Hiasi Kehidupan dengan Akhlak Mulia dan Amalan yang diperintahkan
by Nur Haibati on Sunday, May 15, 2011 at 10:56pm ·
Jangan berkata 'Kalaulah'
Hadis sahih Muslim,daripada Abu Hurairah r.a,katanya Rasulullah SAW bersabda:
Orang Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan labih dikasihi ALLAH daripada mukmin yang lemah. Masing-masing ada kebaikan. Bersungguh-sungguhlah mengerjakan sesuatu yang berguna(didunia dan diakhirat); dan hendaklah selalu meminta pertolongan daripada AllAh swt dan jangan berasa lemah,yakni putus harapan,atau merasa hampa. Jika engkau ditimpa sesuatu janganlah berkata'kalaulah' seperti ini 'kalaulah aku berbuat demikian tentu akan jadi begini,dan begitu,' akan tetapi katakanlah"Takdir Allah dan Dia mentakdirkan pada hambanya sekehendakNya" kerana sesungguhnya perkataan 'kalaulah' akan membuka jalan bagi syaitan untuk berbuat sesuatu.

Telah begitu banyak peristiwa yang telah kita kecapi samaada yang baik mahupun yang tidak baik. Maka kiranya kita mendapat kebaikan itu kita harus mensyukuri nikmat dari kebaikan itu dan sebaliknya jika kita menerima suatu keburukan, kita carilah penyelesaian yang secara bersopan santun untuk meningkatkan kewibawaan kita disisi Allah SWT dengan merendahkan diri kita dihadapanNya...bermohonlah terus padaNya...bersujudlah padaNya dengan penuh kekhusyuk'an...jiwa yang tenang dengan harapan bahawasanya terasa Allah memegang kepala kita dan berkata dengan bisikan nurani kita Allah suruh kita bersabar keranaNya, didalam surah Yunus ayat 107 (sila rujuk kitab AlQuran) yang bermaksud: Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.'Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan,maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia;dan jika Ia mengkehendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan,maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya.Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya,dan Dialah yang Maha Pengampun,lagi Maha Mengasihi.(Yunus 107)
Sahabatku sekalian,dan daripada kesinambungan rangkap nota ini...ianya seringku bawa kemana sahajaku pergi didunia ini bertujuan untuk harapanku mendapatkan Redha Ilahi...kerana dahulu aku sangat berjalan jauh namun tidak berbekalan,seperti terasa matiku yang amat perit dijiwaku kiraku kenangkan tapi terasaku hidup semula...atas seru Ilahi limpah kurniaNya serta hidayahNya moga Allah mengampunkan dosa-dosaku hamba yang hina dan khilaf ini...wahai sahabatku...kita peganglah dan tanamkanlah kalimah Syahadah dijiwa nurani kita sehingga jangan sampai terlepas dari kita sewaktu ajal menjemput kita ...peganglah seutuhnya...kerana itulah perjuangan yang terakhir kita sebenarnya.
Terimalah sajak dariku ;
Ku seru namaMu dibibirku
Ku lihat bayangan keindahan SyurgaMu
Jauhkanlah aku
dari siksa api nerakaMu...
Kiranya mencari keredhaan
apapun jua penyelesaiannya
Al-Quran dan Hadis jadikan panduan
Al-Quran dan Hadis jadikan pedoman
Para Rasul dan Nabi-Nabi
adalah pesuruh Ilahi
memimpin ummat dari kekufuran
membawa Rahmat ke seluruh alam
Wahai ummat manusia
ikutlah perintahNya
tinggalkanlah laranganNya
Moga hidup diberkati Allah.
No comments:
Post a Comment