Surah Al-Faatihah - سورة
الفاتحة
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah,
lagi Maha Mengasihani
Segala puji tertentu bagi
Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam
Yang Maha Pemurah, lagi Maha
Mengasihani
Yang Menguasai pemerintahan
hari Pembalasan (hari akhirat)
Engkaulah sahaja (Ya Allah)
Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang
lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang
Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang
Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
No comments:
Post a Comment