SOLAT QIYAM AL-LAIL (TAHAJJUD)
By:Juliea Binti Shik
APA ITU SOLAT TAHAJJUD DAN DALIL YANG MENSYARI’ATKANNYA
Amalan solat sunat yang paling utama di sisi Islam adalah solat
Tahajjud. Ini sebagaimana sabda Nabi
shallallahu ‘alaihi wasallam:
أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ. وَأَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ.
Maksudnya:
Puasa
yang paling utama setelah puasa Ramadan adalah puasa (sunat) pada bulan
Allah iaitu bulan Muharram. Sedangkan solat yang paling utama setelah
solat wajib adalah solat malam (Tahajjud). - Hadis riwayat Imam Muslim dalam
Shahihnya
, Kitab al-Shiyam, no: 1163.
Tahajjud terbentuk dari kata dasar
hajjada yang bererti tidur dan
tahajjada bererti berjaga. Maka kata
tahajjadtu bermaksud saya telah membuang jauh perasaan ingin tidur dari diri saya.
Menurut al-Hafidz Ibnu Hajar al-’Asqalani
rahimahullah:
Imam al-Thabari berkata: “Tahajjud adalah berjaga setelah tidur terlebih dahulu.”… Ibnu Faris berkata: “Al-Mutahajjid bermaksud orang yang solat di malam hari.” Sedangkan al-Kurra’ menyatakan: “Tahajjudadalah solat malam secara khusus.” – Rujuk kitab al-Hafidz Ibnu Hajar al-’Asqalani,
Fathul Baari, jilid 6, ms. 203.
Oleh itu solat
Tahajjud adalah
solat sunat yang dikerjakan pada waktu malam iaitu setelah mengerjakan
solat Isyak dan sebelum masuk waktu solat Subuh. Namun begitu waktu yang
paling utama untuk dilaksanakan solat
Tahajjud itu adalah sepertiga malam yang terakhir (iaitu dari pukul 3.00 pagi sehingga masuk waktu subuh). Solat sunat
Tahajjud ini kebiasaannya digandingkan dengan solat sunat
Witir sebagai penutupnya.
Dalil disyariatkan solat
Tahajjud ini adalah sebagaimana Firman Allah
Subhanahu wa Ta’ala:
وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَىٰ أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا
Maksudnya:
Dan
bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "solat
Tahajjud" padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu
membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. - al-Israa’ (17) : 79
Di dalam kitab
al-Majaz oleh Abu Ubaidah disebutkan:
“Firman-Nya “kerjakanlah solat Tahajjud padanya” bermaksud berjagalah pada malam hari untuk melakukan solat.” – Rujuk kitab al-Hafidz Ibnu Hajar al-’Asqalani,
Fathul Baari,
jilid 6, ms. 202.
Dalil solat
Tahajjud lebih utama dilakukan pada sepertiga malam terakhir disandarkan kepada sabda Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam:
يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الآخِرُ.
يَقُولُ: مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ.
Maksudnya:
Rabb
kita Tabaraka wa Ta’ala turun pada setiap malam ke langit dunia ketika
tersisa sepertiga malam yang akhir. Allah berfirman: Siapa yang berdoa
kepada-Ku, nescaya Aku akan mengabulkannya; siapa yang meminta
kepada-Ku, nescaya Aku akan memberinya; siapa yang memohon ampun
kepada-Ku, nescaya Aku akan mengampunnya. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam
Shahihnya,
Kitab at-Tahajjud, no: 1145.
Selanjutnya Nabi
shallallahu ‘alaihi wasallam juga bersabda:
أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الرَّبُّ مِنْ الْعَبْدِ فِي جَوْفِ اللَّيْلِ الآخِرِ فَإِنْ اسْتَطَعْتَ
أَنْ تَكُونَ مِمَّنْ يَذْكُرُ اللَّهَ فِي تِلْكَ السَّاعَةِ فَكُنْ.
Maksudnya:
Saat
yang paling dekat di antara Allah dan hamba-Nya adalah pada tengah
malam terakhir, apabila kamu boleh menjadi sebahagian daripada mereka
yang mengingati Allah pada saat itu maka lakukanlah. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam
Sunannya
, Kitab al-Da’waat, no: 3503.
Ternyata
ibadah yang di dalamnya terdapat doa-doa, zikir-zikir,
permintaan-permintaan dan permohonan ampun adalah solat. Maka selayaknya
solat yang paling utama setelah solat fardu ini dilaksanakan pada
sepertiga malam yang akhir.
v
JUMLAH RAKAAT SOLAT TAHAJJUD
Secara umumnya solat
Tahajjud ini
boleh dilakukan dengan dua rakaat-dua rakaat dan ianya tidak mempunyai
batasan jumlah rakaat yang maksimum. Malah ianya juga boleh dilaksanakan
dengan hanya satu rakaat solat sunat witir.
Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar
radhiallahu’ anhuma, dia berkata:
إِنَّ رَجُلاً قَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ صَلاَةُ اللَّيْلِ.
قَالَ: مَثْنَى مَثْنَى فَإِذَا خِفْتَ الصُّبْحَ فَأَوْتِرْ بِوَاحِدَةٍ.
Maksudnya:
Sesungguhnya
seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah, bagaimanakah solat malam?
Baginda bersabda: Dua-dua (rakaat), apabila engkau khuatir (masuk waktu
subuh), maka laksanakan solat witir satu rakaat. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam
Shahihnya,
Kitab at-Tahajjud, no: 1137.
Namun begitu jumlah rakaat yang paling utama adalah dengan tidak
melebihkannya dari sebelas atau tiga belas rakaat kerana jumlah ini
adalah sebagaimana yang kebiasaannya dikerjakan oleh Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam.
Daripada ‘Aishah
radhiallahu’ anha, dia berkata:
أَنَّ
رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُصَلِّي
بِاللَّيْلِ إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً يُوتِرُ مِنْهَا بِوَاحِدَةٍ.
Maksudnya:
Bahawa
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam solat malam pada waktu setelah
selesai Isyak sampai terbit fajar sebanyak sebelas rakaat dengan salam
setiap selesai dua rakaat, lalu berwitir dengan satu rakaat. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam
Shahihnya,
Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 736.
Daripada ‘Aishah
radhiallahu’ anha, dia berkata:
كَانَ
النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي مِنْ اللَّيْلِ
ثَلاَثَ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنْهَا الْوِتْرُ وَرَكْعَتَا الْفَجْرِ.
Maksudnya:
Nabi
shallallahu ‘alaihi wasallam biasa solat pada malam hari tiga belas
rakaat termasuk witir, dan dua rakaat solat fajar (sunat Qabliyah
Subuh). - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam
Shahihnya,
Kitab at-Tahajjud, no: 1140.
Abu Salamah
radhiallahu’ anh pernah bertanya kepada ‘Aishah
radhiallahu’ anha tentang solat malam Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam pada bulan Ramadan. Maka ‘Aishah menjawab:
مَا
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَزِيدُ فِي
رَمَضَانَ وَلاَ فِي غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً
يُصَلِّي
أَرْبَعًا فَلاَ تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ. ثُمَّ يُصَلِّي
أَرْبَعًا فَلاَ تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ.
ثُمَّ يُصَلِّي ثَلاَثًا.
Maksudnya:
Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam tidak menambah pada bulan Ramadan dan
tidak pula pada bulan-bulan lainnya, melebihi sebelas rakaat; baginda
solat empat rakaat, jangan kamu persoalkan akan kebagusan dan
panjangnya. Kemudian baginda solat empat rakaat lagi, jangan kamu
persoalkan akan kebagusan dan panjangnya. Kemudian baginda solat tiga
rakaat (witir). - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam
Shahihnya,
Kitab at-Tahajjud, no: 1147.
Hadis di atas ini menunjukkan bahawa solat
Tahajjud ini
juga boleh dikerjakan secara empat rakaat-empat rakaat. Ianya boleh
dikerjakan sebagaimana tatacara solat fardu yang empat rakaat iaitu
dengan dua
tahiyyat serta satu salam
Sekiranya Nabi s.a.w mengerjakan solat
Tahajjud dengan
tidak melebihkannya dari sebelas atau tiga belas rakaat, adakah
diperbolehkan bagi kita semua mengerjakannya dengan jumlah rakaat yang
mengatasi jumlah rakaat yang dilakukan oleh Nabi
shallallahu ‘alaihi wasallam? Menurut Syaikh Kamal bin al-Sayyid Salim:
Majoriti ulamak –baik daripada kalangan salaf mahupun khalaf- justeru berpendapat diperbolehkan untuk menambah bilangan rakaat Qiyam al-Lail melebihi
sebelas rakaat walaupun mereka tetap menyatakan bilangan sebelas rakaat
adalah bilangan yang disunnahkan. Al-Qadhi Iyadh berkata:
Tidak
ada perbezaan di kalangan para ulamak bahawa tidak ada batasan yang
dilarang, baik untuk menambah atau mengurangkan dalam masalah ini
(jumlah bilangan rakaat Qiyam al-lail). Solat adalah satu
bentuk ketaatan yang setiap kali bertambah jumlah bilangannya, maka
pahalanya pun bertambah. Isu yang menjadi perselisihan adalah hal yang
berkenaan dengan perbuatan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan apa yang telah baginda pilih untuk dirinya. Wallahu a’lam.
Ibnu ‘Abdul Barr dalam kitab al-Tamhid berkata:
Tidak
ada perbezaan pendapat di kalangan umat Islam bahawa tidak ada batasan
tertentu untuk solat malam. Solat ini adalah salah satu perbuatan sunnah
dan kebajikan, sesiapapun boleh melakukannya sedikit dan boleh
memperbanyakannya.
Aku (iaitu Syaikh Kamal) katakan: Hal ini menunjukkan bahawa pendapat inilah yang kuat. - Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim bertajuk
Shahih Fiqh as-Sunnah wa Adillatuhu wa Taudhih Madzahib al-A’immah, jilid 1, ms. 653.
v
TATACARA RINGKAS MENGERJAKAN SOLAT TAHAJJUD
A) Tatacara Solat Tahajjud Dua Rakaat
Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat
Tahajjud
2) Takbiratul Ihram
3) Doa
Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
1) Ulang seperti rakaat pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri
Ulangilah solat dua rakaat ini sebanyak mana yang disukai dan diakhirkan dengan solat
Witir. Hanya sahaja yang afdal adalah mencontohi Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam yang mengerjakan solat
Qiyam al-Lail ini (yakni solat
Tahajjud dan
Witir) tidak melebihi sebelas atau tiga belas rakaat.
B) Tatacara Solat Tahajjud Empat Rakaat
Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat
Tahajjud
2) Takbiratul Ihram
3) Doa
Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
1) Ulang seperti rakaat pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk
tahiyyat awal
3) Bangun untuk rakaat ketiga
Rakaat Ketiga
1) Ulang seperti rakaat pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Bangun untuk rakaat keempat
Rakaat Keempat
1) Ulang seperti rakaat pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk
tahiyyat akhir
3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri
Ulangilah solat empat rakaat ini sebanyak mana yang disukai dan diakhirkan dengan solat
Witir. Hanya sahaja yang afdal adalah mencontohi Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam yang mengerjakan solat
Qiyam al-Lail ini (yakni solat
Tahajjud dan
Witir) tidak melebihi sebelas atau tiga belas rakaat.
v
BEBERAPA SUNNAH DALAM MELAKSANAKAN SOLAT TAHAJJUD
q
Niat Untuk Mengerjakan Solat Tahajjud Sebelum Tidur
Adalah disunatkan untuk tidur terlebih dahulu sebelum mengerjakan solat
Tahajjud. Oleh itu bagi mereka yang hendak melaksanakan solat
Tahajjud,
hendaklah dia berniat sebelum tidur bahawa dia akan melaksanakan solat
tersebut. Sekiranya seseorang itu telah berniat namun dia gagal untuk
terjaga dari tidurnya bagi mengerjakan solat
Tahajjud, maka Allah
Subhanahu wa Ta’ala tetap akan mengurniakan pahala solat
Tahajjud tersebut. Sabda Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam:
مَا مِنْ امْرِئٍ تَكُونُ لَهُ صَلاَةٌ بِلَيْلٍ فَغَلَبَهُ عَلَيْهَا نَوْمٌ إِلاَّ كَتَبَ اللَّهُ لَهُ أَجْرَ صَلاَتِهِ
وَكَانَ نَوْمُهُ صَدَقَةً عَلَيْهِ.
Maksudnya:
Sesiapa
yang (berniat) akan mengerjakan solat malam, lalu tertidur, Allah pasti
menulis untuknya pahala solat malam dan tidurnya merupakan sedekah
untuknya. - Hadis riwayat Imam al-Nasa’i dalam
Sunannya,
KitabQiyam al-Lail, no: 1763.
q
Cara Untuk Menghilangkan Mengantuk
Apabila terjaga dari tidur untuk melaksanakan solat
Tahajjud hendaklah
berusaha untuk menghilangkan perasaan mengantuk dari wajah dengan
bersugi atau menggosok gigi dan setelah itu mengucapkan zikir
La
ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku walahul hamdu wahuwa
‘ala kulli shayin qadir alhamdulillah wa subhanallah wa la ilaha
illallah wallahu akbar wa la haulawala quwwata illa billahi.
Allahummaghfirli. Nabi
shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
مَنْ تَعَارَّ مِنْ اللَّيْلِ فَقَالَ: لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ.
لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ.
الْحَمْدُ
لِلَّهِ وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ
أَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ.
ثُمَّ قَالَ: "اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي" أَوْ دَعَا اسْتُجِيبَ لَهُ فَإِنْ تَوَضَّأَ وَصَلَّى قُبِلَتْ صَلاَتُهُ.
Maksudnya:
Barangsiapa
terbangun pada malam hari lalu mengucapkan: Tidak ada Tuhan yang
disembah kecuali Allah semata, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan
dan untuk-Nya segala pujian, dan Dia berkuasa atas segala sesuatu.
Segala puji bagi Allah, Maha Suci Allah, Tiada Tuhan yang berhak
disembah selain Allah, Allah Maha Besar. Dan tidak ada daya serta
kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah. Kemudian diucapkan: “Ya Allah
ampunilah aku” atau dia berdoa nescaya akan dimakbulkan untuknya.
Apabila dia berwuduk nescaya diterima solatnya. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam
Shahihnya,
Kitab at-Tahajjud, no: 1154.
Satu
cara lagi untuk menghilangkan perasaan mengantuk adalah sebaik sahaja
bangun dari tidur hendaklah kita mengusap wajah kita lalu membaca
sepuluh ayat terakhir dari surah
‘Ali Imran.
Dari Ibnu ‘Abbas
radhiallahu’ anh, dia berkata:
اسْتَيْقَظَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَعَلَ يَمْسَحُ النَّوْمَ عَنْ وَجْهِهِ بِيَدِهِ
ثُمَّ قَرَأَ الْعَشْرَ الآيَاتِ الْخَوَاتِمَ مِنْ سُورَةِ آلِ عِمْرَانَ.
Maksudnya:
Pernah
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bangun tidur, lalu
menghilangkan rasa mengantuk dengan cara mengusapkan tapak tangannya
pada wajahnya. Baginda kemudiannya membaca sepuluh ayat terakhir surah
‘Ali Imran. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam
Shahihnya,
Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 763.
q
Solat Sunat Dua Rakaat Sebelum Megerjakan Solat Tahajjud
Hendaklah dikerjakan solat dua rakaat yang ringan sebelum memulakan solat
Tahajjud. Nabi
shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
إِذَا قَامَ أَحَدُكُمْ مِنْ اللَّيْلِ فَلْيَفْتَتِحْ صَلاَتَهُ بِرَكْعَتَيْنِ خَفِيفَتَيْنِ.
Maksudnya:
Jika
salah seorang dari kalian ingin melaksanakan solat malam, maka
hendaklah dia memulai solat malamnya dengan mengerjakan (solat) dua
rakaat dengan agak cepat. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam
Shahihnya,
Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 768.
Al-Hafidz Ibnu Hajar
rahimahullah berkata:
Al-Hafidz Abu al-Fadhl bin al-Husain menyebutkan dalam kitab Syarah al-Tirmidzi bahawa rahsia solat malam dimulai dengan dua rakaat yang ringan adalah untuk segera melepaskan ikatan syaitan. – Rujuk kitab al-Hafidz Ibnu Hajar al-’Asqalani,
Fathul Baari jilid 6, ms. 273.
Pendapat di atas ini ada hubung-kaitnya dengan sabda Nabi
shallallahu ‘alaihi wasallam:
يَعْقِدُ الشَّيْطَانُ عَلَى قَافِيَةِ رَأْسِ أَحَدِكُمْ إِذَا هُوَ نَامَ ثَلاَثَ عُقَدٍ.
يَضْرِبُ كُلَّ عُقْدَةٍ عَلَيْكَ لَيْلٌ طَوِيلٌ فَارْقُدْ. فَإِنْ اسْتَيْقَظَ فَذَكَرَ اللَّهَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ.
فَإِنْ تَوَضَّأَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ. فَإِنْ صَلَّى انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ.
فَأَصْبَحَ نَشِيطًا طَيِّبَ النَّفْسِ وَإِلاَّ أَصْبَحَ خَبِيثَ النَّفْسِ كَسْلاَنَ.
Maksudnya:
Syaitan
akan mengikat tengkuk salah seorang di antara kamu apabila kamu tidur
dengan tiga ikatan. Ia menepukkan pada setiap ikatan; bagimu malam yang
panjang maka tidurlah. Apabila kamu bangun dan berzikir kepada Allah
maka terbukalah satu ikatan. Apabila kamu berwuduk maka terbuka pula
satu ikatan. Apabila kamu bersolat terbukalah satu ikatan. Maka di pagi
hari kamu akan bersemangat dan merasa segar. Jika tidak nescaya di pagi
hari perasaannya buruk dan malas. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam
Shahihnya,
Kitab at-Tahajjud, no: 1142.
Dari
hadis ini dapat kita simpulkan bahawa ikatan ketiga itu hanya dapat
dilepaskan setelah kita melakukan solat yang sempurna. Oleh itu solat
dua rakaat sebelum solat
Tahajjud memainkan peranan tersebut. Setelah itu dapatlah kita mengerjakan solat
Tahhajud dengan penuh semangat dan kesegaran.
Wallahu’alam.
q
Mengerjakannya Di Rumah
Adalah lebih utama sekiranya solat
Tahajjud tersebut dilakukan di rumah sendiri dan bukan di masjid. Ini adalah kerana Nabi
shallallahu ‘alaihi wasallam biasa melakukan solat
Tahajjud di rumahnya sendiri. Nabi
shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
فَعَلَيْكُمْ بِالصَّلاَةِ فِي بُيُوتِكُمْ! فَإِنَّ خَيْرَ صَلاَةِ الْمَرْءِ فِي بَيْتِهِ إِلاَّ الصَّلاَةَ الْمَكْتُوبَةَ.
Maksudnya:
Hendaklah kalian solat di rumah kalian! Kerana sebaik-baik solat seseorang itu adalah di rumahnya kecuali solat wajib. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam
Shahihnya,
Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 781.
q
Doa Solat Tahajjud
Di dalam
Shahih al-Bukhari terdapat satu doa khusus untuk solat
Tahajjud.
Namun begitu terdapat perbezaan pendapat tentang di mana hendak membaca
doa tersebut. Ada yang menyatakan ianya dibaca ketika berdiri hendak
memulakan solat
tahajjud dan ada pula yang beranggapan ianya diucapkan setelah
takbiratul ihram sebagai doa
iftitah. Doa tersebut adalah sebagaimana diriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas
radhiallahu’ anh, dia berkata: Biasanya Nabi
shallallahu ‘alaihi wasallam apabila solat di malam hari untuk
tahajjud maka baginda mengucapkan:
اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ قَيِّمُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ
وَلَكَ الْحَمْدُ لَكَ مُلْكُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ
وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ نُورُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ
وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ مَلِكُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ
وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ الْحَقُّ وَوَعْدُكَ الْحَقُّ وَلِقَاؤُكَ حَقٌّ وَقَوْلُكَ حَقٌّ وَالْجَنَّةُ حَقٌّ وَالنَّارُ حَقٌّ
وَالنَّبِيُّونَ حَقٌّ وَمُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَقٌّ وَالسَّاعَةُ حَقٌّ
اللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ وَبِكَ خَاصَمْتُ وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ
فَاغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ
أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَوْ لاَ إِلَهَ غَيْرُكَ.
Ya
Allah, bagi Mu segala puji. Engkau pencipta dan pemelihara (pengatur)
langit dan bumi serta segala isinya. Bagi Mu segala puji, kepunyaan Mu
kerajaan langit dan bumi serta segala isinya. Bagi Mu segala puji,
Engkau adalah nur (cahaya) langit dan bumi. Bagi Mu segala puji, Engkau
lah penguasa langit dan bumi. Bagi Mu segala puji, Engkau adalah haq
(Maha Benar), janji Mu adalah benar, pertemuan dengan Mu adalah benar,
firman Mu adalah benar, syurga adalah benar, neraka adalah benar, para
nabi adalah benar, Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam adalah benar,
dan hari kiamat adalah benar. Ya Allah, hanya kepada Mu aku berserah
diri, kepada Mu aku beriman, kepada Mu aku bertawakal dan hanya kepada
Mu aku kembali. Kerana Engkau aku memusuhi dan hanya kepada Mu aku
mengambil keputusan. Ampunilah aku atas segala yang telah aku lakukan
dan apa yang akan aku lakukan, apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku
nyatakan. Engkau lah zat yang Maha Awal dan Maha Terakhir, tidak ada
sembahan kecuali Engkau.
Sufyan berkata: ‘Abdul Karim Abu Umayyah menambahkan:
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ.
Dan tidak ada daya serta kekuatan kecuali dari Allah. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam
Shahihnya,
Kitab al-Tahajjud, no: 1120.
q
Membangunkan Ahli Keluarga Untuk Mengerjakan Solat Tahajjud
Hendaklah membangunkan ahli keluarga untuk mengerjakan solat
Tahajjud. Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallambersabda:
رَحِمَ اللَّهُ رَجُلاً قَامَ مِنْ اللَّيْلِ فَصَلَّى ثُمَّ أَيْقَظَ امْرَأَتَهُ فَصَلَّتْ.
فَإِنْ أَبَتْ نَضَحَ فِي وَجْهِهَا الْمَاءَ. وَرَحِمَ اللَّهُ امْرَأَةً قَامَتْ مِنْ اللَّيْلِ فَصَلَّتْ
ثُمَّ أَيْقَظَتْ زَوْجَهَا فَصَلَّى. فَإِنْ أَبَى نَضَحَتْ فِي وَجْهِهِ الْمَاءَ.
Maksudnya:
Semoga
Allah merahmati seorang suami yang bangun pada waktu malam lalu solat;
kemudian dia membangunkan isterinya lalu isterinya juga solat. Jika
isterinya enggan maka si suaminya memercik wajah isteri dengan air.
Semoga Allah merahmati seorang isteri yang bangun pada waktu malam lalu
solat; kemudian dia membangunkan suaminya. Jika suaminya enggan maka si
isterinya memercik wajah suami dengan air. - Hadis riwayat Imam al-Nasa’i dalam
Sunannya,
Kitab Qiyam al-Lail, no: 1592.
q
Boleh Mengeraskan atau Memperlahankan Bacaan
Diperbolehkan untuk mengeraskan (
jahr) dan memperlahankan (
sirr) bacaan ketika solat
Tahajjud kerana Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam pernah membaca dengan kedua-dua cara tersebut.
Daripada ‘Abdullah bin Abi Qais, dia berkata:
سَأَلْتُ عَائِشَةَ عَنْ وِتْرِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ ...
كَيْفَ كَانَتْ قِرَاءَتُهُ أَكَانَ يُسِرُّ بِالْقِرَاءَةِ أَمْ يَجْهَرُ.
قَالَتْ: كُلَّ ذَلِكَ كَانَ يَفْعَلُ رُبَّمَا أَسَرَّ وَرُبَّمَا جَهَرَ...
Aku
pernah bertanya kepada ‘Aisyah tentang solat Witir Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam …: Bagaimanakah bacaan Baginda ketika
solat, adakah dengan suara keras atau suara yang perlahan?
Dia menjawab: Kesemua cara tersebut baginda amalkan, kadang-kadang dengan suara perlahan dan kadang-kadang dengan suara keras. – Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam
Sunannya
, Kitab al-Sholaah, no: 1225.
Berkaitan dengan hal ini Imam al-Nawawi
rahimahullah berkata:
Telah
banyak dibawakan hadis-hadis yang menerangkan keutamaan mengeraskan
suara dan hadis-hadis yang menjelaskan keutamaan merendahkan suara. Para
ulamak berkata: Untuk menggabungkan antara keduanya boleh dikatakan
bahawa suara perlahan lebih jauh dari perasaan riyak dan ini lebih utama
bagi orang yang khuatir akan memiliki perasaan riyak, namun apabila dia
tidak takut riyak maka suara keras itu lebih utama baginya dengan
syarat tidak mengganggu orang lain yang sedang solat, tidur atau
selainnya. – Dinukil dari
Shahih Fiqh as-Sunnah wa Adillatuhu wa Taudhih Madzahib al-A’immah, jilid 1, ms. 647.
q
Memanjangkan Kadar Waktu Mengerjakan Solat Tahajjud
Hendaklah memanjangkan berdiri ketika solat iaitu dengan membaca surah yang panjang dan melamakan sujud tatkala solat
Tahajjud. Nabi
shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
أَفْضَلُ الصَّلاَةِ طُولُ الْقُنُوتِ.
Maksudnya:
Solat yang paling utama adalah solat yang paling lama berdirinya. Hadis riwayat Imam Muslim dalam
Shahihnya,
Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 756.
Daripada ‘Abdullah ibnu Mas’ud
radhiallahu’ anh, dia berkata:
صَلَّيْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْلَةً فَلَمْ يَزَلْ قَائِمًا حَتَّى هَمَمْتُ بِأَمْرِ سَوْءٍ.
قُلْنَا: وَمَا هَمَمْتَ. قَالَ: هَمَمْتُ أَنْ أَقْعُدَ وَأَذَرَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.
Maksudnya:
Aku
pernah solat bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pada suatu
malam, baginda tetap sahaja berdiri hingga aku ingin melakukan perbuatan
yang buruk. Kami bertanya: Apakah yang ingin kamu lakukan? Dia
menjawab: Aku ingin duduk dan membiarkan Nabi shallallahu ‘alaihi
wasallam bersolat sendirian. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam
Sahihnya,
Kitab at-Tahajjud, no: 1135.
Menurut al-Hafidz Ibnu Hajar
rahimahullah:
Dalam hadis di atas terdapat keterangan bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam memilih untuk memperpanjangkan solat malam. Ibnu Mas’ud adalah seorang yang kuat dan senantiasa mengikuti Nabishallallahu ‘alaihi wasallam.
Tidak terdetik di dalam dirinya keinginan untuk duduk, melainkan kerana
panjangnya solat tersebut melebihi kebiasaan yang beliau lakukan. – Rujuk kitab karya Al-Hafidz Ibnu Hajar al-’Asqalani,
Fathul Baari,
jilid 6, ms. 248.
Hendaklah juga membaca ayat-ayat al-Qur’an tersebut secara tartil dan suara yang bagus. Ini sebagaimana firman Allah
Subhanahu wa Ta’ala:
وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلًا
…dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil" (secara perlahan-lahan). – al-Muzammil (73) : 4
Daripada Hafshah
radhiallahu’ anha, dia berkata:
وَكَانَ يَقْرَأُ بِالسُّورَةِ فَيُرَتِّلُهَا حَتَّى تَكُونَ أَطْوَلَ مِنْ أَطْوَلَ مِنْهَا.
Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam ketika membaca surah (al-Qur’an) baginda
membacanya dengan tartil hingga seakan-akan surah itu lebih panjang dari
biasanya. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam
Shahihnya,
Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 736.
Disunnahkan juga membacanya dengan suara yang baik serta berlagu. Al-Bara’ bin ‘Azib
radhiallahu’ anh berkata:
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَيِّنُوا الْقُرْآنَ بِأَصْوَاتِكُمْ
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Hiasilah (bacaan) al-Qur’an dengan suaramu. - Hadis riwayat Imam al-Nasa’i dalam
Sunannya,
Kitab al-Iftitah, no: 1005.
Menurut Abu Hurairah
radhiallahu’ anh:
قَالَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ مِنَّا مَنْ
لَمْ يَتَغَنَّ بِالْقُرْآنِ وَزَادَ غَيْرُهُ يَجْهَرُ بِهِ
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Tidaklah termasuk golongan kami orang yang tidak melagukan (bacaan) al-Qur’an. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam
Shahihnya,
Kitab al-Tawhid, no. 7527.
Ingin
penulis ingatkan bahawa mereka yang membaca surah atau ayat dari
al-Qur’an dengan laju dan tergesa-gesa adalah termasuk dalam golongan
yang mengambil sikap sambil lewa dalam beribadah. Menurut Syaikh Sayyid
Sabiq
rahimahullah:
Bacaan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam itu ialah secara panjang (perlahan-lahan). Baginda berhenti pada setiap ayat dan memanjangkan suaranya.” – Syaikh Sayyid Sabiq,
Fikih Sunnah, jilid 1, ms 338.
Namun
demikian janganlah kita keterlaluan dalam melagukan bacaan al-Qur’an
sehingga bertentangan dengan peraturan-peratutan (tajwid – pen) dalam
membacanya. Syaikh Kamal al-Sayyid Salim berkata:
Maksud
melagukan bacaan al-Qur’an adalah dengan membaguskan suaranya secara
keras dan melantunkannya dengan nada yang lembut sehingga mempengaruhi
jiwa dan dapat mengalirkan air mata dengan syarat tidak keluar dari
aturan membaca yang benar menurut ahli Qira’at. Adapun bacaan
yang meliuk-liuk dengan nyanyian yang di luar batasan sehingga
menyebabkan keluar dari semestinya, maka jumhur ulamak tidak menyukainya
(makruh). Wallahu a’lam. - rujuk Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim,
Shahih Fiqh as-Sunnah wa Adillatuhu wa Taudhih Madzahib al-A’immah, jilid 1, ms. 645.
Hanya sahaja pendek atau panjangnya bacaan ketika solat bergantung kepada kemampuan masing-masing kerana Nabi
shallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah menetapkan bacaan tertentu untuk solat
Tahajjud ini. Sekiranya tidak mampu menghafal surah yang panjang, memadailah dengan apa yang termampu untuk dibacakan. Dari Abi Sa’id
radhiallahu’ anh, dia berkata:
أُمِرْنَا أَنْ نَقْرَأَ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ وَمَا تَيَسَّرَ.
Maksudnya:
Kami
telah diperintah (oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) supaya kami
membaca al-Fatihah dan apa-apa (ayat/surah) yang mudah (bagi kami). - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam
Sunannya,
Kitab al-Sholaah, no: 695.
Dalil tentang memanjangkan sujud pula adalah sebagaimana yang telah diperjelaskan oleh ‘Aishah
radhiallahu’ anha:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُصَلِّي إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً.
كَانَتْ تِلْكَ صَلاَتَهُ يَسْجُدُ السَّجْدَةَ مِنْ ذَلِكَ قَدْرَ مَا يَقْرَأُ أَحَدُكُمْ خَمْسِينَ آيَةً
قَبْلَ أَنْ يَرْفَعَ رَأْسَهُ.
Maksudnya:
Sesungguhnya
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam biasa solat (malam) sebelas
rakaat, demikianlah solat yang baginda lakukan. Baginda melakukan satu
kali sujud dari sebelas rakaat itu seperti lamanya seperti salah seorang
dari kalian membaca lima puluh ayat sebelum baginda mengangkat
kepalanya. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam
Shahihnya,
Kitab at-Tahajjud, no: 1123.
Sujud tersebut dipanjangkan kerana baginda
shallallahu ‘alaihi wasallam memperbanyakan doa ketika sujud. Ini sebagaimana sabda Nabi
shallallahu ‘alaihi wasallam:
أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الْعَبْدُ مِنْ رَبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ فَأَكْثِرُوا الدُّعَاءَ.
Maksudnya:
Saat
yang paling dekat bagi seorang hamba untuk berada di samping Tuhannya,
ialah ketika dia sujud. Dari itu hendaklah kamu memperbanyakan doa
ketika sujud itu. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam
Shahihnya,
Kitab al-Sholaah, no: 482.
Demikianlah beberapa amalan yang sabit datangnya daripada Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam yang sepatutnya kita berusaha untuk mencontohinya demi untuk mencapai kesempurnaan ketika mendirikan solat
Tahajjud.
v
KESUNGGUHAN RASULULLAH DALAM MELAKSANAKAN SOLAT TAHAJJUD
Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam adalah seorang insan yang telah dijamin oleh Allah
Subhanahu wa Ta’ala akan masuk ke syurga. Baginda
shallallahu ‘alaihi wasallam juga merupakan sebaik-baik manusia malah digelar
Sayyid al-Mursalin iaitu penghulu segala Rasul. Baginda merupakan seorang insan yang maksum dan bebas dari sebarang bentuk dosa. Firman Allah
Subhanahu wa Ta’ala:
لِيَغْفِرَ
لَكَ اللَّهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ وَيُتِمَّ
نِعْمَتَهُ عَلَيْكَ وَيَهْدِيَكَ صِرَاطًا مُسْتَقِيمًا
Kemenangan
yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah
lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta
menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan
melaksanakan hukum-hukumnya). – al-Fath (48) : 2
Walaupun dengan kedudukan baginda
shallallahu ‘alaihi wasallam yang sebegini sempurna tetapi baginda tetap bersungguh-sungguh dalam mengerjakan solat
Tahajjud sehingga bengkak-bengkak kakinya. Isterinya ‘Aishah
radhiallahu’ anha melihat sendiri kesungguhan luar biasa baginda ini dan beliau hairan kenapa Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam masih
ingin bersusah payah melakukan ibadah tersebut sedangkan dia adalah
seorang yang maksum. Kisah ini telah disampaikan oleh ‘Aishah
radhiallahu’ anha sendiri di dalam sebuah hadis:
أَنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُومُ مِنْ اللَّيْلِ حَتَّى تَتَفَطَّرَ قَدَمَاهُ.
فَقَالَتْ
عَائِشَةُ: لِمَ تَصْنَعُ هَذَا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَقَدْ غَفَرَ
اللَّهُ لَكَ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ.
قَالَ: أَفَلاَ أُحِبُّ أَنْ أَكُونَ عَبْدًا شَكُورًا.
Maksudnya:
Sungguh
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam solat malam hingga kedua tapak
kakinya merekah. ‘Aishah berkata kepada baginda: Mengapa engkau
melakukan hal ini wahai Rasulullah, padahal Allah telah mengampuni
dosa-dosamu yang telah lalu dan yang akan datang. Baginda bersabda:
Apakah aku tidak ingin menjadi hamba yang sangat bersyukur? - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab Tafsir al-Qur’an, no: 4837.
Peristiwa yang sama juga telah dikhabarkan dari al-Mughirah radhiallahu’ anh, dia berkata:
إِنْ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيَقُومُ لِيُصَلِّيَ حَتَّى تَرِمُ قَدَمَاهُ أَوْ سَاقَاهُ.
فَيُقَالُ لَهُ فَيَقُولُ: أَفَلاَ أَكُونُ عَبْدًا شَكُورًا.
Maksudnya:
Sesungguhnya
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam biasa berdiri (untuk solat malam)
hingga kedua kakinya atau kedua betisnya bengkak. Dikatakan kepadanya
maka baginda bersabda: Apakah aku tidak ingin menjadi hamba yang
bersyukur? - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no: 1130.
Sekarang
kita bandingkan amalan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ini
dengan diri kita sendiri yang bergelumang dengan dosa dan untung nasib
kita di Hari Pengadilan juga belum dipastikan sama ada syurga atau
neraka. Kenapa kita tidak mahu bersungguh-sungguh dalam melaksanakan
solat Tahajjud ini? Adakah kita menganggap diri kita sebanding atau
lebih baik daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam? Renungilah
akan hal ini dengan mendalam wahai pembaca yang budiman.
v
KEUTAMAAN SOLAT TAHAJJUD
Allah Subhanahu wa Ta’ala mengurniakan pelbagai keutamaan yang besar
bagi mereka yang melaksanakan solatTahajjud ini sebagaimana yang akan
penulis paparkan di sini.
q
Dikurniakan Kedudukan Yang Terpuji.
Mereka
yang mengerjakan ibadah pada malam hari akan dikurniakan kedudukan yang
terpuji lagi mulia di sisi AllahSubhanahu wa Ta’ala pada hari akhirat
kelak yakni dengan menjadi ahlul jannah (ahli syurga). Ini sebagaimana
Firman-Nya:
وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَىٰ أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا
Maksudnya:
Dan
bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "solat
Tahajjud" padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu
membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. - al-Israa’ (17) : 79
إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ
آخِذِينَ مَا آتَاهُمْ رَبُّهُمْ إِنَّهُمْ كَانُوا قَبْلَ ذَٰلِكَ مُحْسِنِينَ
كَانُوا قَلِيلًا مِنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ
وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ
Maksudnya:
Sesungguhnya
orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman
Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana)
sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan
mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang
berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari
waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum
fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun). - al-Dzaariyaat (51) : 15-18
q
Memudahkan Seseorang Untuk Menjadi Ahli Syurga
Bagi mereka yang mendirikan solat Tahajjud akan memudahkan baginya untuk menjadi ahli syurga.
Daripada ‘Abdullah Ibnu Salam bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda:
يَا
أَيُّهَا النَّاسُ أَفْشُوا السَّلاَمَ وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ وَصَلُّوا
بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ بِسَلاَمٍ.
Maksudnya:
Wahai
manusia, tebarkan salam di antara kalian, berilah makan (kepada mereka
yang memerlukannya, sambunglah silaturrahin, dan solatlah pada malam
hari pada ketika manusia terlelap dalam tidur, maka kalian akan masuk
Syurga dengan damai. – Hadis riwayat Imam Ibnu Majah dalam Sunnannya, Kitab Iqaamah al-Sholaah, no. 1334.
q
Dikurniakan Bilik Khas Di syurga Nanti
Di
dalam syurga juga terdapat bilik yang khusus bagi mereka yang
mengerjakan solat Tahajjud. Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda:
إِنَّ فِي الْجَنَّةِ غُرَفًا تُرَى ظُهُورُهَا مِنْ بُطُونِهَا وَبُطُونُهَا مِنْ ظُهُورِهَا فَقَامَ أَعْرَابِيٌّ.
فَقَالَ: لِمَنْ هِيَ يَا رَسُولَ اللَّهِ.
قَالَ: لِمَنْ أَطَابَ الْكَلاَمَ وَأَطْعَمَ الطَّعَامَ وَأَدَامَ الصِّيَامَ وَصَلَّى لِلَّهِ بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ.
Maksudnya:
Sesungguhnya
di dalam syurga terdapat bilik-bilik yang bahagian luarnya terlihat
dari dalam dan bahagian dalamnya terlihat dari luarnya. Kami bertanya:
“Untuk siapakah (bilik-bilik itu) ya Rasulullah?” Sabda baginda:
“Kamar-kamar itu Allah sediakan untuk orang yang bercakap dengan lemah
lembut, memberikan makanan, senantiasa melakukan ibadah puasa dan
mendirikan solat semata-mata kerana Allah pada waktu malam di saat
manusia lain sedang tidur.” - Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Bir wa al-Sholaah, no: 1907.
q
Membentuk Keperibadian Yang Mulia
Mendirikan
solat Tahajjud dapat membentuk keperibadian mulia
seperti tawadhu’ (merendah diri), bertakwa, menghindari sikap sombong
dan pemurah dengan sedekah jariah.
وَعِبَادُ الرَّحْمَٰنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَامًا
وَالَّذِينَ يَبِيتُونَ لِرَبِّهِمْ سُجَّدًا وَقِيَامًا
Maksudnya:
Dan
hamba-hamba (Allah) al-Rahman (yang diredhai-Nya), ialah mereka yang
berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang
berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka
menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;
dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan
ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri. - al-Furqaan (25) : 63-64
إِنَّمَا
يُؤْمِنُ بِآيَاتِنَا الَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِهَا خَرُّوا سُجَّدًا
وَسَبَّحُوا بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ
تَتَجَافَىٰ جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ
فَلَا تَعْلَمُ نَفْسٌ مَا أُخْفِيَ لَهُمْ مِنْ قُرَّةِ أَعْيُنٍ جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Maksudnya:
Sesungguhnya
yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah
orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan
ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan
taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan
mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur. Mereka
merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana
mengerjakan solat Tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa
kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaan-Nya) serta
dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredhaan-Nya); dan mereka
selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada
mereka. Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu
persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis
nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan
bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan. - al-Sajda (32) : 15-17
q
Ditinggikan Darjat Bagi Mereka Yang Solat Tahajjud.
Darjat
mereka yang mengerjakan solat Tahajjud ini adalah lebih tinggi dari
mereka yang tidak mengerjakannya di sisi AllahSubhanahu wa Ta’ala.
أَمَّنْ هُوَ قَانِتٌ آنَاءَ اللَّيْلِ سَاجِدًا وَقَائِمًا يَحْذَرُ الْآخِرَةَ وَيَرْجُو رَحْمَةَ رَبِّهِ
قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ
إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ
Maksudnya:
Adakah
orang yang berbakti kepada Allah pada waktu malam, bersujud serta
berdiri dan takut pada siksa hari akhirat dan mengharap rahmat Tuhannya
itu akan sama dengan orang yang tidak sedemikian. Katakanlah lagi
(kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang
yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil
pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. - al-Z’Umar (39) : 9
q
Termasuk Dalam Golongan Yang Dicintai Allah
Bagi
mereka yang bangun pada malam hari untuk mengerjakan solat Tahajjud,
mereka termasuk dalam golongan yang dicintai oleh Allah Subhanahu wa
Ta’ala
Daripada Abu Dzar, daripada Nabi shallallahu
‘alaihi wasallam, baginda bersabda: Ada tiga golongan orang yang
dicintai Allah… (yang di antaranya adalah)
رَجَلٌ سَافَرَ مَعَ قَوْمِ فَارْتَحَلُوْا حَتَّى إِذَا كَانَ مِنْ آخِرِ اللَّيْلِ وَقَعَ عَلَيْهِمْ الْكَرَى أَوِ النُّعَاسُ
فَنَزَلُوْا فَضَرَبُوْا بِرُؤُوسِهِمْ ثُمَ قَامَ فَتَطَهَّرَ وَصَلَّى رَغْبَةً للهِ عَزَّ وَجَلَّ وَرَغْبَةً فِيْمَا عِنْدَهُ.
Maksudnya:
Seorang
yang bermusafir bersama sekelompok orang lalu mereka berangkat hingga
apabila tiba waktu akhir malam, mereka mengantuk lalu mereka turun (dari
kenderaan) dan tertidur, sementara lelaki itu bangkit lalu berwuduk dan
solat kerana cinta kepada Allah, dan cinta pada apa yang berada di
sisi-Nya. – Hadis riwayat Imam al-Thabrani dalam al-Sunan al-Kubra
q
Mudah Untuk Khusyuk.
Pada
malam yang hening lagi damai menyebabkan minda seseorang itu merasa
tenang. Lantaran itu solat pada waktu malam sebegini terutamanya ketika
sepertiga malam yang akhir memudahkan kita untuk mengerjakannya dengan
penuh khusyuk dan bacaan yang lebih baik. Firman Allah Subhanahu wa
Ta'ala:
إِنَّ نَاشِئَةَ اللَّيْلِ هِيَ أَشَدُّ وَطْئًا وَأَقْوَمُ قِيلًا
Maksudnya:
Sebenarnya solat dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.– al-Muzzammil (73) : 6
q
Mendekatkan Diri Kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala
Solat Tahajjud dapat
mendekatkan diri kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, menutup
kesalahan kita yang lalu serta menghapuskan dosa-dosa kita.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
عَلَيْكُمْ بِقِيَامِ اللَّيْلِ فَإِنَّهُ دَأَبُ الصَّالِحِينَ قَبْلَكُمْ وَإِنَّ قِيَامَ اللَّيْلِ قُرْبَةٌ إِلَى اللَّهِ
وَمَنْهَاةٌ عَنْ الْإِثْمِ وَتَكْفِيرٌ لِلسَّيِّئَاتِ.
Maksudnya:
Hendaklah
kalian melaksanakan solat malam kerana solat malam itu merupakan
kebiasaan orang-orang soleh sebelum kalian, ibadah yang mendekatkan diri
kepada Tuhan kalian, serta penutup kesalahan dan penghapus dosa. - Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Da’waat, no: 3472.
Demikianlah beberapa keutamaan yang dapat diperolehi bagi mereka yang mengerjakan solat
Tahajjud. Jelaslah bagi kita bahawa untuk mereka yang mengerjakan solat
Tahajjud, mereka akan mendapat limpah kurnia daripada Allah
Subhanahu wa Ta’ala yang
tidak ada tolok bandingnya sedangkan bagi mereka yang meninggalkan
ibadah yang mulia ini, mereka mengalami kerugian yang amat besar.
Sekiranya seseorang itu sedang menghadapi keadaan yang sukar ataupun
ditimpa kesusahan maka pohonlah pertolongan Allah
Subhanahu wa Ta’ala melalui solat
Tahajjud ini. Sesungguhnya Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam ketika
hendak menghadapi perang Badar dan Tabuk yang merupakan satu ujian yang
besar bagi umat Islam, baginda telah melakukan solat
Tahajjud ini untuk memohon pertolongan serta perlindungan daripada Allah
Subhanahu wa Ta’ala. Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامَ غَزْوَةِ تَبُوكَ قَامَ مِنْ اللَّيْلِ يُصَلِّي
فَاجْتَمَعَ وَرَاءَهُ رِجَالٌ مِنْ أَصْحَابِهِ
Bahawasanya
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan solat malam
(Tahajjud) pada saat perang Tabuk, maka para sahabat berkumpul di
belakang baginda untuk menjaganya sampai baginda menyelesaikan solatnya
dan berpaling menghadapi mereka. – Hadis riwayat Imam Ahmad dalam
Musnadnya, no: 6771.