolah dan rakan-rakan,
bekerjasama, berani bersuara dan berinteraksi antara kaum. Kajian Yee Cheng
Teik (1995) menunjukkan di dalam kaedah Matematik kaedah ini dapat
mempertingkatkan kebolehan murid dalam menyelesaikan masalah dan meninggikan
pencapaian.
7. DISIPLIN PELAJAR : PUNCA DAN
CARA MENGATASI
Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah
untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan
hangat masyarakat lantaran kegagalan golongan pendidik untuk membentuk sahsiah
pelajar. Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah ini berlaku dan apakah
peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan?
Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian ibubapa era globalisasi ini. Ibubapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa tanggungjawab mereka mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan keluar dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian ibubapa mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah yang menyebabkan masalah disiplin menjadi-jadi.
Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian ibubapa era globalisasi ini. Ibubapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa tanggungjawab mereka mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan keluar dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian ibubapa mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah yang menyebabkan masalah disiplin menjadi-jadi.
Sementara itu kemunculan media massa
turut mendorong masalah ini memuncak dengan drastik. Kelakuan yang tidak senonoh
yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati
pelajar. Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang
telah mereka tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan
kejadian disiplin pelajar yang terus merosot
itu .
Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi.
Pelajar sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar. Rakan
yang mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal
menjalankan tanggungjawab mereka. Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akan
memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan drastiknya .
Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah
bertindak pantas dan telus dalam isu ini turut menjadi faktor yang mendorong
meluasnya masalah ini. Ada pihak sekolah yang merahsiakan masalah disiplin
sekolah mereka kerana tidak mahu nama sekolah terjejas. Tindakan ini
menyebabkan ada pelajar yang beranggapan tindakan mereka melanggar disiplin
tidak akan dilaporkan oleh pihak sekolah. Sikap acuh tak acuh sekolah yang
turut kekurangan guru disiplin ini menyebabkan pelajar semakin berani melakukan
kesalahan disiplin. Oleh itu, cara pihak sekolah menangani masalah disiplin
turut menentukan peningkatan masalah disiplin pelajar.
Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar turut menjadi punca masalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat menghalang pelajar menghabiskan masa mereka di pusat-pusat beli-belah dan terjemurus ke dalam aktiviti menyalahi disiplin. Masa yang mereka habiskan untuk menjalankan aktiviti ini menyebabkan mereka lebih berdisiplin.
Kemelut ini mudah dibendung jika ibubapa terlebih dahulu sanggup menngorbankan masa mereka. Ibubapa hendaklah mengutamakan masa depan anak mereka daripada kejayaan peribadi mereka dalam kerjaya. Ibubapa harus memberi ruang kepada anak untuk menjadi manusia yang berhemah tinggi. Ringkasnya, ibubapa penting dalam membanteras isu disiplin ini.
Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar turut menjadi punca masalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat menghalang pelajar menghabiskan masa mereka di pusat-pusat beli-belah dan terjemurus ke dalam aktiviti menyalahi disiplin. Masa yang mereka habiskan untuk menjalankan aktiviti ini menyebabkan mereka lebih berdisiplin.
Kemelut ini mudah dibendung jika ibubapa terlebih dahulu sanggup menngorbankan masa mereka. Ibubapa hendaklah mengutamakan masa depan anak mereka daripada kejayaan peribadi mereka dalam kerjaya. Ibubapa harus memberi ruang kepada anak untuk menjadi manusia yang berhemah tinggi. Ringkasnya, ibubapa penting dalam membanteras isu disiplin ini.
Kesimpulannya, kemelut disiplin ini
sudah lama diperkatakan oleh masyarakat. Saban hari kita disogokkan dengan
pelbagai cadangan yang tinggal cadangan sahaja. Mungkin kali ini kita perlu
bertegas dan berpijak di bumi nyata.
8. PENUTUP
Pengajaran
dan pemupukan nilai-nilai murni ke dalam diri pelajar merupakan tugas suci
(mission) sekolah sejak zaman berzaman. Namun dewasa ini, baik di negara barat
ataupun di negara timur persoalan ini jugalah yang menjadi isu hangat kerana
ternyata sekolah begitu berjaya mencungkil dan mengembangkan hampir seluruh
potensi yang ada pada diri pelajar yang bersifat kognitif dan psikomotor tetapi
kurang mampu untuk turut sama mempertingkatkan nilai-nilai moral dan akhlak.
Sejak zaman dahulu lagi iaitu para filosof Greek, golongan skolastik dan
ahli-ahli fikir tradisional tanpa merasa jemu membuat penegasan bahawa fungus
utama pendidikan adalah ke arah membangun peribadi diri, khususnya aspek–aspek
yang berkaitan dengan perkembangan moral dan akhlak.Di samping kepentingan peribadi,
perwatakan dan sahsiah guru yang menjadi role model kepada murid-murid yang
memberi sumbangan yang besar dalam menerapkan budaya moral dan akhlak yang
baik, peranan Pendidikan Moral dan Agama Islam itu sendiri juga tidak boleh
dipertikaikan. Secara teori, kerangka konseptual, matlamat dan organisasi
kandungan, kurikulum Pendidikan Moral di Malaysia adalah sesuatu yang ideal,
lengkap dan sempurna.Pelaksanaan Pendidikan Moral menuntut sekolah
menyempurnakan dua tanggungjawab yang besar dan berat iaitu yang
pertama:sekolah terpaksa mengajar nilai-nilai murni kepada pelajar yang mana
nilai-nilai tersebut tidak di ajar di rumah dan kedua: demi untuk menjamin
proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan berkesan, sekolah mesti
berperanan sebagai “caring moral communities” yang boleh membantu kanak-kanak
yang terabai dan sugul dari rumah agar mereka dapat dimotivasi dan dipupuk
minat mereka kepada pelajaran, dapat mengawal perasaan marah dan kecewa, serta
dapat merasai bahawa diri mereka sebenarnya masih disayangi dan berpotensi
menjadi insan yang bertanggungjawab.Dalam menjayakan pendidikan moral dan
akhlak sepenuhnya, semua pihak mesti melakukan reformasi terhadap diri
masing-masing serta memandang ke hadapan dengan fikiran yang terbuka dan
positif, mengamalkan cara hidup yang bermoral, berhemah tinggi serta sanggup
menjadi ’model’ dalam masyarakat. Guru terutama nya amatlah penting memahami
bahawa penghayatan moral, nilai dan akhlak merupakan asas kepada kehidupan
manusia dan asas martabat sesuatu profesion khasnya profesion keguruan yang
bertanggungjawab untuk memanjangkan tradisi dan budaya masyarakat Malaysia. Di
samping itu, penghayatan amalan moral dan akhlak yang baik di harap dapat
merealisasikan matlamat pendidikan
seperti yang telah termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta
mencapai Wawasan 2020.
9.
Bibliografi
Abd.Rahim
Abd Rashid (2005) Profesionalisme Keguruan:
Prospek dan Cabaran.Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka
Pendidikan
Moral dan Nilai (1997). Prosiding Konvensyen Kebangsaan.Fakulti Pendidikan,
UKM.Bangi.
Shahrin,
Awaludin & Kamaruzaman Abd.Ghani (2003). Pendidikan Rohani Dalam Sistem
Pendidikan Negara: Satu Pemikiran
Semula. Pemikiran Dalam Pendidikan Fakulti Pendidikan, UKM. Bangi
Zainab
Hanim et.al (2004) Penggunaan Kaedah Pembelajaran Koperatif (PK)Dalam
Pengajaran Matematik : Penyelidikan Di Sekolah Rendah.Jurnal Pendidikan 29 m.s
105 –124.FakultiPendidikan,UKM.Bangi
Zarin Ismail (1998) Pendidikan Moral di Sekolah Apa Dualisme Dan Dikotominya rosiding Seminar Isu-isu Pendidikan Negara.Fakulti Pendidikan. UKM, Bangi.
Zarin Ismail (1998) Pendidikan Moral di Sekolah Apa Dualisme Dan Dikotominya rosiding Seminar Isu-isu Pendidikan Negara.Fakulti Pendidikan. UKM, Bangi.
KAEDAH
PERBINCANGAN
Kaedah
perbincangan adalah satu aktiviti secara berkumpulan iaitu melalui penglibatan
murid-murid secara bekerjasama antara satu sama lain dalam membincangkan
sesuatu topik atau masalah[8].
Kaedah ini tidak memerlukan guru terlalu terikat dengan cara penyampaian
maklumat atau data seperti yang biasa diamalkan dalam pengajaran berkuliah.
Sebaliknya kaedah ini melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pengajaran
dan pembelajaran yang dapat meningkatkan minat serta pembelajaran kendiri dalam
kalangan pelajar.[9]
Dalam kumpulan perbincangan pelajar digalakkan menyoal, menganalisis, berhujah, mengeluarkan pendapat dan idea untuk bersama-sama menyelesaikan masalah atau isu yang dibincangkan.Kaedah perbincangan adalah satu kaedah pengajaran yang dapat meningkatkan kemahiran belajar dan kemahiran berfikir pelajar seperti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran menyelesaikan masalah serta meningkatkan kemahiran berkomunikasi pelajar.
Terdapat banyak teknik perbincangan yang boleh digunakan untuk guru menggunakan kaedah ini seperti penyelesaian masalah, sesi buzz, seminar, forum, teknik perbincangan berfokus dan lain-lain.
Dalam kumpulan perbincangan pelajar digalakkan menyoal, menganalisis, berhujah, mengeluarkan pendapat dan idea untuk bersama-sama menyelesaikan masalah atau isu yang dibincangkan.Kaedah perbincangan adalah satu kaedah pengajaran yang dapat meningkatkan kemahiran belajar dan kemahiran berfikir pelajar seperti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran menyelesaikan masalah serta meningkatkan kemahiran berkomunikasi pelajar.
Terdapat banyak teknik perbincangan yang boleh digunakan untuk guru menggunakan kaedah ini seperti penyelesaian masalah, sesi buzz, seminar, forum, teknik perbincangan berfokus dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment