Saturday, 13 October 2012


ANTARA SAHABAT & IKHWAN

by Nur Haibati on Sunday, June 26, 2011 at 3:37pm ·
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh para sahabat sekalian...



Antara Sahabat & Ikhwan



Pada suatu hari terjadi percakapan di antara Nabi Muhammad SAW dengan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq. Sahabat-sahabat yang lain pun ada mendengarkannya.

"Wahai Abu Bakar,begitu rinduku hendak bertemu dengan saudara-saudaraku(Ikhwan),"

berkata Nabi SAW.

"Wahai Rasulullah,bukankah kami ini teman-teman engkau?"jawab Abu Bakar.

"Bukan!" jawab Nabi

"Kamu ini adalah sahabat-sahabatku,"selanjutnya Nabi berkata,dan menegaskannya



Keterangan Nabi sungguh menghairankan Abu Bakar dan juga sahabat-sahabat lain

yang hadir.Apakah bezanya antara sahabat dan ikhwan,siapakah yang dimaksudkan Nabi SAW itu

dengan penuh kerinduan?Demikian persoalan bermain dalam fikiran mereka dalam fikiran mereka dan

suasana percakapan tadi menjadi lebih serius kerana masing-masing ingin tahu mengenainya,malahan

ini persoalan yang belum pernah mereka dengar dari Nabi SAW



Nabi segera memahami suasana yang ada bila keterangan Baginda mengejutkan Abu Bakar

dan sekalian sahabat yang ada di majlis itu. Maka segeralah Baginda menghuraikannya.



"Ikhwan(Saudara-saudara) ku."

"Mereka belum pernah melihat aku,tetapi mereka beriman dengan aku sebagai Rasulullah dan

mereka mencintaiku. Aku dicintai lebih dari anak dan orang-orang tua mereka."

" Ya Rasulullah,bukankah kami ini ikhwan engkau?"

bertanya sahabat baginda, mereka masih merasa hairan dan ingin tahu penjelasan

Nabi SAW selanjutnya.



"Kamu semua adalah sahabat-sahabat aku,"jelas Nabi. "Wahai Abu Bakar,adakah engkau

tidak akan merindui ikhwanku itu kerana mereka juga

mencintai engkau kerana engkau sahabatku?"Demikian Nabi memperjelaskan perkara itu.



Begitulah Nabi SAW menerangkan bahawa mereka itu umat sesudah wafatnya baginda.

Mereka itu beriman kepada Allah danRasulNya walaupun mereka tidak pernah bertemu dengan baginda.

Mereka membaca Al-Quran dan Hadis dan kerana itu mencintai Nabinya sebagai Rasul Allah

yang penghabisan. Mereka juga mencintai Khalifah Abu Bakar As-Siddiq dan sahabat-sahabat Nabi

yang berjuang pada menegakkan Islam.



Dalam suatu waktu yang lain, baginda membicarakan kepada sahabat-sahabat tentang

kemurnian iman ikhwan dan sekali lagi mereka menjadi kehairanan.



" Siapakah makhluk yang paling ajaib imannya?"

demikian Nabi SAW bertanya kepada sahabat...



"Malaikat," jawab mereka.

" Bagaimana Malaikat tidak beriman dengan Allah,sedangkan mereka sentiasa hampir

dengan Allah?" jawab baginda



"Para Nabi" jawapan mereka lagi



" Bagaimana para Nabi tidak akan beriman sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka?"

Nabi SAW membantah jawapan mereka.



"Kami," jawab sahabat lagi.



" Bagaimana kamu tidak akan beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kamu?" jawab

Nabi SAW.



Betapa hairannya para sahabat mendengarkan jawapan-jawapan Nabi SAW itu dan mereka

sudah cukup memahaminya.Manakala Nabi sedia maklum betapa mereka amat ingin mengetahui

siapakah makhluk ini, yang paling ajaib imannya.



" Makhluk yang paling ajaib imannya ialah mereka yang hidup sesudah aku.Mereka membaca

Al-Quran dan beriman dengan semua isinya."



Nabi SAW pernah menegaskan lagi tentang kemurnian iman ikhwan ini dalam sabdanya:

" Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan Dan beriman dengan aku. Dan berbahagialah

tujuh kali orang-orang yang beriman dengan aku,tetapi tidak pernah berjumpa dengan aku."



***********Demikian Nabi Muhammad SAW mencintai Ikhwan itu***********



Penulis:- Nawawi Dusuki

No comments:

Post a Comment