Tika
Tika waktuku di alam roh
penentu bagiku hanya Allah
Tika waktuku di alam kandungan ibuku
penentu bagiku hanya Allah
Tika waktuku di alam dunia
penentu bagiku hanya Allah
Tika waktuku di alam barzakh
penentu bagiku hanya Allah
Tika waktuku di alam akhirat
penentu bagiku hanya Allah
Mengapa
mengapa wajib aku memperhambakan diriku
mengapa wajib aku mengerjakan perintahNya
mengapa wajib aku meninggalkan segala laranganNya
mengapa wajib aku solat 5 waktu
mengapa wajib aku berpuasa
mengapa wajib aku membaca Al-Quran
mengapa wajib aku membayar zakat
mengapa wajib aku mengerjakan Haji
Kerana
kerana aku dihidupkan oleh Allah
kerana aku diberi rezeki oleh Allah
kerana aku disayangi oleh Allah
kerana aku dikasihi oleh Allah
kerana aku dituntut oleh Allah
kerana aku dimatikan oleh Allah
Maka
maka bagaimana nanti aku dihisab
semua dari amalanku
maka bagaimana nanti aku dihukum
semua dari amalanku
maka bagaimana nanti aku di alam barzakh
semua dari amalanku
maka bagaimana nanti aku di alam akhirat
semua dari amalanku
pohon
kupohonkan kekuatan diri
kupohonkan kesihatan yang baik
kupohonkan ibadahku diterima
kupohonkan amal jariahku diterima
kupohonkan keampunan dari segala dosaku
kupohonkan rahmatNya
kupohonkan hidayahNya
kupohonkan kebahagiaan di dunia
kupohonkan kebahgaiaan di alam barzakh
kupohonkan kebahagiaan di alam akhirat
Harapan
harapanku hanya Allah Azza wa Jalla
harapanku kasihku hanya Allah Azza wa Jalla
harapanku sayangku hanya Allah Azza wa Jalla
harapanku cintaku hanya Allah Azza wa Jalla
harapanku bahagiaku hanya Allah Azza wa Jalla
harapanku nazakku dapat menyebut 2 kalimah syahadah
harapanku matiku Husnul Khotimah
harapanku Tawakkalku hanya pada Allah
No comments:
Post a Comment