Tuesday, 4 December 2012


SISTEM  PENDIDIKAN AWAL ZAMAN ISLAM SEMASA RASULULLAH SAW
1.PENDAHULUAN

            Islam sebagai ‘Ad-Din’ yang merangkumi segala ruang hidup,tidak pernah dapat dipisahkan daripada aspek pendidikan. Berpendidikan dan berilmu pengetahuan merupakan risalah yang terpenting didalam Islam. Buktinya,ayat yang pertama sekali diwahyukan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW,menekankan tentang kepentingan berpendidikan dan berilmu pengetahuan. Risalah ini telah dirakamkan di dalam Surah Al-Alaq:
ayat 1-5 terjemahannya:
“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan.Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah yang paling pemurah yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam.Dia mengajar kepada manusia apa-apa yang tidak diketahui”

            Pendidikan Islam lahir serentak dengan kewujudan Adam a.s . Adam merupakan guru pertama di atas muka bumi ini yang bertindak sebagai pendidik yang memimpin dan membentuk masyarakat manusia kearah pentauhidan,pengabdian,pematuhan dan penyerahan diri kepada Allah SWT. Kemudiannya, pendidikan ini diteruskan  oleh para Nabi dan Rasul sehinggalah kebangkitan Nabi Muhammad SAW. Sebagai Nabi dan Rasul penghabisan dan penyempurnaan syariat serta risalah pendidikan daripada Allah SWT kepada manusia. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“BacalahPada hari ini telah Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu dan telah Aku cukupkan kepada kamu nikmat-Ku dan telah aku redhakan bagi kamu Islam sebagai agama”

            Sumber-sumber pendidikan Islam ialah,Al-Quran,As-Sunnah dan Ijma’ Ulama’.


2. PERMULAAN PENDIDIKAN
            Nabi Muhammad SAW merupakan rasul terakhir dan penutup bagi segala risalah-risalah Islam sebelumnya. Wahyu pertama yang diturunkan kepada Baginda adalah surah Al-Alaq:ayat 1-5,yang diturunkan pada tahun 610 M di Gua Hira.Ayat ini menandakan bermulanya pendidikan Islam.Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu kerana dengan ilmulah setiap individu muslim itu dapat mengenal penciptanya dan juga menyedari akan kedudukannya sebagai hamba Allah SWT dan juga khalifah Allah atas muka bumi ini.Ilmu merupakan cahaya yang menerangi kegelapan dan ia membawa manusia ke jalan kebenaran. Ayat pertama iaitu Al-Iqra’yang membawa maksud suruhan kepada manusia untuk membaca. Membaca merukan langkah permulaan yang terbaik dalam proses pendidikan kerana ia adalah kunci ilmu pengetahuan.
            Membaca ini melibatkan proses mental,pengenalan, ingatan,
pengucapan,daya kreativiti dan psikologi. Terdapat banyak ayat Al-Quran dan AL-Hadith yang membicarakan tentang kepentingan pendidikan.  Menurut Imam Al-Ghazali sendiri,terdapat kira-kira 1404 ayat bersamaan 25 peratus isi kandungan Al-Quran yang menyentuh tentang pendidikan. Pendidikan Islam pada peringkat awalnya menjadi hak dan tnggungjawab perseorangan. Setiap orang bebas menuntut ilmu dengan mana-mana guru yang disukai dan dimana-mana sahaja tempat yang diadakan perbincangan ilmu.
            Rasulullah SAW merupakan seorang guru yang menyampaikan risalah Islam yang bersumberkan wahyu daripada Allah SWT kepada umatnya. Pendidikan Islam yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW melibatkan Kota Makkah dan Kota Madinah. Oleh kerana keadaan dan suasana masyarakat di kedua-dua tempat itu berbeza, jadi corak pendidikan yang dilaksanakan di kedua-dua tempat itu adalah berbeza mengikut kesesuaian setempat.
           

            Namun begitu tidak terdapat sebarang percanggahan di dalam system pendidikan pada zaman Nabi Muhammad SAW kerana pokok perbincangannya adalah merangkumi tiga perkara utama,iaitu:
(a) Pendidikan Aqidah
(b) Pendidikan Akhlak
(c) Pendidikan Syariah
            Konsep aqidah,syariah dan akhlak sebagai dasar utama pendidikan pada zaman Rasulullah SAW melahirkan nilai-nilai pendidikan yang menghasilkan sikap peribadi muslim yang bertanggungjawab kepada Allah SWT,diri sendiri,masyarakat,Negara persekitaran dan ekologinya. Ketiga-tiga konsep tersebut amat sesuai untuk segala waktu dan tempat serta mampu memenuhi segala keperluan semasa dan permasalahan yang timul dari semasa ke semasa.

.

Thursday, 29 November 2012

2 minutes ago 

Daripada Mu`az ibn Jabal r.a., bahawa Rasulullah s.a.w memegang tangannya lalu bersabda: " Wahai Mu`az, demi Allah, aku mencintai engkau". Kemudian baginda melanjutkan: "Aku berpesan kepadamu, wahai Mu`az, jangan sekali-kali tinggalkan berdoa selepas solat dengan doa ini: "Allahumma a`inni `ala dzikrika wa syukrika wa husni `ibadatika".

Narrated by Mu`adh ibn Jabal r.a.:

The Messenger of Allah 
(Peace Be Upon Him) took hold of my hand and said, "O Mu`adh! By Allah I love you.” Mu’adh responded, “May my father and mother be sacrificed for you, O Messenger of Allah (saw); I love you too.”

Then the Prophet (saw) said, ”I advise you, o Mu’adh to never forget to recite after every prayer “Allahumma a`inni ala zikrika, wa shukrika wa husni ibadatika.” (O Allah help me remember you, to be grateful to you and to worship you in the most excellent manner.)

Related by Ahmad, Abu Dawud, an-Nasa'i, Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban and al-Irwan Khairul Irfan Alif Hakimi
ZIKIR TERAPI AJAIB, UBAT KEGERSANGAN HATI, ROH INSAN

Allahumma a’inni ‘ala dhikrika wa shukrika wa husni ‘ibadatika

One day the (Prophet Muhammad) took Mu’adh ibn Jabal (radiاللهu anhu) by the hand and said:

‘O Mu’adh, by الله I love you, and I advise you, O Mu’adh, never forget to recite (this dua), after every prayer (the above).’ [Sahih Ahmad 5:245, Sahih abu Dawud 2:86, an-Nasa’i]

Terjemahan:

Nabi Muhammad SAW berwasiat kepada Muaz bin Jabal ra agar dapat mengamalkan do'a ini setiap lepas solat :

"Allahumma inni ala zikrika wasyukrika wahusni ibadatik"

(Ya Allah, tolonglah aku agar dapat berzikir kepada-Mu (mengingati Allah), bersyukur kepada-Mu, dan memperelokkan ibadah kepada-Mu.)


~~~~~~~~~ ⓓⓞⓐ ~~~~ ⓓⓞⓐ ~~~~ ⓓⓞⓐ ~~~~~~~~

ZIKIR mempunyai kedudukan sangat istimewa kerana ibadah ini digalakkan Islam sebagai satu bentuk amal ibadah yang menunjukkan sifat tunduk serta patuh sepenuhnya kepada الله, disertai pula rasa kasih, reda dan yakin kepada-NYA.

Mukmin yang sentiasa mengamalkan ZIKIR akan dapat merasai kesannya seperti ketenangan jiwa. Firman الله yang bermaksud:

♥ ♥ ♥ ♥ “(Iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram HATI mereka dengan ZIKRULLAH. Ketahuilah dengan ZIKRULLAH itu tenang dan tenteramlah HATI manusia.” (Surah Ar-Rad, ayat 28)


Dalam kehidupan, kita sering berdepan pelbagai cabaran dan dugaan sehingga ada ketikanya membawa kepada keresahan jiwa. Justeru, dengan sentiasa mengamalkan ibadah ZIKIR, ia ibarat terapi ajaib yang menyembuhkan keresahan jiwa manusia. Namun, penyerapan ROH ZIKRULLAH tidak datang kepada pengamalnya jika HATI tidak bersama tatkala BERZIKIR. Ketenangan HATI orang mukmin terhasil daripada ZIKRULLAH adalah hakikat dalaman yang hanya boleh dirasakan oleh HATI yang diselaputi kemanisan IMAN.

Selain itu, mukmin yang sentiasa BERZIKIR akan diberikan ganjaran pahala yang besar. Ini janji الله dalam firman-NYA yang bermaksud:

♥ ♥ ♥ ♥ “Dan orang lelaki yang menyebut nama الله sebanyak-banyaknya serta orang perempuan yang menyebut nama الله sebanyak-banyaknya, الله menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar.” (Surah al-Ahzaab, ayat 35)

Walaupun ZIKIR amalan yang mudah dilakukan, tetapi menjadi berat untuk dibiasakan. Antara penghalang kepada seseorang untuk membiasakan lidah BERZIKIR ialah disebabkan DOSA yang dilakukan.

Apabila daki DOSA tertampal pada HATI, ia terhijab untuk menggerakkan seseorang BERZIKIR. Faktor lain, seseorang itu dibelenggu sifat mazmumah seperti hasad dengki, suka mengumpat dan sebagainya. Sifat keji seperti ini juga akan menghijab HATI untuk BERZIKIR.

Ibnu Taimiyah berkata, keperluan HATI terhadap ZIKIR umpama keperluan ikan terhadap air. Cuba bayangkan, bagaimana keadaan ikan jika kita keluarkan dari air.

Al-Imam Syamsuddin Ibnu Qayyim mengatakan:

★ ★ ★ ★ “Sesungguhnya ZIKIR adalah makanan asas bagi HATI dan roh, apabila hamba الله gersang daripada siraman ZIKIR, maka jadilah ia bagaikan tubuh yang terhalang untuk memperoleh makanan asasnya.”

Demikian penting dan tingginya kedudukan ZIKIR kepada seseorang mukmin. Kita seharusnya berpegang kepada prinsip hidup, tidak sempurna hari tanpa ZIKIR. Inilah yang seharusnya kita didik supaya lidah dan HATI sentiasa BERZIKIR kepada الله.

Ibnu Mas'ud ada mengatakan:

★ ★ ★ ★ “Sesungguhnya aku bertasbih beberapa kali itu lebih aku sukai daripada aku menderma beberapa dinar dalam jumlah yang sama di jalan الله.”


<<<<<<<<< ⓑⓘⓒⓐⓡⓐ ღ ⓗⓘⓓⓐⓨⓐⓗ >>>>>>>>>

ZIKIR BERKHASIAT PULA SEBAGAI UBAT BAGI KEKERASAN HATI

Dikisahkan bahawa ada seseorang bertanya kepada Hasan al-Basri:

★ ★ ★ ★ “Ya Abu Said, aku ingin mengadu kepada tuan, mengapa HATI aku ini menjadi keras begini?” Lantas kata Hasan: “Lunakkanlah hatimu itu dengan ZIKIR.”

Kedudukan tinggi amalan BERZIKIR turut digambarkan dalam kisah seorang bertanya kepada Salman al-Farisi:

★ ★ ★ ★ ‘Amal apakah yang paling utama? Kemudian dijawab Salman: “Tidakkah engkau pernah membaca ayat, Sesungguhnya mengingati الله adalah lebih besar (keutamaannya) daripada ibadah yang lain.” ( Surah Al-Ankabut ayat 45)’


Abdullah bin Mas'ud pernah berkata:

★ ★ ★ ★ “Sesungguhnya sebuah gunung menyeru gunung yang lainnya dengan namanya dan bertanya, apakah hari ini ada orang yang lalui di atasmu dan menyebut الله (BERZIKIR)? Maka apabila gunung itu menjawab, ya, maka ia akan gembira.”

Demikian juga riwayat yang mengatakan Abdullah bin Abbas pernah berkata:

★ ★ ★ ★ “Tidak ada sebuah lembah yang di atasnya disebut nama الله kecuali ia akan merasa bangga atas lembah yang berada di sekelilingnya, ia merasa gembira dengan ZIKIR yang diucapkan itu. Kegembiraan itu juga turut dirasai oleh tujuh lapis di bawah lembah itu.”

Begitulah gambaran jelas menunjukkan betapa amalan ZIKIR mempunyai keistimewaan besar yang seharusnya menjadi amalan rebutan setiap mukmin untuk mencapai keredaan الله dan menikmati ketenangan hidup.
(اللهم تساعد لي أن أكون قادرا ذكرى منك (ذكر الله)، والثناء، وتحسين العبادة إلى أنت.)

Monday, 26 November 2012




Suatu Peringatan

Sunday, 25 November 2012


  • ‎(◕‿◕) Baca yerr jangan xbaca , Rugi klo xbaca (◕‿◕)
    ✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala 
    (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

    ✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

    ✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

    ✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

    ✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

    ✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

    ✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

    ✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

    ✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

    ✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

    ✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

    ⅰ- Pemimpin yang adil.

    ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

    ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

    ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

    ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

    ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

    ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

    ✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

    ✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

    ✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

    ✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

    ✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

    ✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

    ✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

    ✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

    ✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

    ✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

    ✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

    ✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

    ✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

    ✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

    ✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

    ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

    ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

    ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

    (Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

    ✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

    ✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

    ✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

    ✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

    Rujukan:
    Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
    Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

    ☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
    ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
    Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

    ① Sedekah/amal jariahnya.
    ② Doa anak²nya yang soleh.
    ③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

    Kredit : Pengukir Kata

Friday, 23 November 2012

ORANG YANG YANG BERPUASA PADA HARI RABU KHAMIS DAN JUMAAT.


ORANG YANG YANG BERPUASA PADA HARI RABU KHAMIS DAN JUMAAT. 
~* BismillahirRahmaanirRahiim ~*

Daripada Anas bin Malik r.a. bahawasanya mendengar Rasulullah SAW bersabda : 
"Sesiapa yang berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, dibinakan oleh Allah untuknya sebuah Mahligai di dalam Syurga daripada permata Yaqut dan Zabarjad dan dituliskan baginya kelepasan daripada api Neraka". (H.R Tabrani di dalam kitab "al-Ausath" dan diriwaytkan juga oleh Al-Baihaqi).

Daripada Ibnu 'Abbas r.a. Rasulullah SAW bersabda :
"Sesiapa yang berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat dibinakan oleh Allah untuknya sebuah rumah di dalam Syurga dapat dilihat bahagian luar dari dalamnya. Dari luar dapat dilihat bahagian dalamnya. ( H.R. Thabrani di dalam kitab al-Ausath dan 'al-Kabir)

Wallahu'alam.

Puasa Hari Asyura (10 Muharram)



  • Puasa Hari Asyura (10 Muharram)
    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

    بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

    Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

    Sahabat yang dirahmati Allah,
    Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah SAW. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda SAW. yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu." (Hadis Riwayat Muslim)

    Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi SAW tiba di Madinah, Baginda melihat orang Yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura. (Hadis Riwayat Bukhari)

    Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (Hadis Riwayat Muslim)

    Dari Salamah bin Akwa r.a. dia menceritakan bahawa Rasulullah SAW. mengutus seorang lelaki suku Aslam pada hari Asyura dan memerintahkan kepadanya supaya mengumumkan kepada orang ramai, "Sesiapa yang belum puasa hari ini hendaklahlah dia berpuasa dan siapa yang telah terlanjur makan hendaklahlah dia puasa juga sejak mendengar pemgumuman ini sampai malam". (Hadis Riwayat Muslim)

    Dari Ibnu Abbas r.a katanya, " Penduduk Khaibar berpuasa pada hari asyura dan menjadikannya sebagai hari raya, dimana wanita mereka memakai perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasalah kamu pada hari itu". (Hadis Riwayat Muslim)

    Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "moga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "moga dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (Hadis Riwayat Muslim)

    Imam Syafi`e Rahimahullahu Ta`ala menyebutkan di dalam kitab Al-Umm dan Al-Imla', disunatkan berpuasa tiga hari iaitu hari kesembilan (Tasu`a'), kesepuluh (`Asyura') dan kesebelas bulan Muharram. Tetapi tidak ditegah jika berpuasa hanya pada 10 Muharram sahaja.

    Sahabat yang dikasihi,
    Puasa sunnat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9,ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi.

    Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan janganlah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)

    Semoga kita semua dapat mengamalkan puasa sunat yang dituntut iaitu pada 10 Muharram kerana amalan ini disuruh dan digalakkan oleh Nabi SAW. Di harapkan in shaa Allah dosa-dosa kita setahun yang lalu akan diampunkan oleh Allah SWT.

Thursday, 22 November 2012

8 MANNERS FOR STUDY

PUNCA MASALAH DISIPLIN DAN SOSIAL PELAJAR DI MALAYSIA
1.  PENDAHULUAN
        Pemasalahan akhlak masa kini menjadi semakin ketara di kalangan pelajar sekolah. Sering terjadi pelajar terlibat dengan dadah, peras ugut, lepak atau berkeliaran di tempat hiburan dan pasaraya. Sekolah memainkan peranan yang penting selepas keluarga di dalam pembentukan akhlak dan ini jelas termaktub di dalam Falsafah Pendidikan Negara dan melalui penerapan nilai dalam KBSM.Sejak kebelakangan ini, apabila orang berbicara dan mengaitkan soal pendidikan, maka tidak terlepas isu moral di kalangan pelajar atau remaja dibicarakan sebagai satu topik besar. Kalau pada suatu masa dahulu, zaman sebelum perluasan pengaruh media komunikasi, terutama sebelum meluasnya pengaruh media elektronik, sedikit sangat orang yang berbicara dan mempersoal tentang moral. Malah pada zaman itu para pemimpin, cendiakawan atau orang biasa banyak yang berbicara tentang kepasifan pelajar-pelajar dan remaja kita. Pelajar-pelajar kita dikatakan kaku dan tidak berani tampil ke hadapan berhujah untuk membentangkan pendapat. Pelajar-pelajar kita gagal berkomunikasi dengan baik. Dengan kata lain, pelajar kita tidak agresif dan berani seperti sekarang.Tetapi keadaan masa kini sudah jauh berubah. Era baru dalam pembentukan sahsiah golongan ini terpapar di hadapan mata kita. Era baru sahsiah golongan pelajar dan remaja kita yang dulunya pasif, malangnya bukan berubah atau bertukar menjadi manusia yang aktif malah memaparkan model kerosakan dan keruntuhan moral yang semakin menjadi-jadi sehingga mengancam masa depan Negara.Di manakah silapnya? Salahkah para guru mengasuh dan mendidik benih-benih muda ini? Atau apakah Dasar Pendidikan Negara tidak berkesan? Mungkinkah unsur-unsur luaran amat berpengaruh dan berkesan sehingga dapat mengubah halatuju dan pendirian serta sikap para pelajar atau remaja kita? Segala-galanya berkemungkinan menjadi punca dan menjadi sebab akibat menularnya kepincangan moral yang berleluasa dan akan berterusan jika tidak dibendung secepat mungkin.Tetapi sebelum kita berbicara lebih lanjut tentang salah silap yang berada di mana-mana, yang memungkinkan berlakunya kerosakan dan keruntuhan moral, elok kita mengimbas sejenak dan menghayati Falsafah Pendidikan Negara yang menjadi dasar yang kuat bagi para pendidik dalam menghadapi tugas seharian mereka.

2. DEFINISI
       Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.

3. MORAL DAN AKHLAK
 Latar belakang Isu Sistem Pendidikan Negara sekarang boleh dikatakan terbaik dan mungkin ia diakui oleh dunia. Walaupun wujud sistem dualisme dalam pendidikan kita namun kelihatan semacam kesepaduan antara ilmu naqliah dan aqliah. Sistem pendidikan masih menekankan pendidkan moral, nilai dan aqidah melalui Pendidikan Agama Islam, Pendidikan Moral dan penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran. Untuk menjayakan pendidikan moral dan nilai dalam sistem pendidikan negara kita, setiap orang harus berusaha ke arah memperbaiki kerosakan dan keruntuhan akhlak yang menjadi-jadi di samping terus menerapkan nilai-nilai akhlak yang baik selaras dengan tuntutan agama.Isu keruntuhan akhlak telah menjadi perbincanagan hangat di kalangan masyarakat sekarang. Isu ini telah dibincangkan di semua peringkat masyarakat, dari kedai kopi, kaki-kaki lima, sekolah, IPT hatta di Dewan Negeri dan Parlimen. Ini menunjukkan betapa seriusnya masalah keruntuhan akhlak dalam masyarakat serta betapa pentingnya masalah keruntuhan ini ditangani dengan sebaik-baiknya agar ia tidak menjadi lebih parah.Keruntuhan akhlak telah berlaku di kalangan pemimpin peringkat atasan dalam bentuk penyalahgunaan kuasa, pecah amanah, rasuah, minum arak dan berpoya-poya. Gejala ini juga terdapat di kalangan remaja seperti pergaulan bebas, bohsia, lari dari rumah, bersekedudukan dan lain-lain lagi. Selain itu, keruntuhan moral di kalangan masyarakat dapat juga dilihat dalam bentuk putusnya hubungan kekeluargaan, hilangnya rasa kasih sayang serta wujudnya sikap pulau memulau dan benci membenci terutama di kalangan masyarakat Islam.Gejala keruntuhan akhlak pada umumnya adalah disebabkan oleh kealpaan dan kelalaian masa lampau tentang betapa pentingnya Pendidikan Akhlak Islam di ajar, disemai dan disuburkan dalam diri anak-anak kita. Kesedaran terhadap pentingnya pengukuhan akhlak ummah dan moral masyarakat telah diberi perhatian yang serius oleh kerajaan. Pada hari ini, beberapa program telah dilancarkan yang bertujuan melahirkan rakyat berakhlak dan bermoral tinggi.

4.0 KONSEP MORAL DAN AHKLAK
         Secara kasar dan pada bahasa yang biasa kedua-dua istilah di atas menampakkan maksud yang sama. Kedua-dua membawa maksud perlakuan atau tingkah laku yang baik. Walau bagaimanapun kalau dihalusi akan terserlah perbezaannya.Menurut T.Iskandar (1970) dalam Kamus Dewan mengatakan moral adalah sesuatu yang berkaitan dengan apa yang betul dan adil. Moral bermaksud perlakuan baik mengikut norma, peraturan dan ketetapan yang dibuat dan dipersetujui oleh satu komuniti manusia. Pengertian ini betul untuk komuniti tersebut, masa tersebut dan lingkungan yang tertentu sahaja. Dengan keadaan yang lain persetujuan tersebut mungkin tidak berlaku. Dengan kata lain moral walaupun baik dan betul tetapi tidak universal. Kebiasaannya moral lebih menekankan perhubungan yang harmoni di antara manusia sesama manusia (disiplin-disiplin kemanusiaan) dan hubungan yang harmoni di antara manusia dengan alam sekitar (disiplin-disiplin sains tabii). Moral menekankan kepentingan dan keselesaan individu serta masyarakat tetapi bersifat peribadi. Moral tidak membenarkan berlakunya krisis atau pertentangan peribadi. Oleh sebab itulah nilai moral biasanya tidak dikaitkan dengan Maha Pencipta atau dengan soal-soal metafizik.Kolhbeg (1981) dalam menghuraikan perkembangan prinsip asas moral memberi penegasan seperti berikut:“…..the main factors which have been shown to correlate with the development of a principled, predictable morality are intelligence, moral knowledge (that is, knowledge of the rules of a society) the tendency to anticipate future events, the ability to maintain focused attention, thecapacity to control unsocialised fantasies, and self-esteem.”[1] Goleman (1995) telah memberikan konsep baru tentang “emotional intelligence (EI)” atau kecerdasan emosi yang boleh dikaitkan dengan amalan nilai dan moral individu yang boleh berjaya dalam kehidupan sejagat atau ‘global village’[2].Moral berbeza dangan akhlak dari segi sumber yang menentukan sesuatu perlakuan yang baik. Sesungguhnya akhlak bersumberkan wahyu, iaitu hubungan dengan Maha Pencipta. Akhlak dapat diertikan sebagai kelakuan tatatertib, maruah dan merangkum seluruh perbuatan lahiriah yang dihasilkan daripada dorongan batiniah di dalam diri manusia. Ini bermaksud akhlak berakar umbi daripada sifat kerohanian yang suci. Dengan ini jelaslah bahawa akhlak bersumberkan wahyu daripada Maha Pencipta. Justeru, pendidikan akhlak akan membawa insan semakin dekat dengan Penciptanya.Persoalan akhlak dan moral ada kaitannya dengan iman. Orang yang beriman kepada Allah ialah orang yang sentiasa takut untuk melakukan perbuatan yang terlarang di samping mengerjakan yang disuruh Allah. Iman ini harus dimiliki dan menjadi benteng penghalang pengaruh-pengaruh negatif. Orang yang beriman ialah orang yang berakhlak mulia   ( bermoral dan memiliki nilai murni ), orang yang sentiasa melakukan yang baik dan menjauhi dosa iaitu tidak melakukan perbuatan negatif yang bertentangan dengan norma-norma masyarakat.Sekiranya hal ini tidak diberi perhatian yang serius, maka pembentukan moral dan insan yang murni akhlak tidak akan berhasil. Walaupun kita berjaya melahirkan manusia berilmu tinggi namun tanpa disertai pendidikan moral dan akhlak, kita juga akan melahirkan insan yang akan menjadi perompak, perogol, pembunuh dan penjenayah yang lain di kalangan orang yang berijazah atau berpendidikan tinggi.

 5. MORAL DAN AKHLAK DALAM SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA.
         Matlamat pendidikan di Malaysia yang asalnya adalah rujukan daripada barat telah diubahsuai kepada konsep pendidikan bersepadu. Kurikulum pendidikan barat yang diasaskan daripada falsafah humanisme menekankan keharmonian dan keseimbangan di antara manusia dengan manusia, dan di antara manusia dengan alam sekitar. Kedua-dua hubungan ini adalah perlu dan baik tetapi ia masih berkisar dan bertitiktolak pada ilmu akal. Mana mungkin ilmu akal semata-mata dapat memahami hukum alam yang dicipta oleh Maha Pencipta. Justeru, untuk lebih memahami hukum-hukum alam yang dicipta oleh Tuhan, maka satu lagi dimensi yang paling penting perlu dimasukkan iaitu hubungan manusia dan alam sekitar dengan Maha Pencipta. Bagi hubungan dengan Maha Pencipta mestilah dirujuk kepada ilmu wahyu iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Dengan wujudnya kurikulum tiga dimensi ini, maka ia bolehlah dikatakan sebagai kurikulum bersepadu.Pengubahsuaian kepada bidang-bidang matlamat pendidikan perlu dilakukan agar ia bersesuaian dengan konsep bersepadu. Matlamat Pendidikan mestilah dimulakan dengan kekuatan aqidah. Kemurnian aqidah akan menjelmakan akhlak yang baik. Dari akhlak yang baik ini akan terpancarlah nilai murni yang akan dimanifestasikan oleh tingkah laku yang baik. Dan seterusnya dihayati dalam bidang-bidang kognitif, afektif dan psikomotor. Oleh yang demikian, matlamat pendidikan akan tercapai iaitu dapat melahirkan pelajar yang berintelek, berakhlak dan bertaqwa. Bagaimana mengaplikasikan konsep sepadu dalam pengajaran dan pembelajaran? Pengajaran menurut tradisi barat adalah bersifat sekular. Model atau pendekatan pengajaran seperti pendidikan kognitif, pendekatan aktiviti-aktiviti motivasi dan jaya diri, pendekatan pembinaan tingkah laku, pendekatan interaksi sosial dan pendekataan penggunaan ilmu. Guru boleh memilih mana-mana pendekatan yang sesuai dengan matlamat pendidikan yang telah ditentukan. Kelima-lima pendekatan ini hanyalah mencakupi ilmu akal.Ilmu akal mempunyai had dan batasan tertentu. Kekangan ini akan menyebabkan kita gagal memahami ilmu dengan sebenarnya. Oleh yang demikian setiap pendekatan atau model pengajaran yang disebutkan di atas mestilah disasarkan kepada konsep-konsep ilmu wahyu. Kesepaduan Dalam Pendidikan Pengajaran. Setiap pendekatan pengajaran mestilah dimulakan dengan aqidah. Seterusnya dikembangkan ke dalam akhlak dan moral. Nilai-nilai moral ini dihayati ke dalam konsep-konsep daripada ilmu wahyu iaitu konsep insan, konsep fitrah, konsep keseimbangan dalam hukum-hukum Allah swt dan konsep ibadah. Konsep-konsep daripada ilmu wahyu ini seterusnya disepadukan dan dihayati ke dalam kelima-lima pendekatan pengajaran yang akan digunakan iaitu kognitif, motivasi dan jaya diri, tingkahlaku, interaksi sosial dan penggunaan ilmu. Apakah tindakan selanjutnya yang perlu dilakukan? Untuk memastikan matlamat pendidikan tercapai seperti yang termaktub di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020, maka:· Kepentingan manusia (insan) mestilah lebih utama dan istimewa daripada kepentingan ekonomi, sains, teknologi dan industri. Nilai dan harga diri manusia mesti berada pada tempat yang tertinggi. Dengan cara yang demikian, nilai dan moral dapat dilaksanakan dalam pendidikan negara.· Untuk memastikan wujudnya acuan Malaysia yang berasaskan nilai, guru dan para pemikir hendaklah bersedia untuk mengubah suai dan menilai semula seluruh komponen pendidikan supaya benar-benar mengikut nilai, sejarah, budaya, agama dan tamadun bangsa kita.· Kita perlu kembali kepada sumber wahyu yang hakiki dan benar untuk rujukan nilai kerana niali-nilai ciptaan manusia adalah bersifat subjektif dan tidak universal. Dalam konteks ini konsep bersepadu adalah yang paling sesuai diterapkan.· Pembinaan acuan Malaysia yang berasaskan moral dan nilai perlulah dimulakan dengan anjakan paradigma terhadap konsep dan falsafah ilmu. Kalau dulunya kita bertunjangkan barat dan kini sudah sampai masanya kita kembali kepada ilmu yang bersifat sepadu di antara ilmu akal dan ilmu wahyu.· Usaha untuk membina acuan Malaysia dengan fokus pembangunan manusia sebagai agenda istimewa perlulah dilaksanakan serentak dengan konsep pembinaaan masyarakat madani. Ini bermaksud persoalan moral, nilai dan manusia mestilah selari dengan konsep Ad-Din sebagai satu cara hidup. Ini bermakna setiap aktiviti kemajuan negara sama ada pendidikan, ekonomi, pengurusan,, perundangan, politik, kesenian dan sebagainya mestilah dilaksanakan secara bersepadu di antara ilmu akal dan ilmu wahyu. Inilah asas atau teras pembinaan acuan Malaysia.Penekanan kepada moral dan nilai direalisasikan dengan menjadikan Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral sebagai mata pelajaran wajib, dan selaras dengan wawasan 2020 di mana diharapkan masyarakat Malaysia dalam abad ke-21 akan mempunyai warga yang bukan sahaja mampu berdaya saing dalam Negara perindustrian, juga menekankan penerapan nilai-nilai murni melalui pendekatan pendidikan nilai merentasi kurikulum, termasuk kurikulum tersirat, iaitu kegiatan kokurikulum dan amalan tingkah laku di sekolah, yang diharapkan menghasilkan budaya sekolah yang beretika.Sebenarnya jika dikaji dengan teliti, pendidikan nilai ini mendasari Falsafah Pendidikan Negara kita kerana matlamat adalah untuk menghasilkan insan yang seimbang dari semua aspek iaitu aspek emosi, intelek, rohani dan jasmani. Tanpa memasukkan program pendidikan nilai dalam kurikulum, cita-cita untuk melahirkan generasi cemerlang dari semua segi tidak akan berhasil. Hanya penerapan nilai dan pendidikan moral sahaja yang mampu mendidik dan membentuk individu menjadi seorang yang benar-benar rasional, amanah, bertimbang rasa, bertanggungjawab dan memiliki sifat-sifat mulia yang lain yang dipersetujui masyarakat.Di antaranya, mengemukakan pandangan bahawa nilai adalah darjah dan peraturan yang secara tergabung membina cara hidup manusia. Nilai menggariskan idea-idea dan matlamat-matlamat hidup.[3] Nilai adalah darjah normative dan peraturan kerana ia menjadi asas pegangan yang mempengaruhi pemikiran manusia semasa ia menjadi asas pegangan yang mempengaruhi pemikiran manusia semasa membuat pertimbangan dalam menentukan cara dan gaya bertindak serta bertingkahlaku sebaik-baiknya untuk mengekalkan kesejahteraan dalam dirinya.[4] Mengikut seorang penulis lain dari India, beliau menyatakan bahawa nilai terbit daripada keinginan dan motif yang dibentuk serta diperakukan oleh budaya dan masyarakat.[5] Nilai mengikat individu secara halus dan senyap. Bagi Allporrt (1961) pula, beliau menyebut bahawa nilai ialah kepercayaan yang mengakibatkan manusia memilih sesuatu tingkah laku. Wiliams (1968), mentafsirkan nilai sebagai apa saja yang dipegang oleh seseorang yang menjadi kriteria untuk membuat keputusan bagi memilih tingkah laku dalam angka mencapai hasrat dan keinginan.Model Pendidikan Nilai 3K,Model ini dikemukakan berasaskan kepada anggapan dan keyakinan bahawa:-
1(a) Manusia terbina dari tiga komponen iaitu akal, roh dan jasad (Al Ghazali (1967)  Maslow,A.H.(1954),Taylor,P.W.(1961),FathiYakan(1988).
  (b) Penerapan nilai adalah satu proses yang berjalan secara tabii   (Abdullah,N.U.(1988),Ismail Jusoh,(1993).
  (c) Manusia harus mengenali dirinya dan hubungannya dengan sistem alam dan Pencipta alam (Al Ghazali (1967), A.A.Maududi (1984). 
TOPIK PELAJARAN  Model Penerapan Nilai 3K. Rajah 1 di atas menunjukkan fasa-fasa yang harus berlaku atau diwujudkan dalam proses penerapan nilai. Individu yang menghayati nilai-nilai murni akan terbina sekiranya pendidikan yang dijalani itu melibatkan ketiga-tiga bidang iaitu akal, roh dan jasad. Dalam model 3K di atas, penerapan nilai secara  langsung boleh dilaksanakan melalui mata pelajaran yang diajar dalam kelas.[6]Ia boleh dilakukan semasa membuat rumusan atau penutup pengajaran.Guru boleh mengaitkan isi pelajaran geografi, apabila belajar tentang tajuk kejadian hujan, kondensasi, proses sejatan, tekanan rendah dan tekanan tinggi dan sebagainya. Proses-proses tersebut tidak berlaku secara kebetulan. Semua kejadian ada Pencipta dan Penguasanya. Begitu juga dalam pelajaran Biologi, pelajaran mengenai sel, menunjukkan kekuasaan Tuhan. Sel yang seni itu mustahil wujud dengan sendiri tanpa ada sebab dan akibat disebaliknya. Tindak balas yang berlaku dalam sel tidak mungkin terjadi tanpa ada kawalan. Siapakah yang mengawalnya? Hakikat inilah yang patut ditonjolkan dalam pengajaran dalam rangka memberi kesedaran, kefahaman dan keyakinan (3K) kepada pelajar supaya mereka dapat menginsafi kewujudan Tuhan.Proses penerapan nilai melalui model ini boleh dilaksanakan secara langsung atau secara tidak langsung. Secara langsung, guru boleh menghubungkan terus isi pelajaran dengan nilai kepercayaan kepada Tuhan yang mana dengan nilai ini akan tersemai nilai-nilai murni yang dihajati seperti kerjasama, jujur, bersikap positif dan lain-lain seperti yang tersurat dalam Falsafah Pendidikan Negara.Proses penerapan ini bukan terhad kepada jangka masa tertentu (semasa pelajar berada di alam persekolahan), bahkan ianya berjalan sepanjang hayat dan di setiap tempat. Proses ini juga bergantung kepada persekitaran, iaitu yang terdiri daripada keluarga, pendidik, masyarakat, media dan rakan sebaya. Jadi, penerapan nilai yang  berkesan hanya terhasil jika terdapat persekitaran yang positif.Falsafah Moral dan Tingkah Laku Falsafah yang relevan kepada profesion keguruan dan perkembangan pendidikan di negara ini ialah falsafah moral dan tingkah laku. Falsafah ini memerlukan peranan positif dan konstruktif profesion keguruan ke arah membina moral dan tingkah laku  pelajar. Guru yang baik perlu mempunyai komitmen moral yang tinggi dan menjadikan diri mereka teladan yang baik kepada pelajar.Contohnya, guru tidak seharusnya mendenda dan melarang pelajar membuang sampah sedangkan pada masa yang sama guru membuang sampah di kawasan sekolah dan di mana-mana sahaja. Falsafah moral dan tingkah laku juga mendasari perkembangan pendidikan, perkembangan profesion keguruan dan perkembangan institusi sekolah. Bagaimanapun, pengaruh lain seperti agama, budaya, etika, pemodenan, sekularisme, dasar dan peraturan sekolah seringkali menimbulkan konflik dan percanggahan dari segi falsafah moral dan tingkah laku. Oleh sebab itu, pengajaran dan pembelajaran di sekolah sering kali berhadapan dengan isu kontroversi dan menyulitkan peranan guru serta peranan sekolah menangani krisis yang berlaku dalam masyarakat.Ideologi buku teks yang digunakan di sekolah-sekolah di Malaysia begitu kuat dipengaruhi oleh aliran falsafah moral dan tingkah laku bagi tujuan mengawal tindakan dan tingkah laku golongan muda. Pada masa yang sama terdapat unsur-unsur pemodenan dan revolusi moral dan tingkah laku yang menyebabkan berlakunya tingkah laku baharu iaitu agresif, konfrontasi, kecenderungan untuk mencabar dan mengkritik dan sebagainya.Falsafah moral dapat menolak fahaman kebendaan yang menguasai masyarakat dan memberikan kesan tertentu kepada dunia pendidikan dan profesion keguruan. Bersifat kebendaan memanglah penting dalam kehidupan, terutama isu kemiskinan dan kemunduran dalam masyarakat Malaysia yang masih begitu kuat menghalang berlakunya perubahan dan menjejaskan kualiti pendidikan golongan miskin. Semangat berusaha kuat untuk mencapai perubahan perlu ditanamkan kepada anak-anak golongan miskin supaya kemajuan kebendaan dapat membantu dan membentuk mereka mencapai kehidupan yang lebih baik dan menyediakan peluang pelajaran dan kemudahan belajar di rumah yang mendorong kemajuan mereka.
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                       

 Guru adalah satu golongan masyarakat yang khas. Atan Long (1980) mendefinisikan guru sebagai satu golongan  masyarakat untuk memberikan pendidikan secara formal dan bersistematik kepada generasi muda dalam masyarakat itu. Memang dikatakan guru memainkan  peranan penting dalam menjayakan pendidikan moral dan nilai kerana ketika anak-anak berada di sekolah guru-gurulah yang memainkan peranan sebagai ibu bapa. Oleh itu peranan guru dan ibu bapa sama penting dalam pendidikan.Sebagaimana ibu bapa, guru-guru juga dipandang oleh anak-anak didiknya sebagai contoh atau ‘role model’. Kalau tidak masakan ada pepatah berbunyi “Guru kencing  berdiri, murid kencing berlari”. Oleh itu, setiap guru mesti memiliki  akhlak yang mulia agar sifat-sifat mulia itu dapat diteladani dan diikuti. Apa kata kalau guru sendiri tidak dapat menjadi sebagai ‘role model’ yang baik, bak kata pepatah tadi, muridnya tentu tidak berguna. Tegasnya, anak-anak didik  akan menjadi lebih biadap lagi.Sebagai ‘role model’ bukan mudah. Segala gerak geri, tingkah laku dan perwatakan menjadi ikutan. Cara guru bercakap, berjalan, berpakaian dan paling utama dari segi akhlaknya diperhatikan. Guru yang baik disenangi anak-anak didiknya. Apatah lagi kalau guru ini jujur dan ikhlas, segala tunjuk ajar, ingatan atau nasihat serta bimbingan yang diberikan mudah diterima.Kejayaan dalam menerapkan nilai-nilai murni bergantung kepada kesabaran guru kerana guru merupakan orang yang paling berpengaruh dalam pembentukan sahsiah dan ‘mind set’ seseorang individu pada tahun-tahun formatif anak-anak didiknya. Anak-anak ini memerlukan asuhan dan belaian kasih sayang sebagaimana yang dicurahkan oleh ibu bapa mereka.Guru merupakan orang paling penting dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang harmonis sehingga anak-anak didiknya akan berasa sekolah seperti rumah keduanya. Sekaligus suasana yang harmonis itu dapat pula membentuk apa yang dikatakan “Sekolah tanpa takut (No fear school)”. Kalau dapat diwujudkan suasana seperti itu maka sudah tentu anak-anak didik dapat memperkembangkan potensi dan mengawal emosi secara menyeluruh dan seimbang. Dan yang pastinya suasana pembelajaran yang sedemikian dapat membantu guru-guru atau pihak sekolah mewujudkan sekolah penyayang.Guru juga dapat memberi tunjuk ajar yang berkesan dan bertanggungjawab membentuk minda, sikap dan kelakuan anak-anak didiknya yang bakal menjadi anggota masyarakat selepas tamat persekolahan, sama ada menjadi pemimpin politik, pegawai kerajaan, ahli korporat, atau setidak-tidaknya menjadi isteri atau suami yang berakhlak mulia.Untuk mewujudkan sekolah penyayang atau sekolah tanpa takut, maka guru seharusnya berupaya menjadi contoh dan teladan yang baik, pendorong yang berkesan, pembimbing yang bertimbang rasa, pendengar yang penuh rasa simpati dan menjadi sumber inspirasi kepada anak-anak didiknya. Selain itu, guru juga seharusnya menunjukkan sikap dedikasi dalam menjalankan tugas sehariannya dan mengamalkan apa yang disampaikan kepada anak-anak didiknya dengan penuh tanggungjawab dan beretika.Hubungan guru dengan masyarakat juga menjadi perhatian. Selain mewujudkan sekolah penyayang guru juga berperanan dalam mewujudkan permuafakatan dengan masyarakat setempat. Ini kerana guru telah sekian lama dikenali sebagai pemimpin kecil yang dapat menyatupadukan masyarakat melalui jalinan mesra dalam pergaulan mereka dengan masyarakat.Setiap guru harus komited terhadap kerjaya pendidikan, berperibadi tinggi dan bersikap terbuka tanpa memilih kaum atau keturunan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan terutamanya dalam menjayakan pendidikan moral. Dalam masyarakat majmuk di Malaysia ini, anak-anak didik terdiri daripada pelbagai keturunan dan fahaman keagamaan. Jadi dalam menangani masalah moral atau menjayakan  pendidikan moral, guru mestilah menjauhi sikap prejudis. Keikhlasan dan kejujuran patut wujud dalam diri guru dan menampilkan pengajaran mengikuti aspirasi Negara. Dalam hal ini guru-guru yang berdedikasi dan komited terhadap tugasnya ialah guru yang sejati, berinovatif dan kreatif.Dengan kata lain, falsafah yang mengemudikan amalan pendidikan di sekolah ialah bahawa semua guru merupakan guru dalam Pendidikan Moral dan Pendidikan Nilai. Lebih penting ialah guru diperlukan menerap nilai-nilai murni, sepertimana yang dikenalpasti sebagai nilai inti (core values) dalam pengajaran mereka masing-masing. Selain dari itu, guru juga ialah role model, kepada pelajar mereka dan tingkahlaku guru melambangkan keprofesionalan profesion itu.Dengan penekanan nilai di sekolah, dan guru diharapkan melambangkan diri sebagai agen pendidikan moral di sekolah, maka kepentingan Pendidikan Moral dan Nilai dalam profesion perguruan tidak perlu dipersoalkan.Martabat profesion perguruan biasanya dibayangkan daripada perspektif bagaimana seseorang guru menjalankan tugasnya iaitu membantu peajar-pelajar mereka belajar. Tugas guru ialah menyampaikan pengetahuan kepada pelajarnya, berbentuk isi kandungan yang ditetapkan dalam mata-mata pelajaran tertentu. Tetapi, lebih dari itu, tugas guru ialah mendidik, dan dengan ini bermakna membantu perkembangan individu pelajar mereka, bukan sahaja dari segi penguasaan ilmu tetapi juga perkembangan individu itu sendiri, pembangunan insan pelajar itu mengikut lunas-lunas nilai masyarakat dalam konteks masyarakat Malaysia. Kejayaan pendidikan sukar diukur tetapi boleh dikatakan adalah diharapkan lebih dari semata-mata pelajar mencapai dalam peperiksan awam. Yang penting ialah sama ada guru berjaya memberi:
pertama (i) pengetahuan kepada pelajarnya dengan menanamkan nilai “mencari ilmu” di kalangan mereka, menanamkan semangat “pembelajaran sepanjang hayat” dan kedua (ii) membentuk peribadi mulia, manusia berilmu dan berketrampilan serta mempunyai nilai-nilai masyarakat Malaysia, khususnya mencapai matlamat yang dimaktubkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Martabat profesion perguruan juga dibayangkan dari perspektif bagaimana seorang guru bertindak sebagai seorang agen moral, dan contoh moral kepada murid-murid mereka. Personaliti guru dan nilai-nilai tersendiri yang dipamerkan melalui tingkahlakunya, mempengaruhi peranannya sebagai agen moral dan contoh kepada murid-murid. Dalam pengajarannya, seorang guru mungkin secara tidak langsung menerapkan nilai tersendiri dalam situasi pengajaran dan pembalajaran melalui pemilihan isi kandungan, prosedur dan bahan untuk pengajaran dan pembelajaran. Ini akan membawa kesan yang negatif jika nilai tersendiri tidak selaras dengan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia, seperti yang digariskan dalam panduan penerapan nilai murni merentasi kurikulum. Kegagalan guru untuk mempraktikkan nilai-nilai yang seharusnya mereka terapkan kepada pelajar mereka akan merendahkan martabat profesion itu sendiri.Profesion keguruan pada abad ke-21 terdedah kepada berbagai-bagai cabaran baharu. Setengah cabaran adalah berbentuk kebendaan, intelektual, pemikiran, kerohanian, kebudayaan, ideologi baru dan isu-isu yang berkaitan dengan masalah etika. Cabaran penting profesion keguruan ialah membina dan membentuk masyarakat beretika yang mampu membangun dan membina kekuatan sendiri serta menentukam masa depan yang bebas daripada berbagai-bagai krisis sosial dan moral.Fenomena sosial seperti merokok, gangguan seksual, pesta seks di kalangan pelajar, lari dari rumah, menagih dadah, bergaduh, gengterisme, mencuri, membuli adalah gejala juvana dan delinkuen yang meluas di kalangan remaja di sekolah.Masalah ini mencerminkan kelemahan sekolah dan profesion keguruan dalam membendung dan menangani masalah sosial di sekolah. Oleh sebab itu, timbul berbagai-bagai penulisan yang mencerminkan kelemahan sekolah yang  dikaitkan dengan masalah sosial seperti sekolah melahirkan jenayah, sekolah tanpa roh dan watak. Pengurusan  tingkah laku yang tidak berkesan di sekolah menunjukkan kelemahan peranan guru-guru di sekolah. Dengan bertambah ramainya guru perempuan, peranan bapa di sekolah semakin lenyap. Kesan daripada masalah ini ialah meningkatnya masalah disiplin dan sosial di kalangan pelajar. Wawasan pembangunan dan pendidikan di sekolah tidak berkesan kerana asas kerangka tindakan pengurusan tingkah laku yang tidak berkesan.Kualiti pendidikan yang diterima oleh pelajar-pelajar bergantung kepada kualiti pengajaran dan ini bergantung kepada guru-guru mereka. Untuk mendapatkan kualiti pendidikan yang sewajarnya, maka seseorang guru itu mestilah bersikap professional. Professional bukan bermakna mendapat gaji yang lumayan tetapi ia termasuk penetapan standard yang tinggi untuk memasuki kerjaya perguruan, calon guru yang terbaik, persediaan dan pendidikan guru yang berkualiti, pendidikan berterusan semasa bekerja, suasana kerja yang selesa yang cukup dengan peralatan mengajar, peluang untuk berinteraksi dengan rakan sekerja. Guru yang berilmu (content knowledge) Ilmu yang berkaitan isi kandungan mata pelajaran, pengetahuan pedagogi, bahan, kaedah dan teknologi.· Guru yang mempunyai kemahiran dan ketrampilan dalam proses pengajaran pembelajaran (Pedagogical knowledge and pedagogical content knowledge) Meliputi merancang, mengurus, memilih starategi dan meransang pengajaran pembelajaran, kemahiran teknologi, kemahiran generik, kemahiran kaunseling dan menilai · Guru yang mempunyai sahsiah yang boleh menjadi contoh teladan dan ikutan kepada golongan yang dipimpin. Antara ciri-ciri sahsiah yang perlu dimiliki ialah peribadi dan tingkah laku yang mulia, menggunakan bahasa yang standard dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk menjayakan usaha yang dilakukan meliputi taqwa, akhlak, peribadi mulia, komitmen, sopan, positif dan budaya ilmu.

 6. PEMBENTUKAN MORAL DAN AKHLAK: APLIKASI DI SEKOLAH
6.1 Pendekatan langsung melalui pengajaran Pendidikan Moral
 Pendekatan langsung membabitkan pengajaran pelajaran yang khusus di peringkat Prasekolah lagi yang bertumpu secara langsung terhadap perkembangan moral, etika, akhlak, dan pendidikan nilai, iaitu mata pelajaran Pendidikan Moral bagi pelajar bukan Islam.
6.2 Pendekatan tak langsung. Pendekatan tak langsung membabitkan penggunaan mata pelajaran-mata pelajaran dalam kurikulum sekolah sebagai alat untuk merealisasikan pendidikan nilai dan moral. Sebagai contoh, pengajaran Bahasa Melayu dan Sejarah membekalkan peluang atau sumber yang baik bagi pendidikan nilai dan moral. Para pelajar boleh mengenalpasti dilema moral, penaakulan moral dan membuat keputusan moral dalam novel dan penulisan sejarah. Pendekatan tak langsung adalah sebahagiannya berlandaskan andaian bahawa pemahaman tentang manusia dan kemanusiaan memerlukan perkembangan daya imaginasi dan intuisi yang membolehkan seseorang meningkatkan kepekaan moral dan kepekaan intelektual (Gambell 1988).Penerapan nlai murni telah diwajibkan di dalam semua mata pelajaran. Persoalannya sejauhmanakah guru berjaya mengimplimentasikan penerapan nilai tersebut dan adakah penilaian dibuat tentang proses dan produknya. Satu kaedah yang dapat memupuk beberapa nilai murni ialah  pengajaran secara kooperatif. Pembelajaran ini bukan setakat pelajar duduk dalam kumpulan kecil tetapi kumpulan itu ada semangat kekitaan yang mana murid dapat bantu membantu ahli kumpulan belajar dan meningkatkan prestasi sendiri dan kumpulan.
6.3 Aktiviti Kokurikulum. Kita maklum bahawa di sekolah masa kini terdapat pelbagai aktiviti  kokurikulum seperti unit beruniform, persatuan dan kelab serta sukan permainan. Pada umumnya di sekolah satu hari pada hujung minggu dikhususkan untuk kegiatan ini dan semua pelajar diwajibkan terlibat. Begitu juga untuk guru, mereka perlu hadir sekolah pada hari Sabtu. Bila guru tidak datang maka pelajar pun begitu juga dan akhirnya aktiviti tidak berjalan langsung. Pengetua / guru besar haruslah berhemah dan memujuk guru-guru agar memenuhi tanggungjawab mendidik anak bangsa melalui kokurikulum. Aktiviti ini perlu dijalankan  dengan menarik. Apabila semua pelajar sudah senang hati dan seronok, mereka tidak akan terfikir atau berpeluang untuk keluar ke tempat-tempat awam. Dengan cara ini mereka terhindar dari gejala sosial yang meruntuhkan akhlak.
6.4 Pendekatan Pendidikan Rasulullah SAW Pendidikan Rasulullah SAW bergantung kepada beberapa faktor. Satu daripadanya ialah objektif pengajaran itu sendiri sama ada untuk menanam keimanan, mengajar ibadah atau akhlak. Di dalam mengajar akhlak yang terpenting ialah akhlak beliau sendiri. Perkataan dan perbuatan beliau adalah contoh untuk diikuti. Beliau mempunyai sifat terpuji iaitu tabah, pemaaf, pemurah, sopan santun, belas kasihan, rendah diri, adil, amanah, pendiam, takut dan taat kepada Allah serta banyak beribadat.Rasulullah SAW mengajar ibadat ialah melalui demontrasi atau tauladan seperti cara beliau sembahyang, berpuasa dan menunaikan haji. Baginda juga membetulkan kesalahan yang dibuat oleh pengikutnya dengan cara yang betul. Begitu jugalah di sekolah, guru-guru hendaklah selalu menggunakan kaedah demontrasi atau tunjukajar selain daripada kaedah soaljawab dan bertukar-tukar fikiran. Akhlak dan kewibawaan Rasulullah telah menyebabkan umatnya sayang dan hormat kepadanya. Sahsiah beginda inilah yang dapat menarik musuh menjadi kawan dan yang bukan Islam memeluk Islam. Guru-guru juga dapat menukar akhlak murid dengan dirinya sendiri dahulu mengamalkan nilai murni yang bakal diterapkan kepada murid. Murid berada di sekolah selama sebelas tahun dan dari 6-8 jam sehari. Ini adalah masa yang lama untuk membentuk sahsiah dan guru adalah model yang sentiasa diperhatikan oleh murid.
6.5 Sokongan daripada Pentadbir sekolah untuk membentuk akhlak para pelajar, pihak pentadbir sekolah khasnya pengetua dan guru besar harus memainkan peranan ini dengan bersungguh-sungguh. Mereka boleh menekankannya dengan memberi ucapan mingguan di samping pengumuman yang lain. Ucapan yang diberi hendaklah yang memberi penekanan kepada moral dan akhlak pelajar. Dengan cara yang demikian pelajar akan merasa mereka diberi perhatian. Selain itu program berbentuk pendidikan akhlak diadakan di sekolah atau di luar sekolah contohnya kem motivasi. Aktiviti perlulah menarik minat remaja seperti sukan, nyanyian dan di samping itu diberi pendidikan moral dan agama.
6.6 Kepimpinan “inspirational”Guru sering dilihat sebagai pemimpin yang penting dalam memberikan dorongan dan membina watak serta sahsiah pelajar. Kepimpinan “inspirational” berperanan memberi dan membina semangat, mempunyai kekuatan bagi mengubah dan mendorong kejayaan pelajar, dapat memberi keinsafan dan menanamkan kesedaran diri, memulihkan moral dan keyakinan diri pelajar, memberi inpirasi serta mengilhamkan perubahan yang dinamik serta positif kepada pelajar. Golongan pendidik seharusnya mempunyai inpirasi dan aspirasi yang tinggi untuk memimpin ke arah perubahan. Inpirasi boleh dicetuskan melalui pemikiran dan idea-idea, sentuhan emosi atau perasaan serta stail dan gaya kepimpinan yang berpotensi dan berwibawa mempengaruhi orang lain.
6.7 Kepimpinan KerohanianGuru harus mempunyai corak kepimpinan ini kerana ia penting untuk membina sahsiah pelajar. Kepimpinan kerohanian ialah kepimpinan yang menekankan soal-soal moral, agama, ibadah, tingkahlaku yang baik, adab dan hubungan yang bersopan santun. Guru perlu membina sikap toleransi antara kaum dan budaya dalam kepimpinan pendidikan agar dapat membentuk budaya dinamik sekolah terutamanya keadaan sekolah yang mempunyai pelajar dan guru berbilang kaum, agama dan kepercayaan. Peranan kepimpinan kerohanian amat penting dalam pembentukan watak dan sahsiah seterusnya dapat membina kekuatan moral di kalangan pelajar dan guru. Tanpa agama dan moral yang baik, pendidikan akan gagal membentuk warganegara yang mempunyai asas-asas moral yang baik untuk dijadikan panduan dalam kehidupan mereka.

6.8 Pembelajaran koperatif merupakan pembelajaran kumpulan kecil yang diperkenalkan dengan meluas sebagai sesuatu strategi pengajaran yang dapat meningkatkan pembelajaran dan sosialisasi.[7] Pembelajaran koperatif adalah satu strategi pengajaran di mana pelajarnya bekerja secara koperatif dalam sesuatu kumpulan kecil yang heterogenus. Menurut Slavin (1995) pembelajaran koperatif membabitkan pelajar bekerja bersama untuk menyelesaikan masalah secara berkongsi. Beliau menyatakan pembelajaran koperatif membantu pelajar untuk  mengembangkan perasaan “satu kumpulan” dalam memperkenalkan keperluan saling membantu dan saling menyokong situasi pembelajaran. Pelajar akan bekerja bersama-sama, belajar untuk saling memberi dan menerima, bantu-membantu, berkongsi idea dan mencari cara baru bagi menyelesaikan masalah. Ahli-ahli kumpulan dalam pembelajaran koperatif terdiri daripada pelajar yang mempunyai kebolehan dan sosioekonomi yang berbeza, iaitu berbeza etnik, jantina dan pencapaian akademik. Setiap pelajar dalam kumpulan boleh meningkatkan pencapaian, meningkatkan harga diri pelajar, memiliki kemahiran berkolaborasi sesama rakan dan pergaulan sekitarnya. Kaedah pembelajaran ini memerlukan usaha guru melatih murid bekerja dalam kumpulan dengan betul, iaitu bersikap mahu mendengar pendapat orang lain, memberi pengukuhan, menjadi pemimpin atau ketua yang demokratik, membantu rakan sekumpulan dan berusaha mendapat kejayaan. Guru harus bersedia memupuk semangat kekitaan terlebih dahulu sebelum mengajar perkara akademik. Kajian Kooperatif di Amerika (Nor Azizah 1992) dan di Malaysia (Jamilah Karim 1992), Ida Fadil (1995) menunjukkan bahawa beberapa nilai murni dapat dipupuk seperti sayangkan sekolah dan rakan-rakan, bekerjasama, berani bersuara dan berinteraksi antara kaum. Kajian Yee Cheng Teik (1995) menunjukkan di dalam kaedah Matematik kaedah ini dapat mempertingkatkan kebolehan murid dalam menyelesaikan masalah dan meninggikan pencapaian.

 7. DISIPLIN PELAJAR : PUNCA DAN CARA MENGATASI

       Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat masyarakat lantaran kegagalan golongan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah ini berlaku dan apakah peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan?
Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian ibubapa era globalisasi ini. Ibubapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa tanggungjawab mereka mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan keluar dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian ibubapa mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah yang menyebabkan masalah disiplin menjadi-jadi.
Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan drastik. Kelakuan yang tidak senonoh yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati pelajar. Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian disiplin  pelajar yang terus merosot itu .
      Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi. Pelajar sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar. Rakan yang mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka. Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan drastiknya .
Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu ini turut menjadi faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada pihak sekolah yang merahsiakan masalah disiplin sekolah mereka kerana tidak mahu nama sekolah terjejas. Tindakan ini menyebabkan ada pelajar yang beranggapan tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan dilaporkan oleh pihak sekolah. Sikap acuh tak acuh sekolah yang turut kekurangan guru disiplin ini menyebabkan pelajar semakin berani melakukan kesalahan disiplin. Oleh itu, cara pihak sekolah menangani masalah disiplin turut menentukan peningkatan masalah disiplin pelajar.
Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar turut menjadi punca masalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat menghalang pelajar menghabiskan masa mereka di pusat-pusat beli-belah dan terjemurus ke dalam aktiviti menyalahi disiplin. Masa yang mereka habiskan untuk menjalankan aktiviti ini menyebabkan mereka lebih berdisiplin.
Kemelut ini mudah dibendung jika ibubapa terlebih dahulu sanggup menngorbankan masa mereka. Ibubapa hendaklah mengutamakan masa depan anak mereka daripada kejayaan peribadi mereka dalam kerjaya. Ibubapa harus memberi ruang kepada anak untuk menjadi manusia yang berhemah tinggi. Ringkasnya, ibubapa penting dalam membanteras isu disiplin ini.
Kesimpulannya, kemelut disiplin ini sudah lama diperkatakan oleh masyarakat. Saban hari kita disogokkan dengan pelbagai cadangan yang tinggal cadangan sahaja. Mungkin kali ini kita perlu bertegas dan berpijak di bumi nyata.

 8.  PENUTUP
Pengajaran dan pemupukan nilai-nilai murni ke dalam diri pelajar merupakan tugas suci (mission) sekolah sejak zaman berzaman. Namun dewasa ini, baik di negara barat ataupun di negara timur persoalan ini jugalah yang menjadi isu hangat kerana ternyata sekolah begitu berjaya mencungkil dan mengembangkan hampir seluruh potensi yang ada pada diri pelajar yang bersifat kognitif dan psikomotor tetapi kurang mampu untuk turut sama mempertingkatkan nilai-nilai moral dan akhlak. Sejak zaman dahulu lagi iaitu para filosof Greek, golongan skolastik dan ahli-ahli fikir tradisional tanpa merasa jemu membuat penegasan bahawa fungus utama pendidikan adalah ke arah membangun peribadi diri, khususnya aspek–aspek yang berkaitan dengan perkembangan moral dan akhlak.Di samping kepentingan peribadi, perwatakan dan sahsiah guru yang menjadi role model kepada murid-murid yang memberi sumbangan yang besar dalam menerapkan budaya moral dan akhlak yang baik, peranan Pendidikan Moral dan Agama Islam itu sendiri juga tidak boleh dipertikaikan. Secara teori, kerangka konseptual, matlamat dan organisasi kandungan, kurikulum Pendidikan Moral di Malaysia adalah sesuatu yang ideal, lengkap dan sempurna.Pelaksanaan Pendidikan Moral menuntut sekolah menyempurnakan dua tanggungjawab yang besar dan berat iaitu yang pertama:sekolah terpaksa mengajar nilai-nilai murni kepada pelajar yang mana nilai-nilai tersebut tidak di ajar di rumah dan kedua: demi untuk menjamin proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan berkesan, sekolah mesti berperanan sebagai “caring moral communities” yang boleh membantu kanak-kanak yang terabai dan sugul dari rumah agar mereka dapat dimotivasi dan dipupuk minat mereka kepada pelajaran, dapat mengawal perasaan marah dan kecewa, serta dapat merasai bahawa diri mereka sebenarnya masih disayangi dan berpotensi menjadi insan yang bertanggungjawab.Dalam menjayakan pendidikan moral dan akhlak sepenuhnya, semua pihak mesti melakukan reformasi terhadap diri masing-masing serta memandang ke hadapan dengan fikiran yang terbuka dan positif, mengamalkan cara hidup yang bermoral, berhemah tinggi serta sanggup menjadi ’model’ dalam masyarakat. Guru terutama nya amatlah penting memahami bahawa penghayatan moral, nilai dan akhlak merupakan asas kepada kehidupan manusia dan asas martabat sesuatu profesion khasnya profesion keguruan yang bertanggungjawab untuk memanjangkan tradisi dan budaya masyarakat Malaysia. Di samping itu, penghayatan amalan moral dan akhlak yang baik di harap dapat merealisasikan matlamat  pendidikan seperti yang telah termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta mencapai Wawasan 2020.

9. Bibliografi
Abd.Rahim Abd Rashid (2005) Profesionalisme Keguruan:  Prospek dan Cabaran.Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka
Pendidikan Moral dan Nilai (1997). Prosiding Konvensyen Kebangsaan.Fakulti Pendidikan, UKM.Bangi.
Shahrin, Awaludin & Kamaruzaman Abd.Ghani (2003). Pendidikan Rohani Dalam Sistem Pendidikan Negara:  Satu Pemikiran Semula. Pemikiran Dalam Pendidikan Fakulti Pendidikan, UKM. Bangi
Zainab Hanim et.al (2004) Penggunaan Kaedah Pembelajaran Koperatif (PK)Dalam Pengajaran Matematik : Penyelidikan Di Sekolah Rendah.Jurnal Pendidikan 29 m.s 105 –124.FakultiPendidikan,UKM.Bangi   
Zarin Ismail (1998) Pendidikan Moral di Sekolah Apa Dualisme Dan Dikotominya rosiding Seminar Isu-isu Pendidikan Negara.Fakulti Pendidikan. UKM, Bangi.

 KAEDAH PERBINCANGAN
Kaedah perbincangan adalah satu aktiviti secara berkumpulan iaitu melalui penglibatan murid-murid secara bekerjasama antara satu sama lain dalam membincangkan sesuatu topik atau masalah[8]. Kaedah ini tidak memerlukan guru terlalu terikat dengan cara penyampaian maklumat atau data seperti yang biasa diamalkan dalam pengajaran berkuliah. Sebaliknya kaedah ini melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dapat meningkatkan minat serta pembelajaran kendiri dalam kalangan pelajar.[9]
Dalam kumpulan perbincangan pelajar digalakkan menyoal, menganalisis, berhujah, mengeluarkan pendapat dan idea untuk bersama-sama menyelesaikan masalah atau isu yang dibincangkan.Kaedah perbincangan adalah satu kaedah pengajaran yang dapat meningkatkan kemahiran belajar dan kemahiran berfikir pelajar seperti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran menyelesaikan masalah serta meningkatkan kemahiran berkomunikasi pelajar.
Terdapat banyak teknik perbincangan yang boleh digunakan untuk guru menggunakan kaedah ini seperti penyelesaian masalah, sesi buzz, seminar, forum, teknik perbincangan berfokus dan lain-lain.



[1] Kolhbeg (1981)
[2] Goleman (1995)
[3] Taylor (1961)
[4] (Sufean Hussin, 1989).
[5] Radharkaman Mukerjee (1965)
[6] (Ismail Jusoh, 1993).
[7] (Cohen 1994).
[8] (Md. Rusli dan Ramlah, 1992)
[9] (Abdul Rahim,1989)