![]() |
KITAB AL-QURAN YANG TERBESAR DI DUNIA Seorang Kaligrafer Afghanistan telah menghabiskan masa selama 5 tahun untuk menyiapkan ciptaan Al-Quran yang terbesar di Dunia didalam usaha menunjukkan kepada seluruh dunia bahawa Afghanistan adalah kaya dengan warisan budaya dan tradisi yang telah terjejas akibat peperangan selama 30 tahun , namun tetap memperjuangkan warisan budaya bangsa mereka. ![]() Kitab Al-Quran tersebut mempunyai keberatan sebanyak 500kg dan sejumlah 218 muka surat yang diperbuat daripada kain dan kertas ,terikat didalam penutup timbul yang diperbuat daripada 21 ekor kulit kambing dengan kos lebih-kurang RM 1.5 Juta. Kitab tersebut berukuran 2.28 meter panjang dan 1.55 meter lebar dan telah disahkan Kitab Al-Quran yang terbesar di DUNIA Oleh Kementerian Haji dan Hal-Ehwal Agama Afghanistan Sumber: Billy Info |
Saturday, 9 March 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment