Saturday, 7 March 2015

Cerita Lagenda Kisah Nenek Apoi dan Rusa Emas

Cerita Lagenda
Suku Kaum Idahan
 di
Lahad Datu
Kisah Nenek Apoi
Dan
Rusa Emas
~Penulis Cerita dan Ilustrasi~
Rojianah Binti Jalmi Shik


Pada Zaman dahulu, ada seorang Pendekar yang 
gagah dan berkuasa pada masyarakat setempat di 
Daerah Lahad Datu. Pendekar gagah itu dipanggil Nenek Apoi. Nenek Apoi sangat disanjungi dan dihormati penduduk masyarakat disekitarnya.
Nenek Apoi suka berburu bersama dengan
 anjingnya yang dipanggil Siyud Rapot




Isteri kesayangan Pendikar Gagah nenek Apoi iaitu
Liyun
Gayoh  teringin sekali hendak makan hati rusa,

  
hari sudah kemalaman namun, si Nenek Apoi 

dengan  anjingnya masih belum muncul lagi
Perjalanan Nenek Apoi dengan Siyud Rapot sangat panjang,tidak mengenal penat lelah, merentasi hutan belukar  dan sungai.
Dari sungai Kinabatangan hingga ke Pulau Temburung, Nenek Apoi telah pergi memburu selama tujuh hari lamanya. Pada hari yang ke tujuh itu, Nenek Apoi ingin pulang kembali kerana tidak ada seekor rusa pun selama yang ditemui…  tiba-tibaseekor rusa kelihatan seperti emas lalu dihadapan Nenek Apoi dan Siyud Rapot.

Siyud Rapot telah Nampak Rusa Emas itu berlari ,lalu Siyud Rapot mengejar Rusa Emas itu sambil menggongong Rusa Emas itu. Pendikar Gagah Nenek Apoi mengejar Rusa Emas itu. Setelah lama berkejaran, sang Rusa Emas itu berhenti di sebuah gua, lalu Pendikar Gagah Nenek Apoi pun telah membujak Rusa  Emas itu

Apabila lembing Pendikar Gagah Nenek Apoi terkena pada badan Rusa Emas itu,
Tiba-tiba Rusa Emas itu berkata-kata meminta agar dia tidak dibunuh

Wahai Pendikar Gagah Nenek Apoi, tolong janganlah bunuh aku
kasihanilah aku,aku akan berikan kepada kamu untuk mengurus Khazanah ciptaan Tuhan ini turun temurun untuk keturunan kamu sampai berakhirnya dunia ini iaitu kiamat.
Ketahuilah oleh kamu nilai diri saya adalah sama dengan Gua Madai ini” kata Rusa Emas itu.
  “Apakah kebaikan Gua Madai ini kepada suku sakat keturunanku wahai Rusa Emas?Tanya Pendikar Gagah Nenek Apoi

"Nilai Gua Madai ini adalah Khazanah Alam Anugerah Tuhan kepada kamu dan keturunan kamu untuk memungut hasil tuaian sarang burung layang-layang dan sangat berguna untuk kesihatan dan juga sangat berharga suatu hari nantiDengan syaratnya,sesiapapun tidak boleh berniat jahat seperti tamak, haloba dengki,mencuri walaupun baru niat sahaja,jika itu berlaku maka orang itu tidak akan selamat. 
 Wahai Pendikar Gagah Nenek Apoi, ini amanah Tuhan, hasil tuaian hendaklah dipungut setiap 3 musim, iaitu musim Papas (bulan 4), musim Penangoh (Bulan 7)dan musim akhir tahun(bulan 12)…”tambah Rusa Emas itu

Kalau begitu kehendak kamu wahai Rusa Emas maka saya mohon minta maaf kepada kamu kerana telah cederakan diri kamudan saya akan lepaskan kamu sekarang” kata Pendikar Gagah Nenek Apoi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengajaran dari kisah ini:~

1.Jika Allah mengkehendaki memberikan anugerah kebesaranNya, maka tiada siapapun yang akan dapat menghalanginya.

2.Rela berkorban apa sahaja untuk orang yang disayangi,dengan ikhlas dan tulus,maka Allah SWT akan beri bantuan yang tidak disangka-sangka nilainya

3.Jujur dalam memikul amanah yang telah dipertanggungjawabkan
Bersihkan hati dari perkara-perkara yang mungkar
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Segala kekurangan atau sebaliknya dari kisah sebenar ,diri memohon maaf kerana ini adalah cerita yang dirasakan sesuai bahasanya dengan anak-anak didik 
Bahasa yang mudah difahami...


Wassalam

RJS
Rojianah Jalmi Shik

HakCipta Terpelihara
2015