SISTEM
PENDIDIKAN AWAL ZAMAN ISLAM SEMASA RASULULLAH SAW
1.PENDAHULUAN
Islam sebagai ‘Ad-Din’ yang merangkumi segala ruang hidup,tidak pernah dapat dipisahkan daripada aspek pendidikan. Berpendidikan dan berilmu pengetahuan merupakan risalah yang terpenting didalam Islam. Buktinya,ayat yang pertama sekali diwahyukan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW,menekankan tentang kepentingan berpendidikan dan berilmu pengetahuan. Risalah ini telah dirakamkan di dalam Surah Al-Alaq:

ayat 1-5 terjemahannya:
“Bacalah dengan
(menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan.Dia telah menciptakan manusia daripada
segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah yang paling pemurah yang mengajar
(manusia) dengan perantaraan kalam.Dia mengajar kepada manusia apa-apa yang
tidak diketahui”
Pendidikan Islam lahir
serentak dengan kewujudan Adam a.s . Adam merupakan guru pertama di atas muka
bumi ini yang bertindak sebagai pendidik yang memimpin dan membentuk masyarakat
manusia kearah pentauhidan,pengabdian,pematuhan
dan penyerahan diri kepada Allah
SWT. Kemudiannya, pendidikan ini diteruskan
oleh para Nabi dan Rasul sehinggalah kebangkitan Nabi Muhammad SAW.
Sebagai Nabi dan Rasul penghabisan dan penyempurnaan syariat serta risalah
pendidikan daripada Allah SWT kepada manusia. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“BacalahPada hari ini telah Aku
sempurnakan bagi kamu agama kamu dan telah Aku cukupkan kepada kamu nikmat-Ku
dan telah aku redhakan bagi kamu Islam sebagai agama”
Sumber-sumber pendidikan Islam ialah,Al-Quran,As-Sunnah
dan Ijma’ Ulama’.
2. PERMULAAN PENDIDIKAN
Nabi Muhammad SAW merupakan rasul
terakhir dan penutup bagi segala risalah-risalah Islam sebelumnya. Wahyu
pertama yang diturunkan kepada Baginda adalah surah Al-Alaq:ayat 1-5,yang
diturunkan pada tahun 610 M di Gua Hira.Ayat ini menandakan bermulanya
pendidikan Islam.Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu kerana dengan ilmulah
setiap individu muslim itu dapat mengenal penciptanya dan juga menyedari akan
kedudukannya sebagai hamba Allah SWT dan juga khalifah Allah atas muka bumi
ini.Ilmu merupakan cahaya yang menerangi kegelapan dan ia membawa manusia ke
jalan kebenaran. Ayat pertama iaitu Al-Iqra’yang membawa maksud suruhan kepada
manusia untuk membaca. Membaca merukan langkah permulaan yang terbaik dalam
proses pendidikan kerana ia adalah kunci ilmu pengetahuan.
Membaca ini melibatkan proses
mental,pengenalan, ingatan,
pengucapan,daya kreativiti dan psikologi. Terdapat banyak ayat Al-Quran dan AL-Hadith yang membicarakan tentang kepentingan pendidikan. Menurut Imam Al-Ghazali sendiri,terdapat kira-kira 1404 ayat bersamaan 25 peratus isi kandungan Al-Quran yang menyentuh tentang pendidikan. Pendidikan Islam pada peringkat awalnya menjadi hak dan tnggungjawab perseorangan. Setiap orang bebas menuntut ilmu dengan mana-mana guru yang disukai dan dimana-mana sahaja tempat yang diadakan perbincangan ilmu.

Rasulullah SAW merupakan seorang
guru yang menyampaikan risalah Islam yang bersumberkan wahyu daripada Allah SWT
kepada umatnya. Pendidikan Islam yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW
melibatkan Kota Makkah dan Kota Madinah. Oleh kerana keadaan dan suasana
masyarakat di kedua-dua tempat itu berbeza, jadi corak pendidikan yang
dilaksanakan di kedua-dua tempat itu adalah berbeza mengikut kesesuaian
setempat.
Namun begitu tidak terdapat sebarang
percanggahan di dalam system pendidikan pada zaman Nabi Muhammad SAW kerana
pokok perbincangannya adalah merangkumi tiga perkara utama,iaitu:
(a) Pendidikan Aqidah
(b) Pendidikan Akhlak
(c) Pendidikan Syariah
Konsep
aqidah,syariah dan akhlak sebagai dasar utama pendidikan pada zaman Rasulullah
SAW melahirkan nilai-nilai pendidikan yang menghasilkan sikap peribadi muslim
yang bertanggungjawab kepada Allah SWT,diri sendiri,masyarakat,Negara
persekitaran dan ekologinya. Ketiga-tiga konsep tersebut amat sesuai untuk
segala waktu dan tempat serta mampu memenuhi segala keperluan semasa dan
permasalahan yang timul dari semasa ke semasa.
.
No comments:
Post a Comment