أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
Solat Sunat Tahajjud
Dilakukan selepas jam 12.00 malam. Selepas dua rakaat salam.Rakaat yang sebenarnya tidak terbatas. Sembahyang ini mempunyai kelebihan yang istimewa iaitu:-Makbul Doa,masin perkataan,tenang hati dan fikiran, mendapat kemudahan,murah rezeki,dihormati masyarakat dan
tiada sampai khianat manusia. Bagi orang yang hendak melakukan solat ini,
jika dapat sebaik-baiknya ia terjaga dari tidurnya selepas jam 12.00 malam.
Mendapat kelebihan Allah,dengan syarat diamalkan pada tiap-tiap malam
Lafaz Niat:
Usalli Sunat Tahajjud rak'ataini Lillahi Ta'ala Allahu Akbar
(Sahaja aku sembahyang sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta'ala)
Surah-Surah:
1.Rakaat Pertama
Al-Fatihah
Al-Kafirun
2.Rakaat kedua
Al-Fatihah
Al_Ikhlas
Didalam sujud akhir dibaca:
Rabbi Adhilnii mudkhola sidqiwwa ahkrijnii mukhroja sidqiwwaj'alli milladunka sultaanan nasiro' 11x/40x
Ertinya:- "Wahai Tuhanku,masukkanlah aku secara baik,dan keluarkan aku secara aman,
dan limpahkanlah aku kekuasaan disisiMu yang menolong(dalam menghadapi kesukaran)"
Doa selepas Solat Tahajjud
اللهمـ لكـ الحمد أنت نور السموات والأرض ، ولكـ الحمد أنت قيومُـ السموات والأرض ومن فيهن ولكـ الحمد أنت رب السموات والأرض ومن فيهن ، ولكـ الحمد لكـ ملكـ السموات والأرض ومن فيهن ولكـ الحمد أنت ملكـ السموات والأرض ولكـ الحمد أنت الحق ، ووعدكـ الحق ، وقولكـ الحق ،ولقاؤكـ الحق ، والجنة حق ، والنار حق ، والنبيّون حق ومحمد صلى الله عليه وسلمـ حق والساعة حق اللهمـ لكـ أسلمت وبكـ آمنت ، وعليكـ توكلت ، وإليكـ أنبت ، وبكـ خاصمت ، وإليكـ حاكمت ، فاغفر لي ما قدمت وأخرت وأسررت وأعلنت أنت المقدمـ ،وأنت المؤخر لا إله إلا أنت إلهي لا إله إلا أنت.
Ertinya:"Ya Allah, bagiMu segala puji,Engkaulah penegak langit dan bumi, dan alam semesta segala isinya,Bagimu segala puji ,Engkau penguasa langit dan bumi,BagiMu segala puji,Pemancar langit dan bumi BagiMu segala puji,Engkaulah yang hak dan janjiMu adalah benar,PerjumpaanMu itu adalah hak,dan FirmanMu adalah benar,dan syurgaMu adalah hak dan nerakaMu adalah hak, dan Nabi-nabi itu hak benar,dan Nabi Muhammad SAW adalah benar,dan saat hari kiamat itu benar,Ya Allah kepadaMulah kami berserah diri(bertawakal) kepada Engkau jua kami kembali, dan kepadaMulah kami rindu, dan kepada Engkaulah kami berhukum. Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang sebelumnya, baik yang kami sembunyikan mahupun yang kami nyatakan". Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau Allah. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah" Allahumma Aamiin Ya Rabbal Alamin.
Sesudah membaca Doa itu,perbanyakkanlah membaca Istighfar yang biasa ialah:-
استغفر اللـًہ العظيم الذي لا إلًـہْ إلا هو الحي القيوم وأتًوب إليـہْ
Ertinya:- " Kami memohon ampunan kepada Allah yang maha Agung dan kamipun bertaubat kepadaNya"
Adapun istighfar yang lengkap lagi yang juga dari amalan Rasulullah SAW ialah:-
Setelah selesai membaca Doa tersebut,lalu pergilah berbaring kembali tidur,sambil membaca ayat Kursyi,kemudian Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Nas.
Demikianlah menurut hadis Rasulullah SAW yang berbunyi
" Perintah Allah turun ke langit dunia diwaktu tinggal sepertiga yang akhir dari waktu malam,lalu berseru:Adakah orang-orang yang memohon(berdoa),pasti akan kukabulkan,adakah orang yang meminta,pasti akan ku beri dan adakah yang mengharap/memohon ampunan, pasti akanku ampuni baginya...sampai tiba waktu Subuh
No comments:
Post a Comment