Saturday, 27 October 2012

Thursday 

Ujian yang berat

Suatu hari, ketika Nabi Ibrahim a.s. berada di Mekah sedang dalam keadaan tertidur. Dia mendengar suara daripada Allah s.w.t. yang memerintahkannya agar dia menyembelih anaknya, Ismail. Nabi Ibrahim a.s. bangun daripada tidurnya dalam keadaan terkejut dengan mimpinya yang aneh itu. Nabi Ibrahim a.s. meminta keampunan dan perlindungan kepada Alla
h s.w.t. Dia kembali tidur. Mimpi yang seperti awalnya terjadi lagi. Dia bangun lagi dan tidur lagi. Akan tetapi, mimpinya masih tetap sama.

Nabi Ibrahim a.s. mengetahui bahawa perintah tersebut merupakan ujian yang harus dia jalani. Amat berat bagi Ibrahim a.s. untuk memberitahu isi wahyu itu kepada Ismail. Ismail pada saat itu menginjak dewasa dan boleh mencari nafkahnya sendiri. Nabi Ibrahim a.s. sangat senang kerana Ismail sudah besar. Nabi Ibrahim a.s. memberitahu perintah Allah s.w.t. tersebut kepada Ismail.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

"Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim a.s. berkata, 'Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelih kamu. Maka fikirkanlah apa pendapat kamu!' Dia menjawab, 'Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu. Insya Allah s.w.t. kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.'"
(Ash-Saffat: 102)


Ketika Nabi Ibrahim a.s. hendak pergi melaksanakan penyembelihan puteranya itu, beliau berkata kepada Siti Hajar, ibu Ismail a.s.: "Tolong kamu pakaikan anak kamu Ismail pakaian yang paling baik dan cantik kerana aku akan pergi berziarah dengannya."

Siti Hajar memakaikan pakaian yang paling cantik kepada Ismail, memberinya minyak rambut, lalu menyisir rambutnya. Kemudian, Nabi Ibrahim a.s. pergi bersama Ismail dekat dengan kota Mina. Dia juga membawa tali dan pisau yang tajam. Waktu itulah, iblis terkutuk datang menggoda Nabi Ibrahim a.s. Mereka tidak pernah sesibuk seperti hari itu. Menyaksikan perkara itu, Ismail ketakutan dan berlari ke hadapan ayahnya.

Iblis lalu berkata: "Apakah kamu tidak memerhatikan badannya yang gagah, parasnya yang tampan dan perilakunya yang santun?"

Nabi Ibrahim a.s. menjawab: "Ya, tetapi aku telah diperintah oleh Tuhanku untuk menyembelihnya."

Apabila iblis terkutuk itu putus asa kerana tidak dapat menggoda Nabi Ibrahim a.s., dia pun pergi menemui Siti Hajar dan berkata: "Bagaimana boleh kamu hanya duduk-duduk sahaja, sedangkan Ibrahim pergi dengan anak kamu dan hendak menyembelih anak kamu?"

Siti Hajar menjawab: "Jangan berdusta! Aku tahu seorang ayah tidak akan sanggup menyembelih anaknya sendiri!"

Iblis berkata: "Suami kamu membawa pergi anak kamu sambil membawa tali dan pisau. Dia mengira Tuhannya telah menyuruhnya untuk itu."

Siti Hajar mengelak: "Nabi tidak diperintahkan untuk mengerjakan sesuatu yang sia-sia. Tapi, jika memang Allah s.w.t. telah memerintahkan perkara itu, aku sendiri bersedia untuk menurut perintah itu dengan jiwaku. Bukan hanya jiwa, malah anakku rela kukorbankan demi Allah s.w.t.!"

Apabila iblis terkutuk berputus asa kerana tidak boleh memujuk Siti Hajar, maka dia pergi menemui Ismail seraya berkata: "Hai Ismail, kamu nampak bersenang-senang, sedangkan saat ini ayah kamu membawa tali dan pisau untuk menyembelih kamu."

"Jangan berdusta, hai iblis. Mengapa ayahku hendak menyembelihku?" tanya Ismail.

"Dia mengira bahawa Tuhannya telah menyuruhnya demikian."

"Aku memerhatikan dan mentaati perintah Tuhanku!" tegas Ismail

Ketika iblis yang terkutuk itu melontarkan kata-kata yang lain, terlebih dahulu Ismail a.s. mengambil batu dan tanah lalu melemparkannya kepada iblis sehingga menyebabkan mata iblis yang kiri pecah dan menjadi buta. Setelah itu, barulah iblis pergi. Peristiwa inilah yang melatarbelakangi perintah Allah s.w.t.yang mewajibkan umat Islam untuk melemparkan batu di tempat itu untuk mengusir syaitan seperti yang dilakukan oleh Nabi Ismail.

Apabila Nabi Ibrahim a.s. sampai di Mina, beliau berkata kepada Nabi Ismail: "Anakku, aku mendengar dalam mimpiku bahawa Allah s.w.t. telah memerintahkanku untuk menyembelih kamu. Bagaimana pendapat kamu?"

Maksud daripada pertanyaan Nabi Ibrahim a.s. adalah dia meminta pendapat Nabi Ismail tentang perintah dalam mimpinya itu. Adakah Ismail akan tabah dan sabar menerima perintah Allah s.w.t. itu, atau Ismail akan menolaknya dan meminta ampun kepada Allah s.w.t. sebelum perintah itu dilaksanakan. Sekaligus sebagai ujian adakah Ismail akan menjawab dengan penuh perhatian dan taat kepada perintah Allah s.w.t. atau tidak.

Lalu Ismail menjawab: "Wahai ayahku, kerjakanlah apa yang Allah s.w.t. perintahkan kepada kamu. Insya Allah s.w.t., ayah akan mendapatkan aku sebagai orang yang sabar dalam menjalankan perintah Allah s.w.t."

Apabila Nabi Ibrahim a.s. mendengar jawapan dari puteranya itu, beliau tahu bahawa doanya telah dikabulkan oleh Allah s.w.t. iaitu: "Rabbi hablii minash solihiin. (Ya Tuhanku, berikanlah aku anak yang soleh)." Lalu, Nabi Ibrahim a.s. pun mengucapkan pujian dan syukur serta berterima kasih kepada Allah s.w.t.

Kemudian Ismail berkata: "Wahai ayah, aku sampaikan beberapa pesanan kepada ayah! Hendaklah ayah mengikat tanganku agar aku tidak dapat bergerak-gerak kerana mungkin aku akan menyakiti ayah. Hadapkan wajahku ke tanah agar ayah tidak dapat melihat wajahku dan berasa kasihan kepadaku. Hendaklah ayah melipat kain ayah agar tidak dilumuri darah meskipun sedikit sehingga mengurangkan pahalaku dan diketahui oleh ibu hingga dia menjadi sedih. Hendaklah ayah menajamkan pisau ayah dan mempercepatkan sembelihannya di atas leherku agar aku tidak merasa terlalu sakit kerana sesungguhnya mati itu sakit sekali.

Hendaklah ayah membawa bajuku kepada ibu sebagai kenang-kenangan dariku, serta sampaikan salam hormatku kepadanya dan katakan; Bersabarlah engkau menerima perintah Allah s.w.t. dan jangan beritahu kepadanya bahawa ayah telah menyembelih aku dengan mengikat tanganku. Jangan pula ayah memasukkan anak-anak ke rumah ibu, agar kesedihannya tidak terlalu lama. Begitu juga ayah, janganlah kamu melihat anak seusiaku kerana nanti ayah akan menyesal dan bersedih terhadapku."

Mendengar permintaan anaknya, Nabi Ibrahim a.s. berkata: "Sebaik-baik penolong adalah kamu, wahai anakku, untuk melaksanakan perintah Allah s.w.t."

Kemudian kedua-duanya bersiap untuk melaksanakan perintah Allah s.w.t. Nabi Ibrahim a.s. sendiri yang akan membaringkan Nabi Ismail seperti membaringkan kambiing yang akan disembelih. Ada juga yang mengisahkan Nabi Ibrahim a.s. menelungkupkan wajah Ismail dengan syarat agar tidak melihat sesuatu yang akan menimbulkan kasih sayangnya sehingga dapat menghalangnya daripada melaksanakan perintah Allah s.w.t. Kejadian itu terjadi di suatu sisi seketul batu besar yang terletak di Mina.

Ada yang mengisahkan kejadian itu berlaku di suatu tempat di Mina. Ketika Nabi Ibrahim a.s. meletakkan pisaunya pada leher Ismail a.s., beliau pun berusaha memotong dengan kuat sekali, tetapi sekuat manapun dia mencuba, dia tidak mampu untuk memutuskan leher anaknya itu.

Sesungguhnya ketika kejadian itu berlaku, Allah s.w.t. telah membuka tutup mata para malaikat yang ada di langit dan di laut. Ketika melihat Nabi Ibrahim a.s. telah menyembelih puteranya Ismail, mereka tersungkur bersujud kepada Allah s.w.t.

Allah s.w.t. berfirman: "Perhatikan oleh kamu sekalian tentang hamba-Ku ini, bagaimana dia meletakkan pisau di atas leher puteranya untuk mengharapkan keredhaan-Ku, sedangkan kamu dahulu telah menyatakan sesuatu ketika Aku berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikan di bumi ini seorang khalifah." Kamu berkata: "Apakah Engkau menciptakan orang yang akan berbuat kerosakan di bumi dan akan menumpahkan darah, sedangkan kami semua maha sucikan Engkau?"

Kemudian Ismail berkata lagi: " Wahai ayahku, lepaskanlah ikatan tali di tangan dan kakiku agar Allah s.w.t. tidak memandang aku sebagai orang yang terpaksa mentaati perintah-Nya. Kemudian letakkan pisau itu di leherku agar malaikat-malaikat tahu bahawa putera Ibrahim a.s. telah mentaati perintah Allah s.w.t. dengan ikhtiar (pilihan sendiri dan secara sukarela)."

Lalu, Nabi Ibrahim pun menelentangkan kedua-dua tangan Ismail dan kedua kakinya yang tanpa ikatan serta memalingkan wajahnya ke tanah lalu menekankan pisau dengan sekuat tenaganya. Namun dengan izin Allah s.w.t., ternyata pisau itu tidak boleh memotong leher Ismail.

Melihat kejadian itu, Ismail berkata: "Wahai ayahku, kekuatan kamu menjadi lemah kerana kamu masih menyimpan cinta kamu untukku. Oleh kerana itulah, kamu tidak boleh menyembelih aku."

Lalu Nabi Ibrahim a.s. memukulkan pisau itu pada batu dan batu itu pecah menjadi dua.

Kemudian Ibrahim a.s. berkata: "Hai pisau, engkau mampu membelah batu itu, tetapi mengapa engkau tidak mampu memotong leher anakku?"

Dengan izin Allah s.w.t., pisau itu dapat berbicara dan menjawab: "Wahai Nabi Allah Ibrahim, kamu memang mengatakan "Potonglah!" kepadaku, sedangkan Tuhan penyeru alam sekalian juga berfirman: "Jangan kamu potong!" Maka bagaimana mungkin aku mentaati kamu, sedangkan aku harus menderhakai Tuhanku dan Tuhan kamu?"

Kemudian Allah s.w.t. berfirman: "Dan kami menyeru: "Hai Ibrahim, sungguh kamu telah membenarkan mimpi kamu. Daripada semua yang kamu lakukan, Aku boleh melihat bahawa kamu bersungguh-sungguh telah memilih keredhaan-Ku daripada kecintaan kamu terhadap anak kamu. Oleh sebab itulah, kamu termasuk golongan orang-orang yang taat kepada perintah-Ku. Sesungguhnya ujian ini merupakan ujian yang nyata. Penyembelihan itu adalah ujian yang nyata untuk mengetahui antara yang ikhlas dan yang tidak ikhlas dan merupakan ujian yang sangat sukar kerana tidak ada yang sesukar ujian ini."

"Maka, Kami selamatkan orang yang diperintahkan menyembelih dengan sembelihan yang besar daripada syurga, iaitu kambing kibas yang dahulu telah dikorbankan oleh Habil yang telah diterima darinya. Korban (kambing) itu tetap berada di syurga sehingga Ismail ditebus (ditukar) dengan kambing itu. Oleh sebab itulah, Kami perintahkan kepada Jibril untuk membawa kambing kibas itu ketika terakhir kali engkau meletakkan pisau kamu kepada leher Ismail."

Malaikat Jibril lalu berseru untuk mengagungkan Allah s.w.t. dan merasa takjub (kagum) menyaksikan perbuatan Nabi Ibrahim a.s. sambil berucap: "Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar."

Lalu Nabi Ibrahim a.s. membalas ucapan Jibril dengan ucapan: "La ilaaha illallaahu Allahu Akbar."

Begitu juga Ismail, dia menyambutnya dengan ucapan: "Allahu akbar wa lillahil hamdu."

Kemudian Allah s.w.t. memuliakan ucapan itu lalu mewajibkan umat Islam untuk mengucapkannya pada hari raya Aidil Adha untuk mengikut jejak Nabi Ibrahim a.s. dan puteranya, Nabi Ismail yang sentiasa redha dan taat dalam menjalankan perintah Allah s.w.t.

Thursday, 25 October 2012

Gambar kenangan sempena Majlis Mini Konvokesyen Gabungan TABIKA KEMAS Zon 1 Lahad Datu Tahun 2012 Dirasmikan oleh
YB.KOLONEL(K) DR HJ SALLEH BIN HJ KALBI
AHLI PARLIMEN P188 SILAM
Pada: 24/10/2012

Friday, 19 October 2012

Nabi SAW bersabda: Dua tapak kaki anak Adam tidak akan bergerak di Padang Masyar sehingga ditanya 4 perkara











Ya Allah help us cry

ya Allah solve our problems:'(


ya Allah don't break our hopes cry


ya Allah accept our prayer cry


ya Allah bring happiness in our life cry



ya Allah you are our only, hope help us cry





ya Allah yo know our problems help us solve





 them;'(



ya Allah make it easy for us:'(

Thursday, 18 October 2012



  • Pada suatu hari Fatimah bertanya Rasulullah, siapakah perempuan pertama yang bakal masuk syurga. Baginda menjawab, seorang wanita yang bernama Muti’ah. Fatimah terkejut, ternyata bukan dia seperti yang dibayangkannya. Mengapa orang lain, pada hal dia adalah puteri Nabi ?

    Timbul keinginannya untuk mengetahui siapakah Mutiah itu. Apakah gerangan yang dilakukannya sampai mendapat penghormatan begitu tinggi ? Sesudah meminta izin daripada suaminya, Ali bin Abu Talib , Fatimah berangkat mencari rumah Mutiah. Puteranya yang masih kecil Hasan menangis ingin ikut lalu didukungnya Hasan ke rumah Mutiah.

    Fatimah mengetuk pintu rumah Mutiah dan memberi salam. Wa’alaikumussalam! Siapa di luar? Terdengar jawapan lemah lembut dari dalam. Suara cerah dan merdu.

    “Saya Fatimah, puteri Rasulullah”

    “Alhamdulillah, alangkah bahagianya saya hari ini, Fatimah sudi berkunjung ke gubuk saya” terdengar kembali jawapan dari dalam. Kali ini nyata lebih gembira lagi makin dekat dengan pintu.

    “Sendirian Fatimah?” Tanya Muti’ah

    “Aku ditemani Hasan” Kata Fatimah

    “Aduh, maaf ya” suara Muti’ah terdengar menyesal.

    ” Saya belum mendapat izin suami untuk menemui tamu lelaki” jawab Muti’ah

    ” Tapi Hasan masih kecil” jelas Fatimah

    ” Meskipun kecil, Hasan lelaki. Esok saja datang lagi, saya minta izin kepada suami,” sahut Mutiah tidak kurang kecewanya.

    Esoknya Fatimah datang dengan membawa Husain sekali. Selepas memberi salam dan dijawap gembira, Mutiah berkata dari dalam.

    “Datang dengan Hasan Fatimah? Suami saya sudah memberi izin”

    “Ya dengan Hasan dan Husain ”

    “Ha? Mengapa tidak beritahu dari kelmarin?”

    “Yang dapat izin cuma Hasan. Husain belum. Saya terpaksa meminta izin dari suami” jawab Muti’ah.

    Hanya esok harinya baru mereka disambut baik oleh Mutiah di rumahnya. Keadaan rumah itu sangat sederhana. Tidak ada satu pun perabot mewah. Namun semuanya teratur rapi membuat tetamu senang berada di rumah itu. Fatimah kagum melihat suasana yang menyenangkan itu. Sehingga Hasan dan Husain yang biasa di rumah orang, kali ini nampak asyik bermain.

    “Maaf ya, saya tidak boleh menemani Fatimah duduk. Sebab saya sedang menyiapkan makanan untuk suami saya” kata Muti’ah sambil sibuk di dapur.

    Hampir waktu tengahari, masakan itu sudah siap semuanya lalu diletakkan diatas talam. Mutiah mengambil rotan dan diletakkan di sebelah hidangan.

    Fatimah bertanya kepada Mutiah “suamimu kerja di mana?”

    “Di ladang” Jawab Muti’ah

    “Sebagai pengembala?” soal Fatimah.

    “Bukan. Bercucuk tanam” Jawab Muti’ah lagi.

    “Tapi mengapa kau bawakan rotan juga?” tanya Fatimah.

    “Rotan itu saya sediakan untuk keperluan lain. Kalau suami saya sedang makan , saya tanyakan apakah masakan saya sedap atau sebaliknya. Kalau suami saya jawab, “sedap”, takkan terjadi apa-apa.Jika tidak sedap, rotan itu saya berikan kepadanya agar dirotan punggung saya sebab ia tidak menyenangkan suami”.

    “Atas kehendak suamimukah kau bawa rotan itu” tanya Fatimah.

    “Oh, sama sekali tidak. Suami saya seorang yang penyayang. Ini semata-mata kehendak saya agar jangan sampai menjadi isteri derhaka kepada suami.”

    Fatimah lantas meminta izin pulang. Dalam hati berkata, patut kalau Mutiah menjadi perempuan pertama masuk syurga, lantaran baktinya kepada suami begitu besar dan tulus.

    Diberitakan dalam berjuta-juta wanita di dunia ini, Muti’ah yang paling awal akan masuk ke dalam syurga. Apakah keistimewaan beliau mengatasi wanita lain?

    Hanya Allah yang mengetahuinya. Tapi daripada sejarah cerita yang di khabarkan, saya membuat andaian, Muti’ah sangat sangat menghormati suaminya. Sangat sangat taat kepada suaminya. Layanan beliau kepada suaminya mungkin yang terbaik mengatasi wanita lain.

    Persoalannya bolehkan saya dan anda semua menjadi seperti Muti'ah?

    Wallahu a’lam

    kredit : lenggangkangkung-my.blogspot.com
Syukur tandanya ada kesuburan SEFIR kepada Allah Azza wa Jalla terhadap segala RahmatNya








Maksud At Taubah Ayat 112


[112]
(Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian).

------------------------------------------------------------------------------

Insaflah kita semua sesungguh pintu taubat masih lagi terbuka..

Dan sesungguhnya Allah Maha Penyayang lagi Maha Pengampun dan begitu besar ampunan-Nya.
Allahumma Aamiin ya Rabbal Alamin

Wednesday, 17 October 2012


Hiasi Kehidupan dengan Akhlak Mulia dan Amalan yang diperintahkan

by Nur Haibati on Sunday, May 15, 2011 at 10:56pm ·
Jangan berkata 'Kalaulah'
Hadis sahih Muslim,daripada Abu Hurairah r.a,katanya Rasulullah SAW bersabda:

          Orang Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan labih dikasihi ALLAH daripada mukmin yang lemah. Masing-masing ada kebaikan. Bersungguh-sungguhlah mengerjakan sesuatu yang berguna(didunia dan diakhirat); dan hendaklah selalu meminta pertolongan daripada AllAh swt  dan jangan berasa lemah,yakni putus harapan,atau merasa hampa. Jika engkau ditimpa sesuatu janganlah berkata'kalaulah' seperti ini 'kalaulah aku berbuat demikian tentu akan jadi begini,dan begitu,' akan tetapi katakanlah"Takdir Allah dan Dia mentakdirkan pada hambanya sekehendakNya" kerana sesungguhnya perkataan 'kalaulah' akan membuka jalan bagi syaitan untuk berbuat sesuatu.
         
          Telah begitu banyak peristiwa yang telah kita kecapi samaada yang baik mahupun yang tidak baik. Maka kiranya kita mendapat kebaikan itu kita harus mensyukuri nikmat dari kebaikan itu dan sebaliknya jika kita menerima suatu keburukan, kita carilah penyelesaian yang secara bersopan santun untuk meningkatkan kewibawaan kita disisi Allah SWT dengan merendahkan diri kita dihadapanNya...bermohonlah terus padaNya...bersujudlah padaNya dengan penuh kekhusyuk'an...jiwa yang tenang dengan harapan bahawasanya terasa Allah memegang kepala kita dan berkata dengan bisikan nurani kita Allah suruh kita bersabar keranaNya, didalam surah Yunus ayat 107 (sila rujuk kitab AlQuran) yang bermaksud: Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.'Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan,maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia;dan jika Ia mengkehendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan,maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah  kurniaNya.Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya,dan Dialah yang Maha Pengampun,lagi Maha Mengasihi.(Yunus 107)
         Sahabatku sekalian,dan daripada kesinambungan rangkap nota ini...ianya seringku bawa kemana sahajaku pergi didunia ini bertujuan untuk harapanku mendapatkan Redha Ilahi...kerana dahulu aku sangat berjalan jauh namun tidak berbekalan,seperti terasa matiku yang amat perit dijiwaku kiraku kenangkan tapi terasaku hidup semula...atas seru Ilahi limpah kurniaNya serta hidayahNya moga Allah mengampunkan dosa-dosaku hamba yang hina dan khilaf ini...wahai sahabatku...kita peganglah dan tanamkanlah kalimah Syahadah dijiwa nurani kita sehingga jangan sampai terlepas dari kita sewaktu ajal menjemput kita ...peganglah seutuhnya...kerana itulah perjuangan yang terakhir kita sebenarnya.
 Terimalah sajak dariku ;   
                   
Ku seru namaMu dibibirku                      
Ku lihat bayangan keindahan SyurgaMu                      
Jauhkanlah aku
dari siksa api nerakaMu...
Kiranya mencari keredhaan       
apapun jua penyelesaiannya       
Al-Quran dan Hadis jadikan panduan
Al-Quran dan Hadis jadikan pedoman   

 Para Rasul dan Nabi-Nabi                       
adalah pesuruh Ilahi
memimpin ummat dari kekufuran
 membawa Rahmat ke seluruh alam
       
Wahai ummat manusia       
ikutlah perintahNya       
tinggalkanlah laranganNya
Moga hidup diberkati Allah.

Solat Sunat Syukur

by Nur Haibati on Thursday, June 9, 2011 at 8:59pm ·
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Solat sunat Syukur

Sembahyang Sunat Syukur dilakukan pada bila-bila masa kerana mendapat sesuatu hajat.Dibuat sebanyak 2 rakaat. Rakaat yang sebenar tidak terbatas Lafaz Niat:- Sahaja aku sembahyang sunat syukur dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Surah -surah yang dibacakan: Al-Fatihah , Al-Kafirun,pada rakaat pertama , Al-Fatihah, Al-Ikhlas pada rakaat kedua

Doa selepas sembahyang sunat syukur:"Ya Allah,jadikanlah aku/kami ini orang yang syukur mensyukuri kurnia Allah,jadikanlah aku/kami orang yang bersabar,jadikanlah aku/kami ini kecil menurut pandanganku sendiri,tetapi besar menurut pandangan orang lain. Ya Allah,aku berlindung kepadaMu dari hilang lenyapnya nikmat pemberianMu dan terganggu kesihatan yang Engkau kurniakan dan dari datangnya pembalasan siksaMu dan dari semua murkaMu.Ya Allah,tuntunlah aku/kami menuju budi pekerti atau akhlak yang baik,kerana tidak ada yang dapat menuntun kearah akhlak yang baik itu,melainkan Engkau dan hindarkanlah aku/kami dari akhlak yang tercela(jelek),kerana tentu tidak ada yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau".



                                                    "Allahumma Aamiin"


Kewajiban Hamba ALLAH S.W.T adalah Syukur mensyukuri Kurnia ciptaanNya

by Nur Haibati on Tuesday, June 14, 2011 at 11:21pm ·
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...



Renungan renungan sahaja...



Manusia wajib bersyukur kepada ALLAH S.W.T kerana 4 sebab:



1. ALLAH S.W.T telah mencipta kita.Dahulu kita tiada

2. ALLAH S.W.T telah menciptakan kita dalam bentuk manusia. Bukan binatang

3. ALLAH S.W.T telah meletakkan kita di planet bumi ini.Planet lain x sesuai

4. ALLAH S.W.T telah menjadikan kita orang Islam dan beriman kepada ALLAH S.W.T. Maka tiada gunanya menjadi manusia tetapi kafir dengan ALLAH S.W.T



Firman ALLAH SWT:

Adapun orang yang beriman itu sangat cinta kepada Tuhannya



Firman ALLAH SWT:

Adapun orang yang berilmu itu sangat takut kepada Tuhannya

(Hargailah Ilmu itu sebagai aset paling bernilai)



Firman ALLAH SWT:

Di antara manusia ada yang membantah tentang ALLAH SWT

tanpa ilmu pengetahuan dan mengikuti setiap syaitan yang sangat jahat

Ketahuilah dengan memgingati ALLAH S.W.T



Ya ALLAH, Engkau lindungilah kami hambaMu dari tipu daya syaitan yang direjam

Allahumma Aamiin ya Rabbal Alamin



Marilah kita mengambil langkah positif meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan

bagi menikmati kehidupan yang lebih cemerlang di dunia dan jua di akhirat kelak...



MENTAUHIDKAN DIRI KEPADA ALLAH S.W.T.

by Nur Haibati on Sunday, June 26, 2011 at 1:24pm ·
MENTAUHIDKAN DIRI KEPADA ALLAH S.W.T.

* بسم الله الرحمن الرحيم
* السَّلام عليكم ورحمة الله وبركاته
*

مَنْ عَرَفَ نَفْسَهُ فَقَدْ عَرَفَ رَبَّهُ

* Ertinya; " Siapa yang kenal dirinya .... sungguh dia telah mengenal Tuhannya!.

Keimanan yang benar dan lurus merupakan kunci pintu syurga. Makrifatullah atau mengenal

Allah SWT merupakan hakikat kehidupan insan untuk mengenal Penciptanya dan mengetahui

hakikat dirinya sendiri. Dengan mengenal Allah SWT, akan tumbuh dalam kalbu Mahabbatullah

atau Cinta terhadap Allah SWT, kemudian kita sentiasa mengharapkan rahmatNYA dan redha akan

takdirNYA.

Hiasilah kehidupan ini dengan Iman, Islam dan Ihsan, agar minda, hati dan nafsu selalu

mendapat bimbingan ke arah kebenaran. Tundukkan jiwa kepada zuhud, sabar, syukur dan

tawakkal, sehingga kita kembali kepadaNYA dengan berbekal aqidah yang lurus dan suci serta

memperoleh rahmatNYA, Insya Allah.

Firman Allah SWT dalam An- Nuur; 41 :" Tidakkah kamu tahu bahawasanya Allah kpdNYA

bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan juga burung dengan mengembangkan sayapnya.

Masing-masing telah mengetahui cara sembahyang dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui

apa yang mereka kerjakan."

Hakikat diri kita adalah seorang hamba Allah SWT yg diciptakanNYA semata2 utk mengabdikan diri kpd Allah SWT, pada setiap masa dan perbuatan. Seperti firman Allah SWT di dlm surah Adz-Dzaariyat ; 56 , bermaksud;" Tidak AKU ciptakan jin dan manusia selain supaya mereka berta'abbud
( mengerjakan ibadah ) kpdKU."
والله اعلم

Nieda Solehah Ny
jee
اللهم إني اسألك العافية في الدنيا والآخرة. اللهم إني أسألك العفو والعافية في ديني ودنياي وأهلي ومالي, اللهم استر عوراتي وآمن روعاتي, اللهم احفظني من بين يدي ومن خلفي وعن يميني وعن شمالي ومن فوقي وأعوذ بعظمتك أن أغتال من تحتي Ertinya :-"Ya Allah,sungguh aku memohon kepadaMu,tentang keselamatan urusan agama dan keduniaanku,keluarga dan hartaku,,Ya Allah,sudilah Engkau menutup auratku dan menghilangkan ketakutanku,dan jagalah aku dari depan dan dari belakang,dari kiri dan dari kananku dan dari atas,dan aku berlindung dengan keAgunganMu,dan dari bahaya yang datang dari bawahku. Aamiin ya Rabbal Alamin

Kelebihan Amalan Membaca Buku "MANZIL"

by Nur Haibati on Thursday, June 16, 2011 at 6:30pm ·
Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh

اللهم فاطر السموات والأرض عالم الغيب والشهادة أنت رب كل شيء ومليكه أشهد أن لا إله إلا أنت وحدك لا شريك لك وأن محمدا عبدك ورسولك أعوذ بك من شر نفسي وشر الشيطان وشركه وأن أقترف على نفسي سوءا أو أجره إلى مسلم

kepada semua rakan saya diruangan ini apa khabar? ini suatu amalan Rasulullah SAW iaitu amalan membaca himpunan Doa-doa yang disebut "MANZIL"...



SURAT DARI :MAULANA MUHAMMAD TALHA(RAH) MENGENAI "MANZIL"

Ayat-ayat Al-Quran yang terdapat didalanya ini terkenal didalam keturunan kami sebagai"Al_Manzil" Alim Ulama dalam keturunan kami telah memberi keutamaan kepada ayat-ayat tersebut sama ada dalam Doa ataupun amal.Telah menjadi kebiasaan bagi keluarga kami untuk melatih anak-anak kami mempelajari ayat-ayat Manzil

Kelebihan dan keberkesanan ayat-ayat Al-Quran dan Doa yang diajar oleh Rasulullah SAW tentu sekali tidak dapat dipertikaikan jika dibandingkan dengan azimat dan tangkal.Oleh sebab itu kita harus mengutamakan kedua-duanya dalam amal Rasulullah SAW telah mengajar Doa untuk memenuhi segala hajat atau keperluan sama ada duniawi atau ukhrawi.Begitu juga telah menjadi amalan kepada alim ulama untuk membaca ayat-ayat tertentu untuk memnuhi hajat mereka...



Al-Muhaddithin Syah Waliullah Rah telah menulis dalam kitabnya"Al-Qaulul Jamil" bahawa."tiga puluh tiga ayat tersebut akan menyelamatkan seseorang dari mara bahaya sihir.Disamping itu seseorang pembaca akan dapat perlindungan dari bahaya syaitan,pencuri,binatang buas dan lain-lain



Antara kandungan bacaan pada "Manzil" ini adalah:-

1. Surah Al-Fatihah

2.Surah Al-Baqarah :1-5

3.Surah Al-Baqarah :163

4.Surah Al-Baqarah :255

5.Surah Al-Baqarah :284

6.Surah Al-Baqarah : 285

7.Surah Ali-Imran 3:18

8.Surah Ali-Imran : 26-27

9.Surah Al-A'Raaf : 54-56

10.Surah Al-Isra' :110-111

11.Surah Al-Mu'minun : 115-118

12.Surah As-Shaffat : 1-11

13.Surah Ar-Rahman :33-40

14.Surah Al-Hasyr : 21-24

15.Surah Al-Jin : 1-4

16.Surah Al-Kafirun : 1-6

17.Surah Al-Ikhlas :1-4

18.Surah Al-Falaq :1-5

19.Surah An-Nas : 1-6

Ditambah lagi dengan Tujuh ayat Al-Quran yang dinamakan "MUNJIYAT" iaitu:-

1. At-Taubah:51

2. Yunus : 107

3. Hud :6

4. Hud : 56

5. Al-Ankabut : 60

6. Fathir :2

7. Az-Zumar :38

Setelah itu ditambah lagi dengan 6 Doa As-Syifa' iaitu:-

1.At-Taubah : 9:14

2.Yunus : 57

3. An-Nahl :69

4. Al-Isra' : 82

5. Asy-Syu'ara: 80

6.Fushshilat :44

Dan akhir sekali> Doa Abu Darda,r.a untuk menyelamatkan diri dan harta dari malapetaka

"Ya Allah,Engkau ialah Tuhanku yang tiada Tuhan selain Engkau.KepadaMulah aku berserah dan Engkau adalah Tuhan Arasy yang maha Mulia.Segala yang Allah kehendaki pasti ada dan yang tidak Dia kehendaki tidak akan wujud. Tiada daya dan sebarang kekuatan melainkan dengan izin Allah yang maha tinggi dan Maha Agung.Aku mengetahui sesungguhnya Allah Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu dengan( secermat-cermatNya).Ya Allah Ya Tuhanku,sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari segala nafsuku dan dari kejahatan semua binatang melata.Engkaulah yang memegang ubun-ubunnya(menguasai sepenuhnya)sesungguhnya Tuhanku sentiasa di atas jalan yang lurus". Subhanallah.


Doa Menghilangkan Kesusahan

by Nur Haibati on Sunday, July 3, 2011 at 1:10pm ·

أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ


Allahumma inniii a'uzubika minal hammi wal hazan,
wa a'uzubika minal 'ajzi wal kasal wa a'uzubika minal jubni wal buhli
wa a'uzubika min galabatiddayni wa qahrir rijal...Amin Ya Rabbal Alamin...

Ertinya:- "Ya Allah,aku berlindung kepadaMu dari segala duka dan kesusahan dan berlindung daripada lemah dan malas,dan berlindung daripada takut dan bakhil, dan berlindung daripada banyak hutang dan penindasan orang"
janganlah kita merasa jemu untuk berdoa dan beramal keranaNya
kerana kita dihidupkanNya dan kita jua akan kembali kepadaNya


Apabila kita sudah berdoa kepada Allah yang maha Esa,
maka bertawakkallah kita kepadaNya dan niatkan didalam hati:
(Jika aku tertimpa sesuatu kesusahan,syukur pada Allah
dan jika aku menerima kebahagiaan,
syukur pada Allah)

Sahabat Ikhwan Ikhwani sekalian...pulanglah kepada Islam bererti kembalilah ke tali Allah SWT berpandukan kitab Al-Quran dan As-Sunnah Rasulullah SAW


Doa & Zikir

by Nur Haibati on Wednesday, July 6, 2011 at 12:10am ·
أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

Doa & Zikir

Bismillahillazi layadhurru ma'asmihi sai'un fil'ardi wala fis sama'i wahuwas sami'ul alim'
(Ertinyanya : Dengan nama Allah, yang dengan nama-Nya tidak ada mudharat sedikit pun baik di bumi dan di langit,
dan Ia Maha Melihat dan Maha Mengetahui.) kecuali bahawa tidak ada sesuatu yang membahayakannya."
(Hadis Riwayat Abu Dawud dan Tarmizi)

Di dalam hadis yang lain, dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa menjelang petang membaca ,'A'uzubikalimatilla hittaammaati min syarrimaahalaq'
(Ertinyanya : Aku berlindung pada kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk-Nya) 3 kali maka tidak akan membahayakan baginya racun yang ada pada malam itu." (Hadis Riwayat Ibnu 

Sahabatku <3

by Nur Haibati on Tuesday, July 12, 2011 at 2:32am ·
Sahabatku ♥
dikeheningan dikala waktu yang sepi
terpaut rasa rindu tak terperi
antara sahabat ikhwan ikhwani
walau hanya di Alam maya ini
Sahabatku ♥
engkau bagai sinar rembulan
memberikanku suatu sinaran
yang membawa seribu harapan
untukku jauh lagi melangkah kehadapan
Sahabatku ♥
Doa itu yang disukai Allah
Usaha itu penggerak pelaksana
Iltizam itu dari nawaitu ikhlas nan mulia
Tawakkal kita pada Allah Azza wa Jalla

Sahabatku *
Cinta kasih pada Nabi Muhamad SAW
beserta dengan ucapan selawat dan Salam
tingkatkan ibadah siang dan malam
moga mendapat syafaat Nabi Muhamad SAW
Sahabatku ♥
kunanti suatu kepastian
insyaAllah darimu teman
bukan pujian manjadi igauan
namun yang ku harapkan kesetiaan

Sahabatku ♥
perkenalan ini kudambakan
kucuba memberi walau satu sinaran
untukku bawa persembahkan
ke alam akhirat itu berkekalan

Sahabatku ♥
ku pasrah meniti hari-hari kehidupan
tiada kuharapkan selain keberkatan
ku pohonkan kebaikan dan keselamatan
Persahabatan menuju keredhaan

Sahabatku ♥
Nilaimu amat berharga seperti Intan berlian
tak pernah keluh kesa dalam perjuangan
meniti hari hari dialam maya walau tidak kelihatan
namun ilmu satu persatu diutarakan

Terima kasih sahabatku ♥ sekalian diatas segala-galanya ,semoga Allah senantiasa memberi Rahmat ,Hidayat,keberkatan jua keredhaanNya kepada kita semua. Allahumma Aamiin ya Rabbal Alamin.