Perjalanan Nenek
Apoi dengan Siyud
Rapot sangat panjang,tidak mengenal penat lelah,
merentasi hutan
belukar
dan sungai.

Dari sungai
Kinabatangan hingga ke
Pulau Temburung, Nenek
Apoi telah pergi
memburu selama
tujuh hari lamanya. Pada hari
yang ke tujuh
itu, Nenek Apoi
ingin pulang kembali kerana tidak
ada seekor rusa
pun selama yang ditemui…
tiba-tiba…seekor
rusa kelihatan seperti emas lalu
dihadapan Nenek
Apoi dan Siyud
Rapot.
Siyud Rapot telah Nampak Rusa Emas itu
berlari ,lalu
Siyud Rapot mengejar Rusa Emas
itu sambil menggongong Rusa Emas
itu. Pendikar Gagah
Nenek Apoi mengejar Rusa Emas
itu. Setelah lama berkejaran, sang Rusa Emas itu
berhenti di sebuah
gua, lalu Pendikar Gagah Nenek
Apoi pun telah membujak Rusa Emas itu.
Apabila lembing Pendikar Gagah Nenek Apoi terkena pada badan Rusa Emas itu,
Tiba-tiba Rusa Emas itu berkata-kata meminta agar dia tidak dibunuh…
“Wahai
Pendikar Gagah
Nenek Apoi, tolong
janganlah bunuh
aku”
…kasihanilah aku,aku akan
berikan kepada
kamu untuk mengurus Khazanah ciptaan Tuhan ini
turun temurun untuk
keturunan kamu
sampai berakhirnya dunia ini
iaitu kiamat.
Ketahuilah oleh
kamu nilai diri
saya adalah sama
dengan Gua
Madai ini” kata Rusa Emas itu.
“Apakah kebaikan Gua Madai
ini kepada suku
sakat keturunanku wahai
Rusa Emas?Tanya Pendikar Gagah
Nenek Apoi…
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengajaran dari
kisah ini:~
1.Jika Allah mengkehendaki memberikan anugerah kebesaranNya, maka
tiada siapapun yang akan dapat menghalanginya.
2.Rela berkorban apa
sahaja untuk
orang yang disayangi,dengan ikhlas
dan tulus,maka Allah SWT akan beri bantuan yang tidak disangka-sangka nilainya
3.Jujur dalam memikul amanah
yang telah dipertanggungjawabkan
Bersihkan hati
dari perkara-perkara yang mungkar
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Segala kekurangan atau sebaliknya dari kisah sebenar ,diri memohon maaf kerana ini adalah cerita yang dirasakan sesuai bahasanya dengan anak-anak didik
Bahasa yang mudah difahami...
Wassalam
RJS
Rojianah Jalmi Shik
HakCipta Terpelihara
2015
2015
How To Make Money On Sports Betting
ReplyDeleteOnline sports betting is available for a casino-roll.com whole host of www.jtmhub.com US and หาเงินออนไลน์ European sports communitykhabar betting markets. Some goyangfc US states, like Louisiana and New Jersey, allow